Friday, March 6, 2009

+SeSuCi CiNtA RASULULLAH S.A.W+


saya baru je pas balik dari mengikuti ceramah bersempena Maulidul Rasul..bertajuk "SeSuCi CiNtA RASULULLAH S.A.W" pe tu ek maulidul rasul kengkawan??? ekekekeke.. msti smua ley jawabkan... Birthday Dato' Ct pon ley xtau xkanlah Rasul junjungan kita sendiri xtau kan.. ye x??? hhehehhe=D
Alhamdulillah... bersyukur sesangat Allah bagi kesempatan utk saya g majlis ilmu tu.. di samping dapat makan + slip kuota pengetua.. kire cam 3 in 1 la...hehehhehe=P (wat muke comey cikit).. tapi niat sub niat yang lain xmembatalkan niat utama tau.. nak DATANG MAJLIS ILMU..=)
Banyak upenye yang kite xtau lagi even kite ni dah masuk U... (memalukan tu la..=p)
Di sini saya nak kongsi cikit ngan kengkawan semua... antara soalan2 yang diajukan oleh penceramah td...
1. di manakah Rasulullah s.a.w. di lahirkan?
2.siapakah yang menjadi bidan yang menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w.?
3. siapakah wanita pertama yang mengasuh Rasulullah s.a.w?
4. kenape Allas s.w.t mewafatkan ayah, ibu n datuk Rasulullah s.a.w?

ye kawan2..jgn segan silu nak menjawab ye... (^_~)"
tadi penceramah de share smthing tau.. dia nak betulkan sejarah..cicak yang selama ni kita ingat jahat..kita patut bunuh dia sebab dia nak bagitau kat org quraisy yang Rasulullah s.a.w. ada dalam gua sur tu XBETUL!! ustaz tu dah bace bape byk ntah buku sejarah mase dia menuntut kat mesir tu xpenah de cite yang mengaitkan pasal citer cicak tu.. so, penceramah tadi pesan.. "janganlah kita menfitnah cicak lagi".. hehehhe=D

Banyak sgt input yg saya dapat td tau.. rase sebak sgt2 dengar perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. n takjub sungguh ngan kekuasaan Allah s.w.t..hampir menitis air mata saya tadi
( waA..kantoi.. malu2x =p). betapa x bersyukurnya kita ummat yang lahir2 terus dapat title ISLAM.. betapa xbersyukurnya kita dengan nikmat yang Allah berikan pada kita..
Betapa BUTANYA kita dikaburi dengan CINTA PALSU ciptaan manusia sendiri..
Betapa kita lupa pada perjuangan Rasulullah s.a.w. untuk memperjuangkan Agama Islam..
Betapa LALAI dan LEKAnya kita semua ni..
Kita bukan sahaja perlu mengkaji, menghargai n meneruskan perjuangan n pengorbanan pejuang2 kemerdekaan yang berusaha memerdekakan negara kita malah kita perlu menghargai n meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. & para sahabat yang bermati- matian menegakan syiar Islam...
"Wahai umat Islam bangkitlah dari tidurmu. Masih jauh perjalanan hidup kita. Sudahkah kita bersedia dengan bekalan yang bakal kita bawa di akhirat nanti? Andai kita mahukan kejayaan & kebahagiaan hidup di dunia kita memerlukan ILMU. Andai kita mahukan kejayaan & kebahagiaan hidup diakhirat juga kita memerlukan ILMU.
kebahagiaan dunia + akhirat???
ILMU
carilah ilmu Allah s.w.t sebanyak mungkin
carilah dengan niat kerana Allah
untuk keluarga, bangsa & agama.
Insya'Allah..
amin..=D





No comments: