Wednesday, January 6, 2010

aku..



Melihat keluar tingkap dihadapanku bangunan Masjid Sultan Ismail ini tersergam indah, kelihatan kilat menyambar. Guruh mula berbunyi, pokok2 bergoyang ditiup angin. Sekali lagi sakit itu menekan2 bahagian urat di kepalaku. Ya Allah, apakah ini? Adakah mungkin cuma perasaanku sahaja? Sekali lagi sakit itu menyentap kepalaku. Ya Allah, sabarkan diriku dengan ujian-Mu ini. Aku mula hilang fokus. Pencarian maklumat berkenaan dengan "assignment" yang perlu dihantar pada keesokan hari tidak lagi menjadi perhatianku. Aku mula mencari panadol di dalam beg galasku. Loyaku semakin menjadi2. Alangkah hampa panadol yang kucari itu tidak ku jumpai.
"Mesti tertinggal lagi ni. Selalu camni.", dengus hatiku. Terpaksalah aku menahan kesakitan ini.

"Kene fikir positive ni. Baru sakit di dunia. bukankah sakit itu penghapus dosa seandainya kita redha dengan ujian-Nya". Bisik hatiku. Tapi tidak semudah itu aku mampu sentiasa positif dengan ujian-Nya. "Ya Allah, ampuni dosaku....". Tersenyum. Ku lihat dihadapanku ada pengharapan di sana. Insya'Allah, aku mampu. Ya aku mampu..

Kedengaran azan mula berkumandang dari MSI. Aku harus pergi segera.......




No comments: