Sunday, June 20, 2010

SILA SENYAP





Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)



tak perlu cakap

biarlah senyap

banyaknya mulut buat orang membenci

biarlah senyap

simpanlah untuk diri sendiri

biarlah senyap

pergi. aku kata pergi

biarlah senyap

bosan bercakap. bercerita. dan segala

biarlah senyap

biarlah senyap..
simpan sendiri dalam hati
simpan sendiri untuk perbaiki
simpan sendiri kerna ada DIA
aku pasti tanpa kamu tapi adanya DIA
aku pasti tanpa kamu DIA sentiasa ada denganku
dari dulu. kini dan selamanya.

biarlah hanya DIA tempat aku mengadu
selamatkan mereka.mereka.mereka dan diriku
ameen.

aku redha dengan ketetapan-Mu.
ada sinar di sebalik cahaya suram ini
aku pasti dengan izin DIA.


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).


No comments: