Sunday, January 18, 2009

masihkan aku tercari- cari???
di manakah tempat untuk ku nikmati kebahagianku???
Ya Allah, kau kurniakanlah kepada kami..
kebahagiaan buat ummat Islam
kebahagiaan buat ibu dan ayah
kebahagiaan buat adik- beradikku
kebahagiaan buat nenekku
kebahagiaan buat mak cikku
kebahagiaan buat ahli keluargaku
kebahagiaan buat sahabat2ku
kebahagiaan kepada sesiapa yang sudi membantu aku ketika susah dan senangku
kebahagiaan dalam hati ini
&
kurniakanlah kebahagiaan buat diriku ini
kebahagiaan di dunia dan akhirat

" Justeru, ya Allah, gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian, di tempat kedukaan dengan kegembiraan dan di tempat ketakutan dengan keamanan"

"Ya Allah, sejukkanlah gelojak hati ini dengan salji keyakinan dan padamkanlah bara di jiwa dengan air keimanan"

" Oh Tuhan, jadikanlah mata yang tidak mahu lelap merasa mengantuk yang memberi ketenangan dan letakkanlah di atas jiwa yang goncang ini kedamaian da berilah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir"

" Oh Tuhan, halalkanlah kebingungan pandangan hatiku kepada nur cahaya- Mu dan tindakan- tindakanku yang keliru kepada jalan-Mu yang lurus dan palingkanlah orang- orang yang menyimpang dari jalan- Mu kepada hidayah- Mu"

" Ya Allah, lenyapkanlah perasaan was- was dengan fajar cahaya kebenaran dan hapuskanlah jiwa yang rosak dengan falak kebenaran dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-Mu dalam keadaan terhina"

" Ya Allah, leyapkanlah dukacita kami, hilangkanlah kesedihan kami dan halaulah keresahan dari jiwa kami"

" Kami berlindung kepada-Mu dar perasaan takut, kami bersandar dan berserah hanya kepada-Mu. Kami tidak meminta kecuali kepada-Mu, kami tidak meminta tolong melainkan kepada-Mu. Engkaulah Pemelihara kami- sebaik- baik pelindung dan penolong".




~Berbuat baiklah hanya kerana Allah semata- mata maka anda akan menguasai keadaan, tidak akan terusik dengan kebenciaan dan tidak merasa terancam dengan perlakuan keji!~

No comments: