Saturday, September 7, 2013

Syukur vs Buta..

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Ramai kenalanku yang merupakan orang yang berkerja dengan kerajaan atau penjawat awam. Bila mana mereka melihat aku sering kali menunjukkan sikap yang sering mempersoalkan setiap tindakan kerajaan, mudah saja mereka melabel orang seperti aku ini tidak sedar di untung. 

Mereka tidak sedar sebab mereka tidak merasainya dan orang yang bukan bekerja sebagai penjawat awam tidak menerima sebarang imbuhan dari  kerajaan. Dengan itu, kami lebih merasai kesusahan hidup tersebut. Dalam keadaan sebelum kenaikan minyak 20SEN pun, ayah bertungkus lumus bekerja untuk menyediakan kecukupan kami, membayar hutangkeliling pinggang, bayangkan bila mana harga minyak naik 20SEN. YA hanya dengan 20SEN! Tapi bagi kami yang susah, nilai tersebut begitu tinggi. Tahu tak implikasi minyak naik 20sen? Tambang kenderaan awam seperti teksi, bas akan naik! Harga makanan juga akan naik! 

Photo: Full Video : http://www.youtube.com/watch?v=7XxyoV9Q4bQ&nomobile=1

Mudah sekali kalian menghukum kami tidak reti untuk bersyukur dengan apa yang dimilik kini? Siapa kalian untuk mengadili dan menghukum kami sebagai orang yang tidak bersyukur. Sungguh kami bersyukur dengan nikmat yang ALLAH beri namun kami TIDAK BUTA! Kami dihantar melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat yang tinggi bukan belajar untuk MENJADI BUTA dan MEMBUTAKAN MATA menerima sahaja apa yang kerajaan lakukan kepada kami. 

Bila mana ada yang bersuara, dah reti pinjam tapi tak reti nak pulang. YUP.. isu PTPTN. Ya. Saya adalah insan yang menerima pembiayaan PTPTN sepanjang saya menyiapkan sarjana muda saya. Ada yang menyatakan dah tahu pinjam , tak reti nak pulang ke?? Hello, saya sentap sekejap. Sejak bila pula saya tak nak pulang. Dan SAYA SANGAT SEDAR bila dah pinjam, kenalah pandai nak pulang. For those yang sudah menerima pinjaman PTPTN tu sila lah pulangkan. No matter ada pihak yang fight supaya PTPTN tak payah bayar, KITA yang DAH pinjam ni sedarlah diri PULANGKAN! You know what, with your stubborn statement TAK NAK bayar tu memburukkan nama baik peminjam PTPTN lain yang nak bayar tau. 

Terima kasih banyak kepada yang kerajaan yang sangat prihatin kepada rakyat. So concern dengan kehidupan rakyat. Janganlah kalian kuatir, rezeki kami Allah yang pegang. Tapi janganlah kalian LUPA, Allah mengira setiap perbuatan para pemimpin. Kalau kalian rasakan tindakan kalian adalah yang terbaik buat rakyat, dan tiada sebarang agenda disebaliknya, TERSERAH. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. May Allah bless you and always bless us. Waalahua'lam. 


Rakyat yang ambil peduli,


Friday, September 6, 2013

Terima kasih Ana. ^^

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Bila makin meningkat usia, aku rasa semakin takut untuk hidup. Yup. Aku takut nak hidup sendiri. Baru aku sedar selama aku hidup ini aku benar- benar bergantung pada insan yang rapat dengan aku. Bila satu-persatu sahabatku pergi dari aku, aku jadi hilang arah. Aku cuba tersenyum.. Ini lumrah kehidupan. Seriously aku mula takut untuk hidup sendiri. :(

Ana. Aku kenal dia di bumi UTM ni. Satu rahmat Allah beri pada aku. Allah hadirkan dia dalam hidup aku dan kau izinan dia bawa aku kepada-Mu, Allah. 

Dah 3 hari aku kelaparan tak makan. Finally aku hantar pesanan ringkas pada ana. "Ana, sha lapar sangat". Selang beberapa minit, ana muncul depan bilik aku membawa bungkusan makanan. Aku nangis! Baiknya ana, bawakkan aku makanan! Terharu.

Hubungan aku dengan ana semakin rapat. Aku tak ingat sejak bila, tapi yang pasti aku selesa sangat dengan ana. Dia terima aku yang "pelik" ni. Entah orang yang panggil aku dengan gelaran tu. Aku dengan dia sama- sama blurr. Tapi ana lebih lagi! Hahahaa.. Tapi ana hebat debate. Aku kureng sikit.. -.-". Aku dengan dia masing- masing jarang nak ambil tahu jadual kelas. Selalu ikut orang je. Jadinya kalau kami terlambat dan jalan berdua.. memang ke laut la. hahahaa..



Bila duduk dalam kelas, kene duduk sebelah- menyebelah.. Sebab 2, 2 kuat tidur dalam kelas. Kalau aku mengantuk, aku hulur tangan kat ana. Mintak dia picit dan cubit- cubit, jangan bagi aku ngantuk.. Lepas tu turn aku pula picit- picit tangan ana. Tapi kalau kami tak dapat duduk sebelah- menyebelah, dan bila aku dah start tersengguk- senguk dalam kelas, terus aku cari kelibat ana.. Sebab ana pun sama! Tengah tersengguk-sengguk. Aku dah agak daaaaaa.. ^^ (Tersenyum aku ingat saat tu).


Semua tahu aku dengan ana macam belangkas. Pergi mana- mana sama. Sebab ana je ada kenderaan. So dia lah kaki aku nak pergi mana- mana. Hatta dan post-graduate, kami masih ke mana bersama. Serious, dia tak pernah berkira dengan aku, dan aku tak pernah berkira dengan ana. Bila ana dah tunang, aku gembira sangat, tapi aku tak boleh tipu yang aku dah mula sedih. Saat tu, aku fikir ada setahun lagi untuk aku adapt. Dari saat tu aku cuba buat kerja harian tanpa ana. Cuba keraskan hati. Yeah, Risha. You can do it!

Selama aku berkawan dengan ana, dia jarang menangis. Yup aku tak pernah nampak dia menangis. Hanya aku je yang banyak menangis. Sikit- sikit nangis. Lembik macam sotong! Tapi satu hari dia masuk bilik aku, dia tetiba menangis. Aku terkejut! Serious aku terkejut! Dia tak pernah menangis. Aku tanya kenapa dia menangis. Bila aku tahu sebab dia menangis, aku marah sangat! Aku marah sangat dengan yang buat ana menangis. Kalau boleh nak je aku sembur orang yang buat ana menangis tu. Tapi dah ana ni memang lembut hati, tak macam aku... So confirm la dia tak bagi aku kecoh. 



Yang best sangat walau aku dan ana ada banyak persamaan, aku dengan dia juga macam langit dengan bumi. Kalau nampak ana tu lemah lembut, aku sebaliknya. Satu lagi perangai aku yang obvious lain, aku banyak layan lagu-lagu yang macam clubbing tu. Tengok aku yang bertudung "macam ni"  dengan lagu- lagu yang aku suka dengar tu memang TAK KENA LANGSUNG! Selalu juga tunjuk pada ana lagu- lagu yang aku suka. Aku tahu ana tak suka. Tapi dia tak cakap pun dia tak suka. Dia cakap.. "boleh la". Satu hari aku masuk lab ana, aku tengok ana tengah dengar lagu "lady gaga- just dance!". Ohhh ana! Suwit! but seriously sorry sebab buat ana dengar lagu- lagu yang tak patut ana dengar! :(

Ana tahu setiap liku yang aku hadapi saat nak habiskan master ni. Tiap malam ana teman aku buat lab. Sampai stay di lab waktu malam. Balik awal subuh. Dia tak pernah merungut. Dialah tempat aku mengadu saat aku nak hadapi first assessment. Dalam bilik presentation, aku pandang dia untuk aku dapatkan kekuatan. Allah, besarnya jasa dia pada aku. 

Aku tak pernah lagi jumpa orang "best" giler. Cara ana halus sangat. Dia tak pernah pun marah aku bila tahu aku suka karaoke, suka tengok wayang, bila mana apa yang aku suka tak sama dengan apa yang dia suka. Dia tak pernah buat aku rasa asing. Dia tak pernah buat aku jadi sepertinya. Dia tak pernah buat aku tahu apa yang dia tak suka. Tapi sendiri dapat tahu yang dia tak selesa, dia tak suka. Ana, you are so sweet. And I won't do anything which u don't like. U respect and accept who am I and I'll do the same for you. ^^ 

Ingat lagi tiga bulan sebelum ana diijabkabulkan, ana selalu datang tidur di rumah aku.. Dan tiap malam juga aku berendam air mata. Sebab aku takut dia hilang dari hidup aku. Dan aku tahu lepas dia kahwin, dia tetap ada, tapi dia dah tak sama. Dia dah tak boleh lagi jadi superwoman aku. 

Bila ana diijabkabulkan, aku sungguh- sungguh nangis, semua orang tak faham apa yang aku rasa. Aku betul- betul akan hilang seorang kawan yang paling faham dan sabar dengan aku. 2 bulan sebelum ana diijabkabulkan, something happened to me, she came to my house, then I keep crying, she bring me to balai cerap. She try to comfort me. I looked her, sayunya rasa. Lepas ni mesti dah takda yang comfort me like her. Then malam tu ana teman ke lab, sambil buat lab, then aku hugged dia. Aku cakap, "Lepas ana kahwin, sha dah takde tempat nak mengadu, sha dah tak boleh citer macam- macam pada ana". Ana balas pelukan aku.. Ana cakap, dia akan sama macam dulu. Tak na. Tak sama.........



Sungguh dialah sahabat, dialah orang paling istimewa pernah Allah hadiahkan buat aku. Dia sabar sangat dengan aku. Dia terima aku yang mengada- ngada, gedik, kasar, suka merajuk, baran, pemarah, pelik, yang suka bergaya, yang kejap nak jadi baik, kejap nakal balik, selalu ting-tong, selalu ada masalah yang pelik- pelik datang. Dia hargai setiap kelebihan aku, dia cuba bantu setiap kelemahan aku. Sampai aku pernah cakap padanya.. "Kalau sha nak cari suami, sha nak dia macam ana". Yang ikhlas dan sabar untuk berkawan dengan aku. 

Sebab tu masa ana wedding, aku offer untuk buat macam- macam. Seriously aku sanggup buat macam- macam. Bagi aku, tu cara aku nak balas segala jasa baik ana selama ini. Aku tak pernah mintak cuti dari prof sebab aku takut sangat nak mintak cuti, tapi untuk ana, aku sanggup. Sebab ana tak pernah berkira pun dengan aku. 

Siapa insan yang dapat ana dalam hidupnya.. Untung sangat. She's a great person I ever meet. Tuhan, tolong jagakan dia di mana saja dia berada, dengan siapa pun je dia bersama.


Psst: Tuhan, kurniakan aku insan yang boleh terima aku seadanya. Kerna yang ada padaku penuh dengan kekurangan. :( Sungguh aku takut hadapi masa depan. Tapi aku percaya pada-Mu. Kau tau apa yang terbaik untuk aku. 


Ana, sha suka sangat lagu ni.. 
kalau dengar lagu ni mesti sha ingat ana... T_T




Saya yang rindu best friend saya,