Tuesday, October 20, 2009

bila tangan ingin menaip..





saat ini saye sedang kekenyangan. Alhamdulillah.. baru pulang daripada meranti bersama- sama dengan kak ida. sudah lame rasenye xmeluangkan mase bersame2 makan kat meranti. urm..kak ida tempah nasi + telur bungkus dan saye pule menempah nasi + sotong 3 rase. sedap2 ditambah pule dengan air teh ais. <> hehehee..( mode G.I.R.A.N.G lagi C.E.R.I.A).

Balik2 buka la lama web kesayangan yang banyak sangat membantu diri ini. disebabkan buku La' Tahzan sudah dipulangkan ke empunya miliknye terpaksalah saya melayari internet nak mancari mane2 ley mentazkirahkan hati saye ini. dan saye terbaca artikal baru yang di post dia laman web tersebut.. tertarik dan rase sangat la sesuai untuk dikongsi bersame2 dengan sahabat2 saya. sangat bermakna..

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

saye merasakan artikal ini bagus untuk dikongsi bersame buat peringatan diri sendiri dan sahabat yang lain.. semoga kita semua berusaha merebut CINTA yang sebenar CINTA YANG MAHA BERKUASA berbanding cinta SEMENTARA. bukan nak tunjuk baik jauh sekali merasa bagus, tapi diri ini berusaha untuk berubah dan mengharap sahabat2 sudi memberi tunjuk ajar dan memimpin diri ini semoga tidak hanyut dalam mencari-NYA.

nasihat juga buat diri ini dan sahabat2 yang lain, tidak couple bukan 1 jalan yang menghalalkan kita untuk bergaul bebas. " ala..saya kawan dengan semua orang. saya bukan couple pun. tapi kawan je". teringat seorang sabahat yang hampir dengan saya sering mengingatkan diri ini, persahabatan antara lelaki dengan perempuan itu tidak wujud. saye tertanya- tanya kenapa tidak wujud? kenapa tidak boleh? rupa- rupanya semuanya berkaitan dengan ikhtilat. saya tidak pandai untuk bercakap berkenaan dengan ikhtilat. berikut saya sertakan dengan url website iluvislam.com yang memperkatakan dengan ikhtilat yang saya rasakan patut saya sertakan dalam blog saya ini untuk dikongsi bersama.

sedikit saya definasikan istilah ikhtilat itu sendiri merujuk kepada suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."


Nak minta tolong sikit boleh tak?
Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,

Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,

Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
Dengarlan dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.
Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,

Sentiasa memberi peringatan,

Sentiasa menerima teguran.
Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,

Kelak ikatan dihindari syaitan.
Tolong ingatkan saya,

Hidup ini satu kembara,

Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,

Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.

Tolong ye ingatkan saya..


.
terbaca dalam petikan iluvislam




"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."




1 comment:

Unknown said...

tetapkan kami di jalan MU.