Thursday, June 17, 2010

Kebahagiaan



Kebahagian merupakan suatu perkara ynag subjektif. Yang hanya dilihat dan dinilai dengan pandangan berbeza. Ada yang menganggap kebahagian itu hanya boleh dikecapi dengan harta kemewahan, rumah yang besar, kejayaan mendapat kelas pertama dalam universiti. Malah ada juga yang berpendapat kebahagian itu berkaitan dengan kebahagian keluarga, dan bagi pendapat yang berbeza kebahagian akan dapat diperolehi jika Allah memberkati kehidupan di dunia ini. Ini semua merupakan contoh- contoh kebahagian yang kita dapat lihat, setiap individu mengukur kebahagiaan itu dengan ukuran yang berbeza.

Kita tidak disediakan kelas di sekolah – sekolah mahupun diperingkat institusi tinggi yang menyediakan subjek khas yang bertajuk kebahagiaan. Namun begitu kita punya medium yang disediakan untuk kita mengecapi kebahagian yang kita cari. Malah pembelajaran ilmu mencari kebahagian hidup itu lebih tertumpu kepada kehidupan kita seharian. Kehidupan kita seharianlah yang banyak mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan mengajar kepada kita ilmu- ilmu yang tidak mungkin kita dapati di institusi pembelajaran.


Kehidupan kita sering dikaitkan dengan perkara- perkara yang menyesakkan seperti bebanan masalah. Antaranya masalah kewangan keluarga, masalah hubungan antara keluarga, rakan-rakan dan mungkin juga masalah pembelajaran. Semua masalah- masalah ini jika kita lihat dari perspektif biasa hanyalah suatu yang merumitkan kehidupan kita sahaja namun begitu tanpa permasalahan- permasalah ini, kita tidak mungkin dapat memantangkan diri kita dan yang paling kita mungkin menjadi seorang yang “stereotype.” Masalahlah yang menjadikan individu itu menjadi seseorang lebih kreatif. Mengikut kajian, tekanan akan mengubah seseorang berfikir dengan lebih kreatif bagi menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat. Hebat bukan.

Penulisan saya ini bukanlah menyokong kehidupan bermasalah itu bagus. Namun begitu, saya ingin membukan minda kata semua bahawa kehidupan kita ini tidak akan lari dengan pelbagai masalah yang mendatang. Tidak seorang pun daripada kita yang tidak mempunyai bebanan kehidupan. Oleh itu, saya ingin mengajak anda semua untuk menukar cara pemikiran kita semua. Apabila kita ditimpa masalah, kkita seharusnya berfikiran matang. Ketahuilah setiap kesakitan itu punya penawar. Oleh itu, kita seharusnya lebih bersabar, dah berusaha untuk mencari jalan untuk keluar daripada masalah tersebut. Berusaha untuk cari jalan penyelesaian bukan mencari jalan lari daripada permasalahan.

Merujuk kembali kepada tajuk yang ingin saya bincangkan KEBAHAGIAN, kebahagian itu bermula daripada masalah yang timbul seperti kemiskinan, kegagalan. Melalui masalah yang timbul, individu akan menjadi lebih kreatif untuk menyelesaikan permasalahan itu. Proses pembelajaran ini berlaku dalam keadaan tanpa sedar. Akhirnya apabila individu itu telah melalui proses penyelesaikan masalah itu, akhirnya kebahagian itu dapat dicapai. Bukan mudah untuk mendapat kebahagian. Untuk mendapatkan kebahagian itu, individu perlu melalui proses penyelesaian masalah.

Dalam menyelesaikan masalah itu, kesabaran yang diperlukan adalah amat tinggi. Masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah ini bukanlah hanya memerlukan masa yang singkat. Bergantung kepada permasalahan tersebut. Ada yang memakan masa sekejap malah ada yang memakan makan masa bertahun- tahun. Andai kesabaran yang diperuntukkan terlalu sedikit, kemungkinan besar kita akan berhenti di tengah jalan. Dengan itu kesabaran itu sebernarnya memerlukan pengorbanan. Pengorbanan masa, hati, perasaan, keseronokan dan kepentingan diri. Azam yang kuat sangat diperlukan untuk kita berusaha mengubah takdir kita, ( keluar dari masalah yang membelenggu hidup kita).

Kebiasaanya ramai yang tewas dalam proses menyelesaikan masalah itu. Di saat itu tertalu banyak ujian yang bakal kita hadapi. Di saat inilah iman kita yang bakal menentukan di mana pengakhiran kita. Pegangan agama yang kuat sangat diperlukan bagi individu supaya mengelakkan tertewasnya kita dengan ujian dunia ini. Sebagai contoh bagi yang mengalami masalah kewangan, mereka bermula dengan mencari rezeki di kilang- kilang ataupun yang berada di institusi tinggi, mereka cuba untuk mencari kerja sambilan. Dalam perjalanan ini, desakan kehidupan menyebabkan mereka memilih jalan pintas untuk mendapatkan kebahagian dengan lebih mudah. Pada saat inilah iman dan pegangan hidup perlu kuat. Jika tidak, mereka mungkin akan memilih jalan singkat seperti mencari sugar dady, pelayan yang berkelas atasan. Akhirnya ini membawa kepada yang penyelesaian masalah dengan cara yang salah. Oleh itu, kita sebagai makhluk terbaik ciptaan Illahi, yang dianugerahkan dengan akal fikiran seharusnya memikirkan baik buruk sesuatu perkara sebelum membuat sebarang tindakan.