Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

Mohon ambil peduli

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Palestine,Syria, Mesir...

Entah. Kadang bila kita nak jaga periuk nasi kita,
Kita lebih cenderung bersikap lepas tangan dan 
mementingkan diri sendiri.

Lebih sedih bila mana golongan berpendidikan, 
Golongan Elit mengambil sikap sambil lewa
dan menutup mata.

Segala kekejaman yang dilakukan 
di pandang enteng.

"Takpelah..
Malaysia masih aman."

Cuba bayangkan negara kita diserang..
Apa yang kita harapkan???
Adakah bekalan makanan? Pakaian? Tempat tinggal? dan ubat- ubatan??
Kalau di tanya pada aku...
Aku akan jawab..
"Mana umat islam yang lain?? Kenapa tak datang tolong??
Bukan ke kita sedara seislam????"

Percayalah..
Malu rasanya.
Saat kita dapat tidur dengan nyenyak di malam hari,
Saudara kita ketakutan untuk melelapkan mata.
Di hujani dengan peluru di sana-sini.


Tanyalah pada hati
Inikah ketenangan yang kita cari??

Kalau nak pergi berperang jauh sekali,
Kirimlah doa buat saudara kita.
Allah kan dah berjanji, 
Senjata muslim adalah doa..

Kalau pergi berperang jauh sekali,
Ambil lah peduli tentang mereka.
Jangan dilemparkan kata- kata yang menyakiti hati saudara kita.

Jangan kufur nikmat duhai manusia.
Allah Maha Melihat.
Allah Maha Mengetahui.
Jadilah hamba-Nya yang dengan sebenar hamba.
Mohon ambil peduli. 


"Siapa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari 
sebuah kesulitan di antara berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya 
Allah akan memudahkan salah satu kesulitan di antara berbagai kesulitannya pada hari kiamat."

[Hadith Riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan lain-lain]


Manusia yang cuba ambil peduli, 

Tuesday, February 1, 2011

hati? sila berhati- hati

hati?
segalanya bermula dengan hati.
kenapa ya?


Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)


ya.
segalanya datang daripada hati
sebab itu ada peribahasa
busuk hati
aah..
kerana hati
kita bahagia
kerana hati
kita bermusuhan



Ulama' kategorikan ati ni ngan beberape jenis.....

1. Hati yang sahih (qalbun sahih)

Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t

Alhamdulillah andai kita terkategori dalam punyai hati seperti ini..
insya'Allah.. mari kita berusaha mencapai tahap hati seperti ini..
owh.. ada yang cakap..
"ishhh.. mustahil la.. kita bukan nabi.. kita bukan malaikat.."
haa..
memanglah bukan..
dah kalau memang bukan.. so kita sepatutnya LEBIH berhati2 dalam setiap perkataan..
seharusnya lebih menjaga perbuatan, amal dan iman kita...
adakah disebabkan kita kategori manusia biasa
kita bebas melakukan dosa2???
atas alasan
"owh.. saya manusia biasa... normal la wat dosa.."
jangan begitu wahai manusia..
jangan.


2. Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk mengabdikan diri kepada Allah Taala.
Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.

wah.... tetibe dapat title jadi sekutu syaitan dan nafsu
sekutu..
kire cam jadi askar2 NATES..
Nauzubillah..
mulut kata "nauzubillah"
tapi perbuatan
hari2 mengumpat
menyakitkan hati saudara- saudara kita
tidak seharusnya kita seperti itu
TIDAK HARUS wahai manusia yang lemah
TIDAK HARUS wahai manusia yang PASTI kembali pada-Nya
basuhlah hati kita
basuh
kalau sampai kene guna clorox
guna la..
basuhlah sebersih- bersihnya!
kerna hati yang busuk itu membawa kepada
ketidakbahagiaan hidup kamu





3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.

hati jenis kategori ni kira common la

"
ya.. saya jumpa artikel bout hati di i luv islam..
ya.. kadang inilah bicara hati kita
kadang kita rasa kita cam baik je..
kadang kita rasa kita cam kejam je..
ya.. yang kita rasa itu adalah hati kita..



Hati
www.iLuvislam.com



Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!

Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,

Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,

Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,

Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu



"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu."

(Riwayat Muslim)






JANGAN MENGALAH DARI TERUS MEMPERBAIKI HATI


Saturday, January 8, 2011

pagi vS tidur

In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hi all readers and bloggers.

“On the first page of our story
The future seemed so bright
Then this thing turned out so evil
I don't know why I'm still surprised
Even angels have their wicked schemes
And you take that to new extremes
But you'll always be my hero
Even though you've lost your mind

Just gonna stand there and watch me burn
But that's all right because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear me cry
But that's all right because
I love the way you lie
I love the way you lie
Ohhh, I love the way you lie..”

Kedengaran bunyi music itu datang dari bilik sue. Saya pun keluar menuju ke biliknya.

“Hye sayang. Mane sue?” kelihatan Atiq sedang membelek2 buku biology. Mungkin untuk preparation sebelum dia pergi mengajar kowt. Getus saya dalam hati.

“Hei, ni lagu aku! Hehee..:)”

“Lagu ko sangat….” Perli Atiq.

“Ulang la lagi. Nak dengar lagi.”

“Eh. Ada apa- apa ke dengan lagu ni.”

“ Manede. Isshhh… suka je la!”

Alhamdulillah selepas mencuba untuk beberapa hari untuk tidak tidur selepas subuh..BERJAYA!

Jom kita lihat tip- tips untuk stay tidak tidur selepas subuh

1. Tidur awal! Haa.. jangan nak jadi kutu malam.. hahaha. Jangan tengok citer korea sampai 2,3 pagi. Cet.. kadang2 sendiri buat! Ish2… erm.. azam tahun baru kan.. kene la berubah kepada yang lebeh baik kan.. chewah~~ insya’Allah.

2. Baca Quran tu panjang2 sikit. Kalau selalu bace 2 muke surat, so bacela 4 muke surat.. kalau selalu bace 1 muke je, kali ni bace la 2 muke pula. Kalau selalu tak bace langsung.. haa.. jom start membaca. Kan bagus awal2 pagi kita mulakan hidup kita dengan membaca al-Quran.. saya ada terbaca dalam buku Quranic Law of Attraction, kalau kita mulakan awal pagi kita sebelum wat pape.. so waktu subuh la tu kan.. baik kalau kita baca ayat quran, at least sepotong ayat, then tengok maknanya, cuba hayati, insya’Allah, kita akan tenang. Dan secara tidak langsung aura positive akan datang pada kita.

Firman Allah didalam surah Ar-ra'd ayat 28 yang bermaksud:
"( iaitu ) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah ,dengan mengingati Allah hati menjadi tenang"

3. Buat apa yang kita suka. Haa.. hang pi baca buku ka.. eh. Jangan2. Kalau baca buku hang akan tdoq nanti.. tuka2, pe kata hang pi wat exercise sikit. Haa.. nanti hang ley kurus naa..haa.. tang ni ceq suka sangat…heheee.. kalau yang dah kurus tu hang ley dapat badan yang ideal..heheee... J antara keja2 yang hang ley wat pagi2 ney, hang pi la basuh baju kaa..jogging, hias bilik ka… haa! Ceq baru hias bilik semalam.. hahaa.. atas ilham dari sorang akak yang sangat canteq la bilik nya! Hehe.. yaeay! I like!

4. Mandi awal pagi. Best tau mandi awal pagi. Kalau mandi pagi2, badan kita rase segar bugar tau.. rase dunia ni kita yang punya! Owh… ayat dah over da! Heee.. kite akan rase semangat untuk wat keje. Rase hari tu memang hari kita la… hehee..

Actually kalau kita tido pas subuh, pasan x kita akan rase hari tu xbermaya. Semua serba xkena. Ade je bende yang kita buat cam xbetul erm.. ntahla. Saye selalu mengalami perkara tersebut. Nak tau x, Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi:

'اللهم بارك لأمتي في بكورها'

(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi).

Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس

' Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.'

(Diriwayatkan al-Baihaqi) Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح

' Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.'

Oleh itu para fuqaha' menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'

Dan dalam hadith:

'اللهم بارك لأمتي في بكورها'

(Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi)

[Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya]. Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam dan sebagainya.

- http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528621826

Oleh itu sabahat2 sekalian, jom kita cuba untuk tidak tidur selepas waktu subuh ya!




Tuesday, August 10, 2010

NISA' GELANG PATAH: Nisa'GP Ramadhan Tour 2010!


(thumb up!)


Assalamualaikum wbt.


"Dengan ini diistiharkan bahawa esok (1 Ramadhan 1431H / 11 Ogos 2010) adalah tarikh berpuasa bagi semua umat Islam di seluruh dunia,"

Alhamdulillah, teman-teman seperjuangan yang dikasihi, sungguh pantas masa berlalu bukan? Diam tak diam sudah masuk bulan Ramadhan. Bulan yang penuh rahmat, bulan yang penuh barakah, bulan pengampunan dan kasih sayang dari Allah Taala. Alhamdulillah...

Oleh itu, bersempena dengan bulan yang mulia ini, Nisa'GP sekali lagi mengatur langkah dengan mengadakan program yang begitu bermakna iaitu Nisa'GP Ramadhan Tour (13-15 Ogos 2010) yang mana program islah dan dakwah ini akan dijayakan antara Johor-Kuala Lumpur.

Permusafiran kami selama dua hari satu malam ini akan bermula di Check Point Pertama iaitu di Stesen Keretapi Kempas dan seterusnya ke Check Point Kedua iaitu di KL Central dan akan diteruskan lagi dengan check point yang masih dirahsiakan lagi (Jeng jeng jeng!).

Pelbagai modul yang menguji minda dan mencabar kreativiti setiap peserta telah disediakan oleh pihak urusetia program kali ini. Dan pastinya, program ini ditunggu-tunggu oleh semua peserta. Bagi peserta yang terlibat, ayuh, persiapkan diri anda. Fizikal, mental dan rohani!


(Ini Kak Zi...) (Credit to Rin's artwork, thanks.....)


Berikut disertakan sekali beberapa peringatan buat semua peserta :

1. Pastikan semua peserta berada di Check Point pertama : Stesen Keretapi Kempas, pada jam 11.00mlm (13 Ogos 2010).

2. Kenderaan untuk ke Check Point Pertama boleh dirujuk kepada saudari setiausaha Nisa'GP.

3. MINIMUMKAN barangan yang hendak dibawa. Beg galas diutamakan.

4. Bawa bersama ubat-ubatan jika perlu (Mengikut kumpulan)

5. Pakaian yang mencukupi dan kasut yang bersesuaian. (Sesuai untuk permusafiran, menutup aurat dan sopan). Warna tema : Ungu bagi kedua-dua hari.

Insyaallah, mudah-mudahan program yang bakal berjalan ini mendapat bantuan dan perlindungan daripada Allah Taala. Sama-sama kita doakan! (^^,)

Wednesday, July 14, 2010

macam2

my P6 project!

i have to get ready for it

the objective for this project that i have to look into:

1. use voice volume, pitch, rate and quality to reflect and add meaning and interest to your message.
2. use pause to enhance your message.
3. use vocal variety smoothly and naturally.

i have to complete my P6 to qualify me to participate in
humor competition in club level.
i just want to challenge my self to participate in this competition
even i know most other competitor were really superb!
chayok2!

now our club, mim toastmaster jb club are preparing our installation night!
where will be held on 20th july 2010 at paragon hotel.
i hope everything run smoothly as we planned.
to our recent president charlotte goh: GAMBATE!

here i write down the detailed for our installation night
.................................................................
VENUE: Grand Paragon Hotel
DATE: 20th July 2010
TIME: 7.00 till 9.00 pm
THEME: RED & BLACK
CHARGES: RM30 per person (non-member)
RM 20 per person (member)
.................................................................................
Closing date for place reservation is Saturday, 17th July 2010. Places are based on first-come first-served basis and will be closed once maximum number of 50 is reached. For more information or place reservation, please contact the organizing chairperson at 017-7034597 or email realpropertymanager@yahoo.com

TM NORIHAN BINTI MOHAMAD MISBAH
THE ORGANIZING CHAIRPERSON
VICE PRESIDENT (PUBLIC RELATIONS)
MIM TOASTMASTERS CLUB OF JOHOR BAHRU

..........................................................................................................................................
i registered my master course last Tuesday
alhamdulillah.. everything run as i planned before
even suddenly some problems was came up.
"semoga Allah permudahkan segala urusan saye! amin"

..................................................................................................................................................

finnaly, last night i got indulgence chocolate cake!

thank you very much!

yummmy....v(^_^)/



Monday, June 28, 2010

explorace kahhhh???


29/06/2010: dsi ( inquiry of master fees ) --> lab ( tunjuk proposal pada senior) -->
pk ( x-ray...erm) --> HEP ( transkrip ) -->angsana ( matikan setem hasil) --> plaza pelangi secret recipe ( toastmaster meeting) --> turu. ahakzzz.;p

chayok2!

Sunday, June 20, 2010

SILA SENYAP





Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)



tak perlu cakap

biarlah senyap

banyaknya mulut buat orang membenci

biarlah senyap

simpanlah untuk diri sendiri

biarlah senyap

pergi. aku kata pergi

biarlah senyap

bosan bercakap. bercerita. dan segala

biarlah senyap

biarlah senyap..
simpan sendiri dalam hati
simpan sendiri untuk perbaiki
simpan sendiri kerna ada DIA
aku pasti tanpa kamu tapi adanya DIA
aku pasti tanpa kamu DIA sentiasa ada denganku
dari dulu. kini dan selamanya.

biarlah hanya DIA tempat aku mengadu
selamatkan mereka.mereka.mereka dan diriku
ameen.

aku redha dengan ketetapan-Mu.
ada sinar di sebalik cahaya suram ini
aku pasti dengan izin DIA.


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).


Friday, June 18, 2010

jatuh.terjatuh.......

jatuh. terjatuh.terpelecok.terlebam.tercalar.terbengkak.


17/8/2010
1) semalam semasa terkocoh2 menuju ke library (PSZ) bersama2 dengan najlaa. ketika itu sangat serabut membetulkan keadaan beg yang sangat berat, tetibe kaki saya tersadung dengan sesuatu. dan terus terseret ke bahu jalan. wahh... sakit! pedih sangat bahagian lutut.. cepat2 bangun. COVER! malunye! sangat malu. nasib baik najlaa ada..

balik bilik dengan lajunya walaupun sakit dan pedih. dalam kepala ketika itu hanyalah terbayang di my pendrive. hilang. dengan harapan saya tersalah letak dan ianya berada di bilik. bila tiba sahaja di bilik, check bahagian kaki yang pedih tu. cantik betul lakaran calar2 di kaki. then terus cari pendrive. cari.cari dan cari.. "Ya Allah jumpakanlah dengan apa yang aku cari". tapi. betul2 takde. penat sangat. terus baring atas katil.. pasang kipas. tetiba rase sedih sangat. menangis sepuas hati. "Ya Allah..jangan kau uji aku dengan ujian yang xmampu bagiku hadapi. Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini". sedih. langsung xbuat copy kat my laptop. semuanya hilang. baru ingat nak transfer semuanya pada laptop. tapi dah terlambat. tetiba terasa pedih sangat di lutut. terus merengek cam budak kecil yang mahukan perhatian ibunya..

18/06/2010
lebih kurang jam menunjukkan pukul 2.15pm. saye melepasi beberapa foreigner di hadapan saya menuju ke masjid. wah..tetibe bolehla plak kaki saye terpelecok DI HADAPAN MEREKA! aduhhh.. nape asyik nak jatuh lagi dan memalukan diri lagiii???? mak, saye malu!


around 6.00pm. saye dan najlaa keluar dari psz. ketika menuruni tangga, saya teringat untuk menghubungi rakan saya. saya leka mencari phone saya dalam beg. ketika itulah saya tersembam jatuh dari tangga! owh tidak! di hadapan psz. saya betul2 xnak lihat sekililing saya pada ketika itu. Ya Allah, sakit sangat! kaki saya sebelah kanan sakit sangat. tapi saya gagahkan diri saya untuk terus beredar dari tempat tu dengan segera! owh.. malunya! "risha, apasal asyik jatuh je ni? tukar kain la.. lain kali jangan pakai kain ni lagi", kata najlaa. "adoyaii... najlaa, bukan pasal kain ni la.. pasal sandal ni.. dah banyak kali nak tergolek pakai sandal ni. bukan tinggi sangat pon." jawab saya.. seingat saya sepanjang saya pakai hill xde la masalah nak terpelecok or jatuh2 camni.. tapi kalau pakai sandal camni asyik nak jatuh je.. huh.. akhirnya effectnya pada kaki saya.. tyme ni la...."mak, nak urut...~~~~~".

secara kesimpulannya nak mengelakkan daripada terjatuh ni. jalan gune kaki. pandang gune mata. dengar guna telinga. FOKUS... erk.. ade kene mengena ke??? huhuhuhuhu......


Thursday, June 17, 2010

pendrive

sekarang jam di laptop menunjukkan pukul 1.38am. mata tak boleh nak tido. tak tau nape. urm... takkan la disebabkan basuh baju banyak sangat pagi tadi + angkat air berbaldi2 nak penuhkan mesin basuh tuh..then penat- susah nak tido.. no.no.no..

huhh.. tetibe idea ilang nak tulis.. langsung xde mood! yang penting TAK BOLEH TIDO..


i want my pendrive backkk ;(
please pulangkan..
semua data dalam tu.

....................................................................................

Innalillah...
Ya Allah, gantikanlah apa yang aku hilang dengan yang lebih baik.




Monday, June 14, 2010

life


semalam kami membantai makan roti canai 5 keping.
huwaAA.. sangat dahsyat.
glew ahh...

konon sambil tengok citer ninja asassin sambil makan roti canai la..
wat kunyah2 mulut..
adess tapi xberape nak beragak la kan..
petang tu baru je abis makan
my favorite food
kuew tiaw tom yam..
nyum2... sedap sesangat sampai la garfu jatuh ke lantai
ganas tul..
adessss

bile tengok ninja assasin tu, kitorang de wat beberape konklusi

--> semua tentera kat m'sia ni kene ade ciri2 hati cam ninja assasin tu..
sebab pe? hati tu kene keras nak bunuh musuh especially tentera zionis.. hehehhe
betul kowt. sakit kene libas ngan pedang pun cool je.. xde hal la.. heeehhee.. semua tentera islam kene fokus, kene berdisiplin, kene sungguh- sungguh, kene ada misi nape masuk jadi tentera. niat kat hati tu kene bersih. suke tengok ninja assasin tu, semangat tul dia untuk melawan musuh tu kene di contohi.. (even darah tu xbape nak real la)...eheh. xde la nampak lembik je..
ceh...cakap senang je..
tapi betul kowt.. yang baik tu kita ambik n yang xbaik tu kita wat pengajaran..


...................................secebis kata...................................




+ Mari anak- anak muda, bangkitlah dari tidurmu. Hidup ini bukan sekadar bangun tidur, makan, kerja, cari duit, couple, kahwin, beli umah, beli kete, pegi melancong, kemudian meninggal dunia. Duhai anak- anak muda, keluarlah dari kepompongmu itu. Hidup ini lebih kepada perjuangan untuk agama dalam semua perkara. Berapa banyak pengajaran telah kita tonton bila hidup tanpa aturan agama? Kepincangan rumah tangga, kes kelahiran anak- anak haram di sana- sini....Sehinggakan perkara ini menjadi suatu yang perkara yang biasa. biasa dan BIASA!.. hurm.. Kalau xbiasa, xde la hari- hari kita dipertontonkan kes- kes seperti ini di kaca tv, di dada akbar. Inikah yang kita mahukan? Inikah yang ibu bapa harapkan? Kalau ibu bapa sendiri tidak sanggup perkara sebegini berlaku di dalam keluarga anda, ibu bapa seharusnya mengawal pergerakan anak- anak. Jangan benarkan anak- anak mereka keluar berdua- duaan lelaki dan perempuan. Didik anak-anak dengan didikan agama yang lengkap. Namun dunia kini lebih mengagung- agungkan kebebasan. "Alah.. xpela.. anak mak cik tu baik orangnya. mak cik percaya pada dia". "Alah biarlah mereka keluar same2.. kan mereka tu dah bertunang". cet...percaya konon.. dah bertunang konon. habis tu kalau dah kembung perut si perempuan, lahir anak- anak luar nikah. Nape malu? Nape xde la nak cakap..." ala..xpela.. tu pun cucu mak cik".. xde pon cakap camtu. Kenapa salahkan anak- anak semata? Nape xsalahkan diri sendiri juga? Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan 105 kes pembuangan bayi manakala Johor mencatatkan 83 kes pembuangan bayi, Sabah (65), Sarawak (34), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang dan Kedah (17), Kelantan (10), Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis (1). Menurut statistik yang di laporkan oleh jabatan masyarakat (JKM), sejumlah 50 kes jenayah buang bayi di catatkan dari Januari - Septemper 2008 di mana bangsa melayu mencatatkan sebanyak 36 kes. Jika data ini dikira dari tahun 2004 hingga tahun 2006, kes ini mencecah sebanyak 228 kes. Adakah angka- angka ini yang kita bangga- banggakan? Tidakkah kita semua terfikir, bahawasanya kita semua telah kembali ke zaman jahilliah malah lebih jahil dan lebih kejam dari mereka! Kita bukan tidak menerima ajaran agama, malah kita mengetahui apa hukumnya melakukan penzinaan dan pembunuhan. Namun kita menolak semua hukum agama dan mengambil hukum KESERONOKAN sebagai tunjang utama kehidupan. Angka itu tadi di ambil dari kes- kes pembuangan bayi yang di laporkan, namun bagaimana pula dengan kes- kes bayi yang tidak dilaporkan, tidak dapat dikesan, dan bagaimana pula dengan kes- kes pengguguran bayi di klinik- klinik swasta???? Adakah kerajaan Malaysia bangga dengan KEMODENAN ANAK BANGSA KITA KINI. Kerajaan banyak melancarkan kempen untuk belia. Namun saya tidak terlihat usaha kerajaan untuk merapati golongan- golongan muda bagi dengan menyediakan program- program berbentuk pengisian rohani, pemulihan akhlak yang semakin ketandusan di kalangan belia kini! BELIA PENERAJU NEGARA. Adakah belia- belia seperti ini yang kita harapkan untuk memacu kemajuan negara kita???+

Sesungguhnya hari bertemu dengan Allah itu akan datang. Janji Allah itu benar.Ingat mungkin di dunia ini kamu semua dapat melepaskan diri namun bila saat itu datang di manakah tempat untuk kamu melarikan diri. Percayalah andai ada iman di dada, iman itu mampu memperingatkan diri kita dari terjebak dengan segala perkara yang dimungkari oleh Allah. Tidak salah untuk berseronok, tapi berseronok itu ada hadnya. tidak salah untuk melakukan segala permodenan, segala kemajuan untuk negara namun, seharusnya kerajaan memikirkan cara untuk mengatasi segala gejala sosial di negara ini. Apalah gunanya segala kemewahan, kemajuan yang dimiliki andai TIDAK DIREDAI OLEH ALLAH SW.T..fikir- fikirkanlah... sesungguhnya Allah mengurniakan akal untuk hambaNya berfikir...........