Thursday, April 23, 2009

+sedikit cebisan BUAT smua+

Nabi Muhammad s.a.w. adalah penghulu segala nabi, dan Kekasih ALLAH yang paling rapat,
Walaupun sekeliling kaabah penuh dengan berhala, nabi tak sentuh pun soal berhala, nabi Muhammad s.a.w usaha atas hati manusia agar beriman (takut & harap) kepada ALLAH.. kesannya mereka yang mendirikannya, mereka yang meruntuhkannya setelah beriman.

Bukanlah nabi Ibrahim a.s. tak bagus, sesungguhnya Nabi Ibrahim a.s. beriman kepada ALLAH. Nabi Ibrahim runtuhkan berhala. Usaha demikian juga baik. Namun, nabi Muhammad s.a.w telah menunjukkan jalan yang terbaik (daripada yang baik) dalam soal menangani kemungkaran yang ada, yang hari ini orang kata hikmah.

Nabi Muhammad s.a.w. di Taif di baling batu dan teruk juga nabi dihina, dicaci dan didera... apa reaksi nabi s.a.w. ; Semoga anak cucu mereka terima agamaMu ya ALLAH... berdoa agar generasi akan datang menerima agama. Nabi Musa a.s. biarkan Qarun terbenam dalam tanah. Qarun minta tolong pada Nabi Musa a.s., Nabi Musa a.s. tidak membantu, Setelah selesai, ALLAH beritahu Nabi Musa a.s. sesungguhnya sekiranya Qarun minta tolong dariNYA, Dia akan membantunya... Sifat Nabi Muhammad s.a.w. penyayang sebab itu kekasih ALLAH yang Rapat...
Sampai dimuliakan Nabi Muhammad s.a.w. agar nabi Muhammad s.a.w. sendiri membuat pilihan dalam kehidupannya...setelah ditawarkan Emas dan Pangkat Raja... namun Nabi Muhammad s.a.w. yang penyayang memilih untuk jadi RASUL dan HAMBA ALLAH.

Kita buat pilihan yang bagaimana?

Dari Muaz r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. berkata kepada Ashajj r.a. (pemimpin Bani Qais): “ Kamu mempunyai dua sifat terpuji yang disukai ALLAH. Pertama Hilm yakni kelembutan dan tahan sabar dan kedua ialah membuat kerja berhati-hati dan tidak tergopoh-gapah”. (HR Muslim)

Dari Ibn Abbas r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: Berhati-hatilah kamu daripada hadith yang berasal dariku, kecuali kamu benar-benar mengetahui bahawa ia berasal dariku. Barangsiapa mendustakan perkataanku dengan sengaja maka dia telah membina tempat kediamannya daripada api neraka. Dan barangsiapa mentafsirkan Al-Qur’an mengikut pandangannya sendiri maka ia telah membina tempat kediaman daripada api neraka. (HR Tirmizi)

Dari Jundab r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa mentafsirkan Al-Qur’an mengikut pandangan atau pemikirannya sendiri walaupun betul ia tetap salah. (HR Abu Daud).
Keterangan : Maksud daripada hadith ini ialah, barangsiapa mentafsirkan Al-Quran mengikut pandangan dan pemikirannya sendiri, walaupun secara kebetulan tafsirannya betul ia tetap salah, kerana penafsirannya tidak dirujuk kepada hadith nabi dan tidak dirujuk alim ulama.

Rujukan MUNTAKHAB AHADITH
Penyusun dari pelbagai kitab oleh Hadzrat Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi.
Rujukan kitab sebanyak 87 buah; pada 3 helaian terakhir kitab ini ada dimaklumkan.

No comments: