Friday, February 19, 2010

Kata Diri vs Fikir Akal vs Teguh Hati


wahh!!
kita ini Khalifah rupanya.

Kata Hati: " Semua orang cakap pasal remaja harapan bangsa. Remaja inilah pemimpin negara. Kenapa susah- susah fikir pasal negara?"

Fikir Akal: " Kerana kira ini khalifah!."

Teguh Hati: " Alangkah mulianya manusia; khalifah di muka bumi. Alangkah tercelanya bagi mereka yang melupakan tugas dan mensia- sialan tugasnya ini."

Study smart!!

Kata Hati: " Belajar tunggang- langgang. Berjam- jam sehari. Rasanya sudah bagus, sudah bijak. Tetapi bila exam, tidak boleh jawab..otak kosong. Alah penat je.."

Fikir Akal: " Orang menilai kita dari pelajaran. Tungang- langgang belajar bertahun- tahun, sama ada faham ke tidak, kuasai ke tidak, orang akan lihat kita."

Teguh Hati: " Perancangan penting. Beza antara pelajar cemerlang dengan biasa bukan pada ilmunya, tetapi bagaimana pelajar mengeluarkannya semasa exam.."

Sekarang kita rehat!!

Kata Hati: " Banyak benda kena buat. Buku belum baca. Tugasan belum siap. Baju belum basuh. Makan belum lagi. Mana ada masa untuk rehat.."

Fikir Akal: " Orang malas membazir masa, bukan berehat. Kita panggil rehat sebab relekskan diri selepas bekerja. Selepas itu hendak sambung kerja balik."

Teguh Hati: " Rehat untuk mengambil nafas. Mencari kembali diri yang hilang... Kerja tanpa rehat, membunuh tubuh. Rehat tanpa kerja membunuh jiwa".

Jalan Hidup??

Kata Hati: " Hidup memang seronok dan menarik. Tetapi ada waktunya runsing dan terlalu keliru. Benar- benar tidak pasti dan tertekan. Kenapa ye?"

Fikir Akal: " Bukan semua detik adalah sama. Ada detik yang tertentu yang sangat penting. Pada detik itulah keputusan penting dibuat. Keputusan memilih jalan hidup..."

Teguh Hati: " Cemas melatih kita supaya bersedia bertindak. Bukan menarik diri menyerah kalah, tidak berusaha dan menjadi lemah. Minat kena jelas. Belajar dengan minat, mudah ingat."


pss....Jadi muda memang mengelirukan.
Tapi adakah itu alasan untuk berhenti sebelum berjalan??






No comments: