Friday, February 19, 2010

Antara Dua


Antara Dua
= Yang Mana Pilihan Hati??=

1) Syurga


Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi kepada kamar- kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia. " Untuk siapa kamar- kamar itu wahai Rasulullah s.a.w.?" tanya para sahabat. " Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta soalt di malam saat manusia lelap dalam mimpinya." " Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam dengan begitu bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang- orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' and Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-0rang sedang tidur lelap." Begitu Rasulullah s.a.w. menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

2) Neraka( Nauzubillah)

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya RAsulullah s.a.w. telah bersabda: " Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At- Tahrim ayat 6 yang artinya:" Sedang penjaganya malaikat- malaikat yang kasar lagi keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam nerakan Jahannam.

Siapa yang mengatakan Allah itu tidak adil? Kita punya pilihan untuk memilih di manakah destinasi kita seterusnya. Allah telah menerangkan segalanya di dalam Al-Quran. Malah Allah S.W.T. telah mengutuskan Rasul- rasul bagi setiap umat untuk memimpin kita agar kita tidak tersalah langkah. Bukankah Allah itu adil. Kitalah manusia yang selalu menzalimi diri kita sendiri. Kita tidak selamanya hidup didunia ini. NAmun mengapa kita sering alpa? Mahu menunggu sehingga kita tua baru kita mahu bertaubat? Itupun kalau umur kita panjang. Bagaimana pula kalau hari ini adalah hari terakhir kita? Sudahkah kita bersedia? Yakinkah anda dengan persediaan anda itu? Fikir- fikirkanlah wahai sahabat semua. Semoga Allah melimpahkan keberkatan buat umat Islam keseluruhannya.

No comments: