Tuesday, June 26, 2012

Say Alhamdulillah..


Sunday, June 24, 2012




"Cubalah menyendiri beberapa saat untuk merenungi perkara- perkara yang sedang anda hadapi, bermuhasaah diri, memikirkan akhirat anda, dan memperbaiki dunia anda."


Saturday, June 23, 2012

Owh.. makan..makan..


In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hi all readers and bloggers.

Hari-hari saya berangan nak kurus. Tapi nafsu makan saya sangat kuat. Tapi sejak 2,3 arini ni. Selera makan saya betul2 mati. haaaaa... innalillah.. :P. Adakah ini tandanya Allah sedang makbulkan doa saya?? Berat saya susut.. dan susut lagi.. :P Saya tahu perut saya kosong, then saya makan la nasi for the sake untuk saya sihat.. Tapi apa yang saya makan semua nak keluar balik. Saya tahan. dan . tahan. Bile rasa nak vomit je, saya banyak2 minum air. Air saya ok. Makanan campak la kek ke, abc ke.. semuanya buat saya rasa nak muntah. Muntah. Muntah..

Malam ni kawan ajak dinner. Erm.. Saya terpaksa tolak. Sebab saya xnak tunjuk kat dia yang saya dah hilang selera makan.. Kalau dia tau mesti dia risau.. ;(

Pagi tadi saya teman housemate saya cari barang2 untuk buat BBQ dan beli barang2 untuk buat apam polkadot. Erm.. Macam2 Diorang beli. Ni saya kongsi a few photo yang saya sempat snap mase pilih2 barang.





















Okey. Da.. xtau nak tulis pape. K. bye. 

Saya yang menulis, 

Friday, June 22, 2012

aku redha..


In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hi all readers and bloggers.



Jika begini caranya untuk aku terus mengingati-Mu, Ya Rabb..
Teruskanlah keadaannya begini..

Saya yang menulis,

23 July 2012


In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hi all readers and bloggers.

23th July 2012
Hari ini sepatutnya saya gembira
eh. arini pun saye gembira juga!
insya'Allah

Malam tadi saya xboleh tidur
Yang saya pasti saya xnyenyak tidur
Tiap jam saya akan bangun
Mata saya terkebil2
Pandang kanan, kiri, syiling...then saya terlelap balik

Pagi ini saya bangun tidur
Saya tarik nafas panjang2
Senyum!
Dunia ni belum berakhir risha!
Tengok cermin
Saya lihat
The "NEW" look of me
hahahaaa..
Rase puas dengan facial treatment semalam


Alhamdulillah

Dah dapat tempahan apam polkadot... Allah permudahkan. So nanti nak pergi beli barang2 untuk buat apam polkadot.. Ye sape2.. nak Apam Polkadot (<---- sila click link ini), boleh la buat tempahan kepada saya ya. ^^


Arini insya'Allah nak buat writing chapter... Hopefully everything goes well as what I planned. 

Think bout my FUTURE
List down what I should do
Nak berusaha baiki diri jadi lebih baik di mata-Nya
Rabbi Yassir Wala' Tua'sir..

Saya browsing tumblr... saya rasa semangat baca kata ni...


Terus dan terus berdoa.. Percaya Allah Maha Mendengar luahan, permintaan hamba2-Nya.
Insya'Allah bila tiba waktunya DIA pasti makbulkan doa2 saya.



Jom dengar lagu ni....tenang..Rasa seperti bicara hati ni..^^


^^.Selamat menjalani hari2 ini.. :P
Bismillahirrahmanirrahim........


Saya yang menulis,

Aku ini hanya hamba-Nya


In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hi all readers and bloggers.

These 5 days, I kept cryin...T_T

Tak tergambar dengan kata2. 

Tak tahu nape nak tulis. Sebab banyak yang tak terucap dengan kata2 kot. Hee..

Alhamdulillah. Saye dah "ok" arini. Saat ini. Setelah a few days no food..(Xde nak gedik2 xnak makan ea.. Tapi seriously sangat hilang selera nak makan). Then berat saya turun 3kg in 4 days. hookey! Wow! Xyah nak makan2 ubat kurus badan. Dah boleh kurus da.. HEe...


Dia
Dia sangat baik
tapi dia Heartless 
heee.. mungkin pada saya je kowt
Saya suke dia
Haah saya suke dia
Dia baik
Alhamdulillah dia baik
Dia anak yang baik
Dia anak yang soleh
Saye jeles
Saya nak jadi anak yang baik macam dia juga
Tapi saya xsebaik dia
Alhamdulillah dia baik
Sebab tu saya suka dia
Saya bukan suka dia sebab dia baik je
Saya suka dia tanpa sebab
tanpa sebab
ya
perlu ke suke tu bersebab???

Walaupun dia heartless
Dia sebenarnya banyak cakap
Suke buat lawak
Tapi kadang2 saya xpaham.
heee..

Walaupun dia heartless
Dia terima saya seadanya
ye 
Dia sanggup terima saya seadanya


Saya sanggup tunggu dia
Lame pun xpe
(heee.. tapi saye selalu doa moga xde la lame sangat..:P)
Ye lame pun xpe
Saye sanggup tunggu

Saya harapkan macam fairy tale tuu
Dia akan jadi superhero yang selamatkan saya
Naik kuda dukgudukgudukk..-bunyi kuda..:P
Dia akan jadi superhero yang akan jadi imam pada saya
Saya xkesah sape dia sebelum nikah
Yang penting dia sedia berubah
Ya sedia berubah jadi hamba-Nya yang lebih baik
Tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya dan dia
Saya dan dia hanya mampu merancang
Tapi DIA adalah sebaik2 perancang
Masa saya tahu apa yang saya dan dia rancang tidak seperti mana yang dirancang
Saya 
jadi
bukan 
diri
saya
Saya lemah
Lemah sangat
Saya nangis
Ya saya tetap manusia yang punya emosi
Saya nangis
nangis 
dan nangis lagi..
Saya tipu diri saya
Ya saya
dah sayang dia
sangat
sangat
Sedangkan saya xboleh sayang orang yang bukan halal bagi saya lagi
Tapi benar dia dah ada dalam hati saya
Camne???
Haaa.. tu memang salah saya la T_T
Mungkin ini yang Allah mahu tegur saya
Saya xboleh sayang sapasapasapasapa lebih dari saya sayang DIA


(saat ini)

Dan untuk lembutkan hati saya
sedapkan hati saya
saya ingatkan diri saya
"Aku ini hamba-Nya. Selayaknya aku ini diuji"
Mudah saya lafazkan
Pahit untuk saya telan
Serat macam telan pasir
(eh.. xpenah telan pasir lagi :P)


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Saya sudah ok
Insya'Allah saya semakin rasional
Terima kasih atas doa2 kalian
Mungkin juga doa dari dia
Saya bersyukur dapat sahabat2, dan akak2  
yang xjemu2
berada, layan setiap karenah saya
Saya bersyukur dapat sahabat2
yang xtinggalkan saya
cuba terima saya seadanya
yang pinjamkan telinga, untuk dengar ape yang saya nak cakap
walau merepek, diorang dengar je
yang pinjamkan bahu, untuk saya basahkan dengan air mata saya
Walau sakit kene sembam ngan muke saye (ye la saye kan berat)
Diorang diam je
Usap bahu saya
Tenangkan saya
Sampai saya lega
Sebab saya 
tetap manusia
Kadang manusia
itu hilang rasionalnya
(erm.. bagi alasan kan)
But itulah saya


Saya tipu
Kalau katakan saya tak mengharap
Tapi biarlah Allah tentukan untuk saya
Kalau benar saya asal dari tulang rusuk kiri dia
(kalau boleh scann kan senang.. :P)
Insya'Allah..Insya'Allah
Dia dan saya 
Insya'Allah bersama
Allah........................




Saya doakan
Moga saya dan dia tenang
Moga nanti  dia jadi suami yang soleh
Suami yang penyayang
Ayah yang penyayang
Semoga dia bercinta dengan zaujahnya sampai ke syurga-Nya


...........................


Saya yang menulis,



Saturday, June 9, 2012

Susunan Allah itu Cantikkann^^

In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hi all readers and bloggers.
 
Allah itu Maha Tahu
Allah itu Maha Berkuasa
Allah itu Maha Bijaksana.
 
Benar kata naqibah saye, masa dalam "bulatan riang", beliau cakap kalau kita tahu, kenal dan memahami sifat2 Allah, Sesungguh-Nya kita akan jadi sangat yakin pada-Nya. Kita akan benar2 bergantung harap pada-Nya. Dan kita redha dengan ketetapan-Nya. Allah itu yang mencipta kita, maka Dia Maha Tahu apa yang kita perlukan, walaupun kadang apa yang kita perlukan tak sama dengan apa yang kita nak. err.. paham tak?? hahahaa..

Every Sunday i'll have a home tuition at Tmn Mutiara Rini located quite far from my home. It's takes setengah hari perjalanan kalau jalan kaki care lenggang kangkong..errr.. :P (hahahha..jalan kaki ni saye xpenah cuba ya!). Kalau naik moto o kete, adela dalam 15minit. Haa.. ye la kot. lebih kurang macam tu. Selalunya saya akan pegi by motor je. Tu pun motor kak ajan or ana. Tapi kalau both motor unavailable saye kene cari other alternative la.. but Alhamdulillah, setakat ni xde lagi.. Tiap kali both motor ni unavailable, saya akan cuba cari alternative lain dan dalam masa yang same saya pasti dapat msg dari tempat yang saya mengajar, "hari ini xde tuition, sebab : she's have another activity at her school, xberape sihat, etc." Kadang rasa, "Eh, macam tau2 je".


Insya'Allah, this coming august, my RSG (research grant university), 'll be finished. Then, selepas bulan tu, saya takkan menerima scholar lagi. Dengan itu, saya kene cari other alternative yang buley generate income saye. Subhanallah, Sesungguh-Nya Allah itu Maha Mengetahui, 1) Bila saya mohon scholarship "my master" untuk kali kedua (permohonan pertama di tolak atas sebab dokumen yang saya hantar tidak lengkap), tempoh pembiayaan bermula dari 1 september 2011- 31 August 2013 (24 bulan). Subhanallah, if anything happen, saya masih ada sources yang akan bayarkan pembiayaan master saya till next year. Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu. 2) Bila scholar RSG saya akan tamat pada august ni, suddenly, i got offered untuk mengajar maths form 2 di rumah yang sama. Alhamdulillah,Allah itu Maha Tahu, Maha Pengasih, dan Dia menjaga setiap hamba-Nya. Rasa diri ini sangat kerdil. Dan rasa Allah itu sweet sangat (Dengan muke terharu!)
 
Rasulullah menyatakan, “Allah pasti akan menguji kalian dengan malapetaka. Dia Maha Mengetahui tentang hal itu, sebagaimana salah seorang kalian menguji keaslian emas dengan api. Maka diantara manusia ada yang keluar dari malapetaka seperti emas murni, mereka itulah yang diselamatkan Allah dari segala keburukan. Dan diantara mereka ada yang keluar seperti emas hitam, merekalah yang diuji.” (HR. Hakim)

Kadang rasa diri ini macam ade dalam citer2 novel tu. Selalu heroin2 dalam novel tu kan hadapi macam2 cabaran, dugaan... lepas 1, 1 pula yang datang. Rasa lelah sangat nak capai kejayaan, nak capai apa yang kita nak kan. Pastu nanti ade hero yang datang tolong selamatkan dia.. kawen.. n hidup bahagia.. aminnn. :P. Rase diri ni macam heroin dalam citer2 novel tu.. cuma xtau sapelah hero yang nak datang selamatkan saye! (chewah! hahahah geli je!)--->berangan je lebih! Haaa.. tapi kan.. penah dengar x, "Hidup ini adalah drama yang panjang, dan kitalah pelakon2nya".. gitewwww! hahahha.. Ishhh.. betul la! Kadang2 drama2 kat tv tu merupakan adaptasi apa yang berlaku dalam kehidupan kita.. Wow! kalau camtu kite ni memang betul2 pelakon la kan! hahhaa.. kalau camni buley la pasni nak jalan atas red carpet! ahahahhaha.. ni siyes berangan! 
So sebagai pelakon2 yang berlakon dalam drama kehidupan ni kan.. kitalah sendiri jadi director.. nak jadikan watak kita ni jadi watak yang baik ke tak.. Keputusan tu kita sendiri yang pilih. Tapi walaupun postion director tu ade pada kita, janganlah kita lupa, pada Pencipta kita. Akhir drama panjang kita ini akan kembali kepada-Nya. Pandai2 lah kita menilai dan memilih ya.^^

Setiap yang besar pasti ada yang kecil, Yang tua, pasti ada yang muda. Yang sihat pasti ada yang sakit. Yang Kaya pasti ada yang Miskin, Yang pandai pasti ada yang kurang pandai. Kehidupan kita ini lengkap sebab adanya perbezaan ini. Kadang rasa kenapa aku??? Kenapa aku yang lalui kepayahan ini.. Kenapa aku yang gagal???, kenapa aku yang bankrupt???, kenapa aku yang dikhianati??? kenapa aku dilahirkan hidup susah???? Kenapa aku hidup cacat?? Hidup ini banyak sangat dengan "kenapa" kan.. Saya juga sering melontarkan pertayaan2 yang sama. Bila kita rase sempit sangat2, mula2 dapat tahu menghidapi penyakit, lepas tu diuji pula dengan kehilangan, ditambah pula dengan masalah2 ditempat kerja, masalah anak, masalah kewangan, dan pelbagai2 lagi masalah. Pasti kita akan lontarkan persoalan ini "KENAPA????". Duhai diri, sedarilah. kita ini hanya hamba. Hamba ini selayaknya diuji. Tangan yang menaip ini lancar sahaja penulisannya.. mulut yang bersuara lancar saja pertuturannya.. Tapi diri yang diuji, kadang xselancar tulisan dan pertuturannya..Pasti sering kali terjatuh tiap kali cuba berjalan.. Hanya kombinasi mental +jiwa + iman yang kuat untuk hadapi ujian2 ini.
 
“Apakah kalian mengira akan dibiarkan begitu saja, padahal belum terbukti bagi Allah orang-orang yang berjuang diantara kalian?” (TQS At Taubah (9):16)
 

Sedarkah kita, ujianlah yang menambah kemanisan hidup kita. Kenapa tidak?? Bila kita berjaya hadapi ujian2 sepanjang kita cuba untuk mencapai sesuatu, kejayaan yang kita dapai itu lebih manis, kita lebih menghargai, kita akan rasa benar2 bersyukur kerna kejayaan itu bukan mudah untuk kita dapati. Bukan boleh dibeli dikedai2. Kejayaan ini hanya boleh dibeli dengan pengorbanan.  Ya PENGORBANAN. Duhai diri, berkorbanlah. Berkorban itu pasti rasanya sakit, dan pedih. Tapi insya'Allah dapatannya sungguh manis sekali. 

“Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi. Kemudian baru orang-orang yang lebih rendah derajatnya, berurutan secara bertingkat. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Jika ia kuat dalam agamanya, maka ujiannya sangat berat. Dan jika lemah agamanya, maka ia akan diuji Allah sesuai tingkat ketaatannya pada agamanya. Demikianlah bala’ dan ujian itu senantiasa dilimpahkan kepada seorang hamba sampai ia berjalan di muka bumi tanpa dosa apapun.”(HR. Tirmidzi).
 
Saya cuba yakinkan hati, gagahkan jiwa, kuatkan mental, kawal emosi saya. Sesungguhnya Allah telah menyusun sesuatu yang cantik untuk saya. Maka saya harus tabah, sabar dan terus berdoa. Segalanya akan kembali seperti apa yang saya harapkan cuba kadar masa yang menjadi ukuran. Sabarlah diri. Sabarlah. Bersyukurlah diri kerna terpilih antara yang diuji. Allahuakbar!