Thursday, August 15, 2013

Mohon ambil peduli

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Palestine,Syria, Mesir...

Entah. Kadang bila kita nak jaga periuk nasi kita,
Kita lebih cenderung bersikap lepas tangan dan 
mementingkan diri sendiri.

Lebih sedih bila mana golongan berpendidikan, 
Golongan Elit mengambil sikap sambil lewa
dan menutup mata.

Segala kekejaman yang dilakukan 
di pandang enteng.

"Takpelah..
Malaysia masih aman."

Cuba bayangkan negara kita diserang..
Apa yang kita harapkan???
Adakah bekalan makanan? Pakaian? Tempat tinggal? dan ubat- ubatan??
Kalau di tanya pada aku...
Aku akan jawab..
"Mana umat islam yang lain?? Kenapa tak datang tolong??
Bukan ke kita sedara seislam????"

Percayalah..
Malu rasanya.
Saat kita dapat tidur dengan nyenyak di malam hari,
Saudara kita ketakutan untuk melelapkan mata.
Di hujani dengan peluru di sana-sini.


Tanyalah pada hati
Inikah ketenangan yang kita cari??

Kalau nak pergi berperang jauh sekali,
Kirimlah doa buat saudara kita.
Allah kan dah berjanji, 
Senjata muslim adalah doa..

Kalau pergi berperang jauh sekali,
Ambil lah peduli tentang mereka.
Jangan dilemparkan kata- kata yang menyakiti hati saudara kita.

Jangan kufur nikmat duhai manusia.
Allah Maha Melihat.
Allah Maha Mengetahui.
Jadilah hamba-Nya yang dengan sebenar hamba.
Mohon ambil peduli. 


"Siapa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari 
sebuah kesulitan di antara berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya 
Allah akan memudahkan salah satu kesulitan di antara berbagai kesulitannya pada hari kiamat."

[Hadith Riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan lain-lain]


Manusia yang cuba ambil peduli, 

How to deal with people?

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Selalunya pendapat aku tak sama dengan pendapat orang sekeliling aku. Tak bermaksud aku betul dan tak bermaksud aku salah. 

Dulu aku fikir apa yang aku fikir semuanya betul. Semua kene ikut cakap aku. Tapi semakin aku kenal dan berinteraksi dengan ramai orang, aku belajar skill baru. Skill mendengar pendapat orang, belajar menerima pendapat/ teguran. Dan kalau dulu kalau aku tak setuju aku terus... OBJECTION! Tapi sekarang aku belajar untuk tahan ledakan larva dalam hati aku. Apa yang aku tak puas hati, kalau masih boleh di kawal, saya cuba berdiplomasi, kalau tak, aku akan simpan dan MAKAN DALAM LAH. (Hahahahaa). Kadang- kadang "teknik" baru aku belajar ni tak berapa nak bagus tapi bagi menjaga "kemashlatan" bersama, ada perkara kita perlu diamkan. 

Sebagai manusia yang cuba perbaiki diri, aku belajar untuk bersikap toleransi dan menjaga apa yang kita tuturkan. Kadang apa yang kita tuturkan memang betul, tapi kita tak boleh sesuka hati nak cakap. Sebab kita mungkin akan menyakitkan hati yang mendengar. Tengok juga pada keadaan. Tak boleh sesuka hati je redah. Dan banyak kali juga aku terpelecok, silap langkah. Tapi semua tu, buat aku belajar untuk jadi yang lebih baik. Kadang frust juga bila mana kita acap kali ulangi kesilapan yang sama. Dan lately, aku belajar untuk lebih berhati- hati dalam semua perkara. Fuhhh.. Lagi- lagi handle "kejutan- kejutan" yang diberikan oleh keluarga sendiri. Kadang tu memang salah dia la.. Tapi kita tak boleh nak cakap mereka salah. Sebab kita bukan handle dengan budak- budak. Kita sedang handle dengan mak dan bapa budak! =.=" So tiring dan sangat menguji kesabaran. 


Aku memang sejak kecil lagi terkenal dengan "kelantangan" nak cakap apa sahaja, bila dah banyak belajar dari kesilapan.. aku cuba diam. Aku cuba proses kepala aku macam mana nak cakap elok- elok... Kalau ikut hati memang aku suka nak "smash" orang.. tapi apa yang aku dapat?? Boleh lah nak puaskan hati. Tapi sekejap je. Lepas tu terus diselebungi dengan rasa serba salah. Lagi- lagi bila aku sedar, apa yang aku buat, cara aku bertindak akan mencerminkan islam. Bila aku berpelakuan buruk, aku akan beri fitnah pada imej islam yang aku bawa, aku akan beri fitnah pada imej tudung labuh yang aku bawa. Sedangkan yang salahnya aku, tapi seluruh islam dan muslimat yang bertudung labuh mendapat nama buruk. Dengan itu aku sangat berhati - hati dengan apa yang aku lakukan. 

Sehingga kini aku masih lagi cuba perbaiki diri. Apa yang aku boleh katakan, nak deal dengan manusia yang pelbagai ragam, kita cuba berfikir dan bertindak secara matang. Macam mana kita nak response pada orang? Cuba kita treat mereka sebagai mana kita suka orang treat kita. Aku tahu susah. Sebab aku rasa semua tu dan sehingga aku masih merangkak- rangkak nak deal dengan manusia yang sering mendatangkan kejutan ini secara baik. 

Ada seorang kawan aku ni, dia memang cakap lepas je. Tak kisah ko kawan dia ke tak, kalau dia rasa tindakan kau salah , dia akan cakap salah. Dan dia cakap secara lantang. Mula- mula naik merah muka aku tahan marah tiap kali berbeza pendapat dengan dia. Tapi lama- lama aku bangga dengan diri aku.. Aku boleh deal dengan sifat "marah" aku! Tiap kali berlawan cakap je.. Aku cuba calm kan diri aku, dan buang semua emosi, dan bertindak secara matang. Cool. First time aku rasa bangga dengan pencapaian aku. After 25 years, baru aku dapat teknik tu! Aku tak berapa setuju dengan "sikap lantang bersuara" kawan aku, tapi aku suka cara dia handle masalah. Yup aku suka. Benda tak baik kita jangan ambil, jadikan pengajaran.. yang baik tu kita boleh aplikasi dalam diri kita. 



Aku suka dengan kata- kata yang aku cipta sendiri "24 jam koreksi diri". Sebab quote ni melambangkan aku. Tiap saat aku ada melakukan kesilapan dan tiap saat aku jumpa teknik baru memperbaiki diri.  Perbaiki diri sebagai seorang hamba-Nya, sebagai seorang anak, sebagai seorang sahabat, sebagai seorang anak murid dan sebagai seorang perempuan. 

Yang selalu cantik dan perasan cantik! (^_~)V,


Monday, August 12, 2013

Ada apa dengan result exam.

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful



Exam..Dapat result bagus. Di puji, dibangga dan yang "bestnya" di banding- bandingkan dengan anak- anak orang lain. 

"Anak ko dapat results berapa?"
"Anak ko pandai, anak aku ni pemalas....bla..bla..bla."


Seriously aku bosan jumpa dengan orang dan soalannya..
Ko dulu dapat result berapa exam???

Be honest, result SPM aku hancur!
So, can you expect I still can do matric, degree and master dengan result spm yang hancur tu??
Sebagai orang yang pernah dapat result agak best dan pernah rasa dapat results worst ever... =.=", 
bagi aku ada apa dengan results semua ni????
Yang penting USAHA.
Dan hasil experience aku sendiri.
(Especially orang tak berapa genius macam aku ni.. yang memang kene study, baru nampak hasil)
Aku boleh conclude, berjaya- gagal aku dengan "exam" ni bergantung dengan rajin- malas aku.


Siapa sangka orang yang kira antara budak top score dalam exam kat sekolah..
Budak kelas atas..
Yang sering disebut- sebut..
Tetiba Allah uji dapat result "teruk".
Memasing senyap..

Dan bila tak dapat result seperti yang diharapkan..
Mula la.. 
Memandang rendah dengan apa yang aku nak ambil.
After matrik, pergi sekolah..

"Ambil apa di universiti???" Tanya seorang cikgu.
"Ambik kimia industri".. Jawab aku 
"Ohhh... kerja kilang lah nanti" Balas cikgu dengan senyum sinis.

Perghhh.. Aku tak tahula macam mana boleh wujud spesis cikgu macam ni dekat sekolah aku.
Aku rasa dia ni memang kene tukar profession la.
Ape, bila jadi doktor, guru, jurutera, peguam..kira kerja- kerja hot tu
baru dikatakan berjaya lah ye?????
Hello cikgu, open your mind please??
Macam mana nak educate and motivate your student when sendiri pun belum cukup "bersekolah"?


Tapi bila jumpa orang yang suka bangga- banggakan result ni..
Aku jadi lemau selemau-lemay nya!

Dan aku, dengan hidup di kalangan orang yang tak berapa berpelajaran
kadang aku kagum dengan mereka.
Seriously diorang boleh survive, lebih berjaya dari aku yang masih terhegeh- hegeh nak habiskan master ni.

So sekali lagi aku cakap..
Ada apa dengan results best- best ni???

Bagi aku, 
Bukan aku maksudkan tak payah nak dapat result best ni UPSR, PMR, SPM, result masa matrik, A-Level, cpga di universiti and etc.
Kalau tak, takdelah aku beriya nak buat master.. dan insya'Allah ada cita- cita nak buat Ph.D nanti..
Results yang best tu satu pencapaian yang baik bagi untuk diri kita
tapi JANGAN sampai ada pemikiran orang yang tak dapat result baik, tak boleh hidup.

Mungkin ada yang tak berapa setuju dengan entry aku ni.
Dan entry aku ni pun jawapan tidak setuju pada sesiapa yang suka tunjuk "result" bagus pada orang.

P/s: Maaf zahir & batin.^^

Yang dah lama tak post entry baru,