Thursday, November 5, 2009

malaysia moden???



Assalamualaikum.. Alhamdulillah dapat gak saya men update blog saye sebelum paper terakhir saya isnin ni. insya'Allah. sedang dalam "gerak kerja" membuat past year.. ;p. semalam saya tidur di bilik kak ida memandangkan room8 kesayangan telah pulang ke rumah. saya bukan penakut yea tapi saya ade sebab tidur bilik kak ida. haA, salah satunya nak merapatkan ukhwah.."eceh poyos je". tapi betul la tu.

masa kat bilik kak ida, kami bukak 1 laman web ni.. bukan laman web "blue" ea.. tapi pakaian2 manusia kat situ MEMANG "BLUE " habis. pelik gak manusia ni ye. macam xingat nak mati. minta maAf la ye kalau bahasa ni terlalu kesat dan kasar. tapi itulah bahasa yang selayaknya diberi pada manusia yang xsedar diri tu.

kalau nak tengok certificate lah kan.. macam xde lah kot.. kalau yang ada tu pon segelintir je la rasenya. Tapi pakaian ala2 hot gitew... memang hot lah nanti kalau kat neraka! bukan nak menghina, tapi tu lah hakikatnya. seriously geram sesangat. orang- orang ni lah yang kita semua puja2. xkira la dari anak- anak kecil sehinggalah ke tahap golongan veteran.. dalam cerita2 memang nampak baik. pijak bakteria pon xmati! tapi yang herannya ni, boleh dikatakan semua yang dah masuk dalam bidang ni, rata- ratanya " sosial giler". kalau boleh pakaian tu nak bukak semua. excuse me, ini MALAYSIA, bukannya HOLLYWOOD!!!!!! nak seksi2 sangat nak tunjuk kat sape??? Astagfirullah!! Ya Allah, selamatkanlah agama kami!!

kita semua tolonglah boikot untuk suke2 pada manusia2 seperti ini! mereka semua ini x mandatangkan kebaikan langsung pun pada pertumbuhan anak bangsa kita! yang ada adalah menerapkan nilai2 akhlak jahiliah dalam diri anak2 muda kita. kehidupan mereka terlalu sosial. pub, arak, lelaki dan perempuan berpelukan, pakaian yang memang xde lagi yang jarang selain daripada JARANG, ketat, sendat dan XCUKUP KAIN! yang xboleh blah tu kan anak2 artis ni lagi la bujet hot giler. kalah parent diorang. gaya hidup memang xboleh cakap la! mereka semua ni xkan kemana kalau kita semua xsokong mereka. (memang saye tengah E.M.O.). E.M.O sebab agama Islam diperlekehkan sebegitu sekali. Memuja artis2 seperti mereka seperti tuhan! honestly saye memang sukakan hiburan, tapi baru saye sedar hiburan itu sendiri akan membuatkan saya leka. leka. & leka.. Astagfirullah, ampunilah diri ini Ya Allah...

Ya Allah, mereka ini ke yang patut kita julang2, bangga kan???

(sila click link di atas)

fikir2kan lah wahai sahabat. Agama kita sedang dikecam dengan bangsa kafir. Permainan mereka terlalu licik. bukan berperang dengan bom2 nuklear meraka untuk menawan kita. tapi sedarkah kita semua, mereka telah berjaya menawan minda kita semua! MINDA KITA SEMUA!
sehinggakan perkara maksiat itu biasa bagi kita, dan perkara yang baik itu suatu kesalahan!
wahhhh APAKAH INI????
sebok merancang strategi mengelakkan negara kita dijajah, tapi pemikiran kita semua ni dah dijajah lame dengan barat!!! sedar x??? owh lupa plak ini merupakan salah satu permodenan yang boleh dibanggakan selain bangunan2 yang mencakar langit tu kan. ( boleh x nak gelak jahat??) macam mane la nak berkat kehidupan ni ea??

terlalu banyak kes2 keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang ni. kes buang anak ( cam nak kalahkan barat je..), hubungan sebelum kahwin, arak tu dah jadi cam air teh je bagi mereka2 ni,
dadah, dan macam2 lagi la...

SO SALAH SIAPAKAH???

@- diri sendiri??
tak kuat iman- pegangan agama xkuat, mudah terpengaruh...

" Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu, bukti daripada
Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu al- Quran
sebagai nur, ( cahaya) yang menerangi segala apa jua yang membawa kejayaan
di dunia ini dan kebahagian yang kekal di akhirat kelak."

- Surah an-Nisak 4:174

Imam Ahmad pernah ditanya tentang makna bertambah dan berkurangnya iman? Kemudian beliau menjawab dengan menukilkan ucapan dengan sanadnya sampai kepada ‘Umair bin Hubaib, dia berkata:

“Jika kita ingat Allah, memuji-Nya, bertasbih kepada-Nya, maka demikianlah bertambahnya. Dan jika kita lalai, melupakan-Nya, menyia-nyiakan-Nya maka itulah berkurangnya”

-(Aqidatus-Salaf wa Ashabul-Hadis, hlm:265-266)

b- ibu bapa??
hahaahaaa...2x5 ngan anaknye..
busy sangat ngan keje sampai anak xterjaga..
xberi didikan agama secukupnya..
kalau dalam mendidik anak2
gunakanlah cara yang berkhemah...

Ajak anak kepada perubahan diri menggunakan kaedah yang berhikmah dan nasihat yang baik. Sehingga anak terdidik dengan rasional, sopan santun, akhlak, budi pekerti, dan semangat berbuat baik yang datang dari dalam diri, bukannya perlu dipaksa-paksa dan dimarah-marah.

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, maka berbicaralah kalian kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut”

(thaha:43-44)

c-artis???

(sila click link di atas)

artis sendiri pon dah banyak yang terpengaruh dah

memang xboleh nak bezakan yang baik ngan yang buruk lagi la..

yang haram ngan halal lagi la..
para artis seharusnya sedar pengaruh mereka begitu kuat sekali
lebih2 lagi bagi anak2 muda yang sukakan pada hiburan.
gaya hidup bebas yang menjadi pegangan hidup mereka membawa
kepada kejatuhan moral masyarakat zaman moden kini.

HARUSKAH KITA TERUS MENYOKONG INDUSTRI MUZIK YANG TERANG LAGI BERSULUH MENYEDIAKAN MODEL YANG TIDAK BAIK KEPADA KITA????

d- masyarakat??
xtegur?? kalau tegur marah.. xboleh terima..
"aku punya suka la.. kubur lain2 nanti"
astaghfirullah.. berani sungguh mereka ini!
sesungguhnya peranan masyakat sangat penting dalam menangani masalah umat ini
media elektronik, media massa dan penulisan tidak seharusnya bersengkongkol bagi
menyebarkan maksiat. mengapa peranan dalam usaha2 dakwah ini hanya diletakkan pada
jabatan2 agama sahaja? bukankan peranan kita sendiri diciptakan di dunia ni sebagai khalifah untuk beribadat dan berdakwah???

Firman Allah,

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”

(al-Imran 3:104)

Tanggungjawab ini semakin bertambah berat atas ahli dakwah, engkau akan mendapati rintangan-rintangan itu sehingga dalam rumah-rumahmu sendiri, mungkin engkau mendapati ayahmu, saudaramu, sahabat-sahabatmu atau manusia yang lebih dekat darimu yang akan menghalangmu dan mengatakan kepadamu: “mengapa engkau berbuat demikian? Mahukah engkau dipenjara? Mahukah engkau ditangkap? Mahukah engkau diseksa? Mahukah engkau begini dan begitu?”

-Al-Imam Yusuf al-Qardhawi

Bagi para pendakwah yang masih tetap berdegil untuk futur atau berhenti dari jalan dakwah ini, biarlah firman Allah ini mengejutkan mereka kembali.

“Telah dila'nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan munkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.”

Ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa Allah telah melaknat Bani Israil yang tidak melarang perbuatan mungkar yang berlaku di sekeliling mereka. Mengapa ia terjadi? Kerana di kalangan mereka tidak ada lagi yang menjalankan aktiviti dakwah, mereka telah futur dalam gerakan dakwah; menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Adakah hal sedemikian kita mahu ia berlaku sekali lagi pada diri kita?

F.I.K.I.R- F.I.K.I.R.K.A.N.L.A.H. W.A.H.A.I
H.A.M.B.A ALLAH

pss:// maAf andai struktur ayat kelihatan kasar. sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala kekurangan itu datangnya daripada diri saya sendiri...






No comments: