Saturday, June 9, 2012

Susunan Allah itu Cantikkann^^

In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hi all readers and bloggers.
 
Allah itu Maha Tahu
Allah itu Maha Berkuasa
Allah itu Maha Bijaksana.
 
Benar kata naqibah saye, masa dalam "bulatan riang", beliau cakap kalau kita tahu, kenal dan memahami sifat2 Allah, Sesungguh-Nya kita akan jadi sangat yakin pada-Nya. Kita akan benar2 bergantung harap pada-Nya. Dan kita redha dengan ketetapan-Nya. Allah itu yang mencipta kita, maka Dia Maha Tahu apa yang kita perlukan, walaupun kadang apa yang kita perlukan tak sama dengan apa yang kita nak. err.. paham tak?? hahahaa..

Every Sunday i'll have a home tuition at Tmn Mutiara Rini located quite far from my home. It's takes setengah hari perjalanan kalau jalan kaki care lenggang kangkong..errr.. :P (hahahha..jalan kaki ni saye xpenah cuba ya!). Kalau naik moto o kete, adela dalam 15minit. Haa.. ye la kot. lebih kurang macam tu. Selalunya saya akan pegi by motor je. Tu pun motor kak ajan or ana. Tapi kalau both motor unavailable saye kene cari other alternative la.. but Alhamdulillah, setakat ni xde lagi.. Tiap kali both motor ni unavailable, saya akan cuba cari alternative lain dan dalam masa yang same saya pasti dapat msg dari tempat yang saya mengajar, "hari ini xde tuition, sebab : she's have another activity at her school, xberape sihat, etc." Kadang rasa, "Eh, macam tau2 je".


Insya'Allah, this coming august, my RSG (research grant university), 'll be finished. Then, selepas bulan tu, saya takkan menerima scholar lagi. Dengan itu, saya kene cari other alternative yang buley generate income saye. Subhanallah, Sesungguh-Nya Allah itu Maha Mengetahui, 1) Bila saya mohon scholarship "my master" untuk kali kedua (permohonan pertama di tolak atas sebab dokumen yang saya hantar tidak lengkap), tempoh pembiayaan bermula dari 1 september 2011- 31 August 2013 (24 bulan). Subhanallah, if anything happen, saya masih ada sources yang akan bayarkan pembiayaan master saya till next year. Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu. 2) Bila scholar RSG saya akan tamat pada august ni, suddenly, i got offered untuk mengajar maths form 2 di rumah yang sama. Alhamdulillah,Allah itu Maha Tahu, Maha Pengasih, dan Dia menjaga setiap hamba-Nya. Rasa diri ini sangat kerdil. Dan rasa Allah itu sweet sangat (Dengan muke terharu!)
 
Rasulullah menyatakan, “Allah pasti akan menguji kalian dengan malapetaka. Dia Maha Mengetahui tentang hal itu, sebagaimana salah seorang kalian menguji keaslian emas dengan api. Maka diantara manusia ada yang keluar dari malapetaka seperti emas murni, mereka itulah yang diselamatkan Allah dari segala keburukan. Dan diantara mereka ada yang keluar seperti emas hitam, merekalah yang diuji.” (HR. Hakim)

Kadang rasa diri ini macam ade dalam citer2 novel tu. Selalu heroin2 dalam novel tu kan hadapi macam2 cabaran, dugaan... lepas 1, 1 pula yang datang. Rasa lelah sangat nak capai kejayaan, nak capai apa yang kita nak kan. Pastu nanti ade hero yang datang tolong selamatkan dia.. kawen.. n hidup bahagia.. aminnn. :P. Rase diri ni macam heroin dalam citer2 novel tu.. cuma xtau sapelah hero yang nak datang selamatkan saye! (chewah! hahahah geli je!)--->berangan je lebih! Haaa.. tapi kan.. penah dengar x, "Hidup ini adalah drama yang panjang, dan kitalah pelakon2nya".. gitewwww! hahahha.. Ishhh.. betul la! Kadang2 drama2 kat tv tu merupakan adaptasi apa yang berlaku dalam kehidupan kita.. Wow! kalau camtu kite ni memang betul2 pelakon la kan! hahhaa.. kalau camni buley la pasni nak jalan atas red carpet! ahahahhaha.. ni siyes berangan! 
So sebagai pelakon2 yang berlakon dalam drama kehidupan ni kan.. kitalah sendiri jadi director.. nak jadikan watak kita ni jadi watak yang baik ke tak.. Keputusan tu kita sendiri yang pilih. Tapi walaupun postion director tu ade pada kita, janganlah kita lupa, pada Pencipta kita. Akhir drama panjang kita ini akan kembali kepada-Nya. Pandai2 lah kita menilai dan memilih ya.^^

Setiap yang besar pasti ada yang kecil, Yang tua, pasti ada yang muda. Yang sihat pasti ada yang sakit. Yang Kaya pasti ada yang Miskin, Yang pandai pasti ada yang kurang pandai. Kehidupan kita ini lengkap sebab adanya perbezaan ini. Kadang rasa kenapa aku??? Kenapa aku yang lalui kepayahan ini.. Kenapa aku yang gagal???, kenapa aku yang bankrupt???, kenapa aku yang dikhianati??? kenapa aku dilahirkan hidup susah???? Kenapa aku hidup cacat?? Hidup ini banyak sangat dengan "kenapa" kan.. Saya juga sering melontarkan pertayaan2 yang sama. Bila kita rase sempit sangat2, mula2 dapat tahu menghidapi penyakit, lepas tu diuji pula dengan kehilangan, ditambah pula dengan masalah2 ditempat kerja, masalah anak, masalah kewangan, dan pelbagai2 lagi masalah. Pasti kita akan lontarkan persoalan ini "KENAPA????". Duhai diri, sedarilah. kita ini hanya hamba. Hamba ini selayaknya diuji. Tangan yang menaip ini lancar sahaja penulisannya.. mulut yang bersuara lancar saja pertuturannya.. Tapi diri yang diuji, kadang xselancar tulisan dan pertuturannya..Pasti sering kali terjatuh tiap kali cuba berjalan.. Hanya kombinasi mental +jiwa + iman yang kuat untuk hadapi ujian2 ini.
 
“Apakah kalian mengira akan dibiarkan begitu saja, padahal belum terbukti bagi Allah orang-orang yang berjuang diantara kalian?” (TQS At Taubah (9):16)
 

Sedarkah kita, ujianlah yang menambah kemanisan hidup kita. Kenapa tidak?? Bila kita berjaya hadapi ujian2 sepanjang kita cuba untuk mencapai sesuatu, kejayaan yang kita dapai itu lebih manis, kita lebih menghargai, kita akan rasa benar2 bersyukur kerna kejayaan itu bukan mudah untuk kita dapati. Bukan boleh dibeli dikedai2. Kejayaan ini hanya boleh dibeli dengan pengorbanan.  Ya PENGORBANAN. Duhai diri, berkorbanlah. Berkorban itu pasti rasanya sakit, dan pedih. Tapi insya'Allah dapatannya sungguh manis sekali. 

“Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi. Kemudian baru orang-orang yang lebih rendah derajatnya, berurutan secara bertingkat. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Jika ia kuat dalam agamanya, maka ujiannya sangat berat. Dan jika lemah agamanya, maka ia akan diuji Allah sesuai tingkat ketaatannya pada agamanya. Demikianlah bala’ dan ujian itu senantiasa dilimpahkan kepada seorang hamba sampai ia berjalan di muka bumi tanpa dosa apapun.”(HR. Tirmidzi).
 
Saya cuba yakinkan hati, gagahkan jiwa, kuatkan mental, kawal emosi saya. Sesungguhnya Allah telah menyusun sesuatu yang cantik untuk saya. Maka saya harus tabah, sabar dan terus berdoa. Segalanya akan kembali seperti apa yang saya harapkan cuba kadar masa yang menjadi ukuran. Sabarlah diri. Sabarlah. Bersyukurlah diri kerna terpilih antara yang diuji. Allahuakbar! 







No comments: