Friday, December 16, 2011

Uhibbuk Fillah.

In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hi all readers and bloggers.



Aku sangat sayang semua sahabat2 ku.
Siapa2 saja yang ku temui, mereka adalah sahabat2 ku.
Tapi aku sedih
Bila mana mereka kata aku memilih sahabat
Maaf ku tidak punya waktu
untuk
berada dengan semua sahabat2 ku dalam satu waktu yang sama.
Maaf ku tidak punya waktu
untuk
selalu berjumpa dengan kamu.kamu.kamu....semua
Wahai sahabat2ku
Janganlah berkata begitu
Andai ku jarang temuimu
Bukan bermakna kau bukan sesiapa bagi ku
Andai ku tolak ajakanmu
Bukan bermakna aku lupa padamu
Bukan bermakna ku tak sayang padamu
Serius, aku sayang kamu.kamu.kamu kerana Allah
Walau kita jarang bertemu, jangan menghantar pesanan,
Kau.Kau.Kau. Sentiasa dalam ingatanku,
Nama- nama mu sentiasa ku titipkan dalam2 doa-doa ku.
Moga persahabatan kita ini dalam redha-Nya
Moga kita bersahabat sampai ke syurga! (insya'Allah)
Kamu.Kamu.Kamu.
"Uhibbuk Fillah."

Moga Allah sentiasa pelihara kamu. kamu. kamu. dan kita semua dunia akhirat.

saye jumpe video yang best.
Untuk kamu.kamu.kamu.


(7.22am: 17/6:cR)

Thursday, December 15, 2011

Sakit...


In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hi all readers and bloggers.

..........................................................................................................................

Sakit itu tanda cinta Allah pada hamba-Nya.
Sakit itu tanda hadiah yang tidak ternilai pencipta pada hamba-Nya.
Maka bergembiralah dengan hadiah ini.
Berusahalah menahan segala keluh kesah, dan berputus asa,
Kerna jika Dia tidak mengizinkan sakit ini, ia takkan menimpa.
Kadang pada jiwa-jiwa yang lemah pasti terdetik menyalahkan Pencipta,
Mengapa jadi begini?
Apa salah diri ini?
Mengapa???
Mengapa?????
Sama- samalah kita didik hati kita tentang erti sabar dan redha atas segala rencana-Nya.
Katakan pada hati "Allahuakbar!"
Jihad melawan kehendak hati dan nafsu.


Sakit itu juga tanda kita hamba yang lemah,
Kita tidak mampu menolak datangnya sakit itu.
Samada diri ini pemerintah negara, orang2 bangsawan, kaya,  golongan cerdik pandai, ahli agama,
Kita tidak punya kuasa untuk menolak sakit ini.
Bila datangnya juga, kita tidak tahu,
Jika hati terdetik, kitalah yang terhebat,
Beringatlah bahawa ada kuasa yang lebih HEBAT dari diri ini.
Beristigfarlah
Moga Dia tetapkan hati-hati ini tetap pada jalan-Nya.




Sakit itu tanda peringatan mati itu pasti.
Ya pasti. Pasti mati itu akan menjemput kita.
Sayangnya Allah pada hambanya sehingga memberi peringatan kepada hambanya bahawa 
kematian itu begitu hampir pada hamba-Nya.
Moga hamba-Nya sentiasa beringat atas perbuatan, perlakuan dan percakapan.
Moga hamba- Nya punya masa itu bertaubat dan menyesali segala dosa2-Nya.
Dan sakit itu juga tanda kasih hamba pada penciptanya
JIKA ketika sakit kita tetap konsistan dengan ibadah harian yang dilakukan
Jika kita makin bertambah dekat pada-Nya
Jika kita tetap rindu pada-Nya,
Jika kita tetap redha pada ujian-Nya 
dan 
Jika tetap percaya sakit ini juga tanda cinta DIA pada kita, hamba-Nya.





nota kaki: 
"Letakkan perancanganmu pada ketetapan-Nya
Lakukan apa yang perlu dalam redha-Nya
Mohon pada-Nya perlindungan 
Moga iman 
sentiasa sihat 
Sehingga saat mati"






-Dialog hati. 15:12:2011. cR-


Segala kekurangan datang dari diri ini. Salamun'alaik.


Sunday, December 4, 2011

jom buang sawang! ^^


In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hi all readers and bloggers.
 

Lamenye bersawang betul blog saye ni.. Penat saye jolok2 sawang labah2 yang penuh kat blog ni.. wawaaa...
Siyes lame giler hookey. Eh. eh. eh.. nak tau x.. Sekarang ni saya dah xduduk kat kolej. Saye decide duduk kat luar. Dekat ngan umah my bff. wahh.. bff gitew.. BESTFRIEND, bukan BUAYAFRIEND. insya'Allah bestfriend sampai ke syurga.. amin..


Eh.eh.. nama umah yang saye duduk tu insyirah... haa.. bukan owner umah tu insyirah.. but memang name umah saye duduk tu insyirah... semoga penghuni2 umah tu dapat la keberkatan seperti nama yang diberikan kpd umah ni.. kemuliaan, kegembiraan dan lapang hati. 


Semenjak saye duk umah ni.. alhamdulillah saya jadi makin rajin... ehem..ehem.. makin berdikari... 
ade mesin basuh.. yeay! saye suke! xdela kene spend duit rm2 tiap kali nak basuh baju.... lega... alhamdulillah..
tiap kali nak minum air sejuk, yeay! ade peti sejuk la! xyah susah2 nak pegi meranti beli air sejuk.. xpun kalau malas sangat nak jalan.. beli air gedegang! hah?? pe tu gedegang??? alaa... air yang dalam peti tu, yang letak kat luar blok slalu, ade macam2 perisa, siapkan je duit syiling rm1.50.. then masukkan dalam peti tu... dah cukup ngan harga air tu, tekan kat air yang kita suke tu.. then.. gedegang! haa.. air anda kehendaki bolehlah diambil kat bawah mesin tu ya! ^^ haa.. yang paling suke skill memasak saye semakin bertambah baik! wahh.. banyak menu yang saye belajar.. dari 2 housemate saye yang suke giler masak.. Sorang tu suke wat western food yang sorang lagi suke wat masakan kampung.. owh.. siyes, balik kampung aritu, saye try la wat kabonara.. hape tu???? haa.. sila google sendiri.. ehee... bila saya masak je.. masing2... 
"waAaaa...masakan ong puteh!" huhuhuu.. ni la untungnye belajar masak macam2.. nanti buley masak untuk family.. bagi diorang rase.. nyum..nyum.... 

Even agak jauh gak la umah saya nak ke lab, tapi yang bestnye.. saye semakin bersemangat nak wat lab, bangun awal pagi.. memang berbeza la bila nak dibandingkan mase duk kat kolej tu.. tilam tu cam cakap "tido la..tido la..."
huhuhuuu.. 

Okies.. sampai sini saje saye mampu nak buang sawang2 kat blog saye ni ya.. insya'Allah sambung nanti.. now nak makan ini.. Alhamdulillah... saye dah pandai wat dah! pasni dah ley buka perniagaan ni.. giteww kannn... ^^


Selamat menjamu selera....Salamuna'laik..