Thursday, August 15, 2013

How to deal with people?

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Selalunya pendapat aku tak sama dengan pendapat orang sekeliling aku. Tak bermaksud aku betul dan tak bermaksud aku salah. 

Dulu aku fikir apa yang aku fikir semuanya betul. Semua kene ikut cakap aku. Tapi semakin aku kenal dan berinteraksi dengan ramai orang, aku belajar skill baru. Skill mendengar pendapat orang, belajar menerima pendapat/ teguran. Dan kalau dulu kalau aku tak setuju aku terus... OBJECTION! Tapi sekarang aku belajar untuk tahan ledakan larva dalam hati aku. Apa yang aku tak puas hati, kalau masih boleh di kawal, saya cuba berdiplomasi, kalau tak, aku akan simpan dan MAKAN DALAM LAH. (Hahahahaa). Kadang- kadang "teknik" baru aku belajar ni tak berapa nak bagus tapi bagi menjaga "kemashlatan" bersama, ada perkara kita perlu diamkan. 

Sebagai manusia yang cuba perbaiki diri, aku belajar untuk bersikap toleransi dan menjaga apa yang kita tuturkan. Kadang apa yang kita tuturkan memang betul, tapi kita tak boleh sesuka hati nak cakap. Sebab kita mungkin akan menyakitkan hati yang mendengar. Tengok juga pada keadaan. Tak boleh sesuka hati je redah. Dan banyak kali juga aku terpelecok, silap langkah. Tapi semua tu, buat aku belajar untuk jadi yang lebih baik. Kadang frust juga bila mana kita acap kali ulangi kesilapan yang sama. Dan lately, aku belajar untuk lebih berhati- hati dalam semua perkara. Fuhhh.. Lagi- lagi handle "kejutan- kejutan" yang diberikan oleh keluarga sendiri. Kadang tu memang salah dia la.. Tapi kita tak boleh nak cakap mereka salah. Sebab kita bukan handle dengan budak- budak. Kita sedang handle dengan mak dan bapa budak! =.=" So tiring dan sangat menguji kesabaran. 


Aku memang sejak kecil lagi terkenal dengan "kelantangan" nak cakap apa sahaja, bila dah banyak belajar dari kesilapan.. aku cuba diam. Aku cuba proses kepala aku macam mana nak cakap elok- elok... Kalau ikut hati memang aku suka nak "smash" orang.. tapi apa yang aku dapat?? Boleh lah nak puaskan hati. Tapi sekejap je. Lepas tu terus diselebungi dengan rasa serba salah. Lagi- lagi bila aku sedar, apa yang aku buat, cara aku bertindak akan mencerminkan islam. Bila aku berpelakuan buruk, aku akan beri fitnah pada imej islam yang aku bawa, aku akan beri fitnah pada imej tudung labuh yang aku bawa. Sedangkan yang salahnya aku, tapi seluruh islam dan muslimat yang bertudung labuh mendapat nama buruk. Dengan itu aku sangat berhati - hati dengan apa yang aku lakukan. 

Sehingga kini aku masih lagi cuba perbaiki diri. Apa yang aku boleh katakan, nak deal dengan manusia yang pelbagai ragam, kita cuba berfikir dan bertindak secara matang. Macam mana kita nak response pada orang? Cuba kita treat mereka sebagai mana kita suka orang treat kita. Aku tahu susah. Sebab aku rasa semua tu dan sehingga aku masih merangkak- rangkak nak deal dengan manusia yang sering mendatangkan kejutan ini secara baik. 

Ada seorang kawan aku ni, dia memang cakap lepas je. Tak kisah ko kawan dia ke tak, kalau dia rasa tindakan kau salah , dia akan cakap salah. Dan dia cakap secara lantang. Mula- mula naik merah muka aku tahan marah tiap kali berbeza pendapat dengan dia. Tapi lama- lama aku bangga dengan diri aku.. Aku boleh deal dengan sifat "marah" aku! Tiap kali berlawan cakap je.. Aku cuba calm kan diri aku, dan buang semua emosi, dan bertindak secara matang. Cool. First time aku rasa bangga dengan pencapaian aku. After 25 years, baru aku dapat teknik tu! Aku tak berapa setuju dengan "sikap lantang bersuara" kawan aku, tapi aku suka cara dia handle masalah. Yup aku suka. Benda tak baik kita jangan ambil, jadikan pengajaran.. yang baik tu kita boleh aplikasi dalam diri kita. 



Aku suka dengan kata- kata yang aku cipta sendiri "24 jam koreksi diri". Sebab quote ni melambangkan aku. Tiap saat aku ada melakukan kesilapan dan tiap saat aku jumpa teknik baru memperbaiki diri.  Perbaiki diri sebagai seorang hamba-Nya, sebagai seorang anak, sebagai seorang sahabat, sebagai seorang anak murid dan sebagai seorang perempuan. 

Yang selalu cantik dan perasan cantik! (^_~)V,


No comments: