Wednesday, October 21, 2009

tak TERUCAP


Malam ni rase macam sunyi je.. baru lepas upload assignment ana.. our last assignment.
tetiba dengan gembiranya searching internet.. then.. nampak sesuatu. terpaku. macam kene paku. huhuhu..(masih lagi buat lawak ea..). namun.... semuanya telah tertulis.. TAHNIAH. tu je mampu cakap. rase macam lawak je. seriously xterkata. but insya'Allah akan ok esok hari. cume malam ni E.M.O sikit. xdela emo..tp ape ea??? urm..kan dah cakap xterkate. Time ni teringat sahabat2 yang selalu de bersame2 susah senang. Yup semua ni ade hikmahnya. sekarang teruskan dengan rancangan yang telah diaturkan. kita merancang. Allah yang akan menentukan. chayok2!!! (mode S.E.M.A.N.G.A.T. insya'Allah).

teringat pada pemberian seseorang ketika di
pesta konvo di padang kawat.. diri ini mengambil pemberian itu yang terletak kemas di papan kenyataan. dengan harapan tika ini semoga mendapat sesuatu daripada pemberiannya itu.

" Adik, ini pemberian istimewa akak pada adik"
sungguh, diri ini terlalu terharu.
ya terharu....

Ayat- ayat Cinta

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku
untuk menyintai-Mu...

Ya Rabbi,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut pada-Mu
agar tidak aku terjatuh
ke dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbul 'Izzati,
jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan-Mu...

Ya Rafi',
jika aku menikmati cinta hamba-Mu,
janganlah kenikmatan itu
melebihi nikmatnya bermunajat kepada-Mu...

Ya Mu'iz,
jika aku jatuh hati pada hamba-Mu,
jangan biarkan aku
terjatuh dalam perjalanan
menyeru manusia kepada-Mu...

Ya 'Azim,
jika aku merindui hamba-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu...



terima kasih akak
rasa sejuk dan sayu membaca bait kata2 itu

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

"Kamu, aku gembira buat kamu. semoga segalanya berjalan dengan lancar ya. itu doaku pada-Mu.
maAf, dirimu tidak pernah mengetahui. biarlah sekadar hanya diriku. Ya hanya diriku. itu yang terbaik."
I.T.U Y.A.N.G T.E.R.B.A.I.K



(mode UNPREDICTABLE)
yeah..sekarang LEGA.
now fokus.
final exam : good luck semua.
semoga diri ini semakin berusaha berjuang merebut cinta HAKIKI
Allah is Enough for Me





Tuesday, October 20, 2009

bila tangan ingin menaip..





saat ini saye sedang kekenyangan. Alhamdulillah.. baru pulang daripada meranti bersama- sama dengan kak ida. sudah lame rasenye xmeluangkan mase bersame2 makan kat meranti. urm..kak ida tempah nasi + telur bungkus dan saye pule menempah nasi + sotong 3 rase. sedap2 ditambah pule dengan air teh ais. <> hehehee..( mode G.I.R.A.N.G lagi C.E.R.I.A).

Balik2 buka la lama web kesayangan yang banyak sangat membantu diri ini. disebabkan buku La' Tahzan sudah dipulangkan ke empunya miliknye terpaksalah saya melayari internet nak mancari mane2 ley mentazkirahkan hati saye ini. dan saye terbaca artikal baru yang di post dia laman web tersebut.. tertarik dan rase sangat la sesuai untuk dikongsi bersame2 dengan sahabat2 saya. sangat bermakna..

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

saye merasakan artikal ini bagus untuk dikongsi bersame buat peringatan diri sendiri dan sahabat yang lain.. semoga kita semua berusaha merebut CINTA yang sebenar CINTA YANG MAHA BERKUASA berbanding cinta SEMENTARA. bukan nak tunjuk baik jauh sekali merasa bagus, tapi diri ini berusaha untuk berubah dan mengharap sahabat2 sudi memberi tunjuk ajar dan memimpin diri ini semoga tidak hanyut dalam mencari-NYA.

nasihat juga buat diri ini dan sahabat2 yang lain, tidak couple bukan 1 jalan yang menghalalkan kita untuk bergaul bebas. " ala..saya kawan dengan semua orang. saya bukan couple pun. tapi kawan je". teringat seorang sabahat yang hampir dengan saya sering mengingatkan diri ini, persahabatan antara lelaki dengan perempuan itu tidak wujud. saye tertanya- tanya kenapa tidak wujud? kenapa tidak boleh? rupa- rupanya semuanya berkaitan dengan ikhtilat. saya tidak pandai untuk bercakap berkenaan dengan ikhtilat. berikut saya sertakan dengan url website iluvislam.com yang memperkatakan dengan ikhtilat yang saya rasakan patut saya sertakan dalam blog saya ini untuk dikongsi bersama.

sedikit saya definasikan istilah ikhtilat itu sendiri merujuk kepada suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."


Nak minta tolong sikit boleh tak?
Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,

Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,

Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
Dengarlan dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.
Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,

Sentiasa memberi peringatan,

Sentiasa menerima teguran.
Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,

Kelak ikatan dihindari syaitan.
Tolong ingatkan saya,

Hidup ini satu kembara,

Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,

Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.

Tolong ye ingatkan saya..


.
terbaca dalam petikan iluvislam




"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."




second day warming Up



tetibe teringat pada sahabat2 seperjuangan
tanpa mereka sapelah diri ini
(mode h.a.p.p.y)

malam tadi ade jamuan raya anjuran lab c-19
tingkat 2
+terima kasih banyak2 kepada para penganjur+
= maaf banyak2 sebab xdapat datang membantu waktu petang tu=
ade group evaluation 4 BI
maAf sangat2 ;(

haA..ni saye nak sampaikan nasihat2 bergune untuk peringatan diri kita semua

% kalau betul2 rase xdapat nak bagi komitmen
baik tarik diri awal2, sebab akan menyusahkan sahabat kita yang lain..

% bagi yang xde "penyakit", jangan suke2 nak cari "penyakit"
ini pun akan menyusahkan sahabat kita yang lain..


% haA...nasihat ni ditujukan khas buat diri sendiri, TOLONG LA WAT KEJE CEPAT CIKIT.
SETTLEKAN MANE YANG XSETTLE LAGI. JANGAN DEGIL!! DAH NAK FINAL DAH NI JANG OIII.... (mode E.M.O).

S.A.H.A.B.A.T Vs c.i.n.t.a L?????
mane yang lagi penting?

tolonglah kasihankan sahabat kamu itu.
xperlu burukkan sahabat kamu itu semata2.......

(saye sebagai sahabat kamu dan sahabat baik buat sahabat kamu itu, sangat la kecewa
dengan sikap kamu..kami doakan kamu akan berubah)

% Dear, what U give, U will always get back..

Tujuan utama saya menulis kat blog kesayangan saye ni.. sebab ini tempat melepaskan rase
pape yang saye rase..
happy ke tension ke geram ke puas ati ke

so......SAY NO UNTUK TIDAK PUAS ATI PADA SAYE!!!!







Saturday, October 17, 2009

mode ( W.A.R.M.I.N.G .U.P)





Alhamdulillah, sukenye.. dapat gak diri ini meng update blog kesayangan yang dah lame "giler" ditinggalkan. bukan xnak update but mase sangat2la tidak mengizinkan. terlalu banyak yang ingin dikongsi bersame. tapi faktor masa dan faktor2 lain menyebabkan diri ini terpaksa melupakan niat untuk bermanje2 ngan blog kesayangannye ini. Alhamdulillah juge akhirnya diri ini dapat melepaskan diri dari banyak perkara yang menyesakkan nafas. hehehhee..(mode H.A.P.P.Y).

Rasenye dah hampir 2 bulan diri ini tidak mengupdate blog. uit.. lame tu.. sekarang masing- masing ke arah mode E.X.A.M. alhamdulillah program pon dah habis. tinggal bertungkus lumus untuk menyiapkan assignment yang perlu dihantar selasa minggu depan. memang berdedikasi tul la. hahahhaa..(mode P.E.R.A.S.A.N).

Sepanjang 2 bulan ni banyak pengalaman manis dan xkurang juge yang pahit lagi kelat. Tapi tu la adat hidup ni. kalau selalu happy, macam xmencabar la plak. tapi kalau selalu kelat bermasalah namenye tu. tapi nak xnak kene hadapi juge.




during Eid Mubarak '09












10-11/10/2009.



11- 15/10/2009.
I.N.T.E.R.N.A.T.I.O.N.A.L F.E.S.T.I.V.A.L 0.9 U.T.M











T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H
kepada semua yang telah membantu secara langsung atau tidak dalam
menjayakan program ini.
to M.Y A.J.K
tahniah & terima kasih banyak2
proud to have a friend like U!!!
now, struggle utk final exam.. insya'Allah diri ini akan buat yang terbaik.. buat semua sahabat, semoga dapat membuat yang terbaik untuk FINAL EXAM ni.. ( mode S.E.M.A.N.G.A.T)..
di kesempatan ini, saye ingin meminta maaf andai sepanjang hidup saye di dunia ini, ade melakukan sebarang kesalahan samada secara sengaja ataupun tidak.. sesungguhnya segala kelemahan itu datangnya dari diri ini.. S.E.L.A.M.A.T M.A.J.U J.A.Y.A




good luck CIK RISHA