Friday, March 6, 2009

+sudahkah anda BERTAUBAT???+

Ada seorang lelaki dari Bani Israil yang taat selama 40 tahu, dan membuat maksiat selama 4o tahun juga. Suatu ketika ia menyuluh dirinya di cermin dan melihat di cermin di janggutnya telah beruban, maka insaflah ia seraya berkata kepada Allah : " Ya Allah, aku telah taat pada-Mu selama 40 tahun, tapi aku jjuga telah berbuat maksiat kepada-Mu selama itu juga, apakah Engkau masih mahu menerimaku?" Maka dikatakan kepadanya: " Sesungguh engkau telah taat kepada Allah, maka Ia menerimamu ketika itu. Kemudian engkau berbuat maksiat setelah itu, maka IA MENGABAIKANMU KETIKA ITU. dan sekarang engkau ingin kembali kepada-Ku, maka IA PASTI AKAN MENERIMAMU KEMBALI".
Allah s.w.t. telah menganugerahkan kepada kita satu nikmat iaitu umur yang panjang, tetapi jika disia- siakannya, maka rugilah ia di dunia dan di akhirat. Oleh kerana itu, pintu taubatselalu terbuka, anugerah Allah selalu diberikan dan kebaikan-Nya datang dan pergi.

Dalam sebuah hadith qudsi Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: :"Wahai hamba- hambaku, sesungguhnya kamu sentiasa berbuat dosa siang dan malam, tapi Aku sentiasa pula bersedia mengampuni semua dosa kamu. Maka mohonkanlah ampun kepada-Ku, nescaya Aku ampuni bagi kamu".
Dalam sebuah hadith qudsi juga, yakni yang diriwayatkan oleh At -Tirmidzi dengan sanad yang sahih, disebutkan bahawaa Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: " Wahai anak Adam, sesungguhnya selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, Aku ampuni dosa- dosamu betapa banyaknya. Wahai anak Adam, andaikan engkau datang kepada-Ku dengan membawa kesalahan sebesar bumi ini sekalipun, tapi engkau tidak mempersekutukan Aku sesuatu apapun, nescaya Aku datangkan untukmu keampunan sebesar bumi pula".
Ramai orang beranggapan setiap azab yang diturunkan oleh Allah itu pasti hanya ke atas orang yang melakukan dosa itu sendiri. Sekiranya azab tidak diturunkan ke atas mereka beranggapan Allah telah mengampunkan dosa mereka. Lihatlah, betapa banyak orang- orang kafir, musyrik, atheis dan lain2, yang setiap saat derhakan kepada Allah, tapi tidak pernah mendapat azab dari Allah. Bahkan, kehidupan mereka lebih tenang dan bahagia daripada kita. Ini adalah satu pemahaman yang salah.

Berhati- hatilah dengan apa2 yang kamu ucapkan dan apayang kamu sangkakan.
"Apakah kamu mengira bahawa azab Allah itu hanyalah berupa pengiriman bala tentera atau burung2 dan petir yang menggegar dari langit atau berupa gempa bumi yang menghancur- leburkan atau banjir yang menenggelamkan?"

Sesunggunya azab Allah itu datangnya berbagai bentuk. Bukan hanya azab Allah s.w.t yang nampak di mta dan diketahui sahaja, banyak lagi azab Allah itu kadang2 tidak diketahui oleh manusia. Misalnya, keras hati. Kerasnya hati seseorang adalah salah satu wujud dari azab Allah. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Bahkan, sebenarnya Allah telah mengunci mati hati merea kerna kekafirannya, kerana itu mereka tidak beriman kecuali sebahagian kecil dari mereka".
(An- Nisa' : 155)

Sekiranya Allah menutupi pintu hati seseorang, maka hatinya itu tidak dapat lagi melihat, mendengar dan menerima kebenaran. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
" Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan mambuat kerosakan di mika bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan. Mereka itulah orang- orang yang dilaknat Alah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan- Nya penglihatan mereka".

"Ya Allah, janganlah kau tarik nikmat untuk menikmati lazatnya bermunajat kepada-Mu"













No comments: