Tuesday, August 10, 2010

speechless 2

wah..
hari ini 1 ramadhan
saye kini berada di bulan ramadhan!
alhamdulillah
mungkinkah ini ramadhanku yang terakhir

seriously saya rindu untuk pulang
ke kampung halaman

saya rindukan nenek (mak), mak cik (wak), ayah, ibu,
irul, fiera, and ayang!
semoga semuanya dalam keadaan sihat2 hendaknya

saat ini jadual saya tidaklah terlalu pack
tapi saya kene pecut 100x lebih dari sahabat2 saya yang lain
banyak lagi saya xtau berkenaan bidang biotech ini
tapi seriously sangat fun main2 ngan bacteria
heeee...
mula2 memang agak tension
even sekarang pon
tapi semua tu challenge
yang saya kene face!
hari2 minta diberi kekuatan
untuk terus bangun dan berjuang!
terima kasih kepada semua yang menyokong saya
secara nyata atau tidak
terlalu terharu
sungguh
saya terharu
hanya Allah dapat membalas jasa kalian.

dah terlalu lame saya xpost di page ni
seperti biasa, ini adalah ruangan merepek saya
untuk meluahkan sesuatu
andai hati xterluah
cet.. seriously nak pengsan dengan ayat ni!
hahahaaa..
geli sangat kowt!

sekarang saya benar2 diuji
memang benar2 memerlukan kesabaran yang sangat tinggi
tapi itu semua lumrah hidup
kalau x, tidaklah dinamakan warna- warni kehidupan.
betul x?
bukan saya seorang saja yang diuji
"saya nak pergi lihat pantai!"
inilah ayat saya yang mampu terluah bila ade sesuatu yang
terbuku dan xterluah di hati saya.
pantai ini menenangkan fikiran saya
:)
(mengada2 plak nak tengok pantai!)
ishhkkk..

ada seorang kakak lab saya suke sangat dengan kata2 ni
tetiba saya terkesan dengan kata2 tu
"jadilah insan yang membahagiakan walaupun ianya pahit"
waahhhh..
sangat sastera!
hahahaa..
sungguh saya ini insan yang terlalu lemah
dan saya agak membenci akan kelemahan ini!
saat ramadhan ini datang
saat ini saya ingin rawat sakit itu dengan segera
harus rawat
sebelum ianya membengkak
it's ok
nobody knows
only me and Allah knows
heeeheee..
insya'Allah saya akan pulih
yup
saya akan pulih seperti biasa
Allahuakbar!

O Allah, please save me!
i dun need superman, batman, superhero to save me
but
i NEED U to save me!
guide me
show me the right way in this journey.

“A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”

..................................................................................................
Wahai Cinta
www.iluvislam.com
Oleh: Nurhidayah
Editor: Afdhal87

Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...

AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......


Duhai sahabat..
... Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?


Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya........


No comments: