Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

Mohon ambil peduli

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Palestine,Syria, Mesir...

Entah. Kadang bila kita nak jaga periuk nasi kita,
Kita lebih cenderung bersikap lepas tangan dan 
mementingkan diri sendiri.

Lebih sedih bila mana golongan berpendidikan, 
Golongan Elit mengambil sikap sambil lewa
dan menutup mata.

Segala kekejaman yang dilakukan 
di pandang enteng.

"Takpelah..
Malaysia masih aman."

Cuba bayangkan negara kita diserang..
Apa yang kita harapkan???
Adakah bekalan makanan? Pakaian? Tempat tinggal? dan ubat- ubatan??
Kalau di tanya pada aku...
Aku akan jawab..
"Mana umat islam yang lain?? Kenapa tak datang tolong??
Bukan ke kita sedara seislam????"

Percayalah..
Malu rasanya.
Saat kita dapat tidur dengan nyenyak di malam hari,
Saudara kita ketakutan untuk melelapkan mata.
Di hujani dengan peluru di sana-sini.


Tanyalah pada hati
Inikah ketenangan yang kita cari??

Kalau nak pergi berperang jauh sekali,
Kirimlah doa buat saudara kita.
Allah kan dah berjanji, 
Senjata muslim adalah doa..

Kalau pergi berperang jauh sekali,
Ambil lah peduli tentang mereka.
Jangan dilemparkan kata- kata yang menyakiti hati saudara kita.

Jangan kufur nikmat duhai manusia.
Allah Maha Melihat.
Allah Maha Mengetahui.
Jadilah hamba-Nya yang dengan sebenar hamba.
Mohon ambil peduli. 


"Siapa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari 
sebuah kesulitan di antara berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya 
Allah akan memudahkan salah satu kesulitan di antara berbagai kesulitannya pada hari kiamat."

[Hadith Riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan lain-lain]


Manusia yang cuba ambil peduli, 

Tuesday, February 1, 2011

hati? sila berhati- hati

hati?
segalanya bermula dengan hati.
kenapa ya?


Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)


ya.
segalanya datang daripada hati
sebab itu ada peribahasa
busuk hati
aah..
kerana hati
kita bahagia
kerana hati
kita bermusuhan



Ulama' kategorikan ati ni ngan beberape jenis.....

1. Hati yang sahih (qalbun sahih)

Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t

Alhamdulillah andai kita terkategori dalam punyai hati seperti ini..
insya'Allah.. mari kita berusaha mencapai tahap hati seperti ini..
owh.. ada yang cakap..
"ishhh.. mustahil la.. kita bukan nabi.. kita bukan malaikat.."
haa..
memanglah bukan..
dah kalau memang bukan.. so kita sepatutnya LEBIH berhati2 dalam setiap perkataan..
seharusnya lebih menjaga perbuatan, amal dan iman kita...
adakah disebabkan kita kategori manusia biasa
kita bebas melakukan dosa2???
atas alasan
"owh.. saya manusia biasa... normal la wat dosa.."
jangan begitu wahai manusia..
jangan.


2. Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk mengabdikan diri kepada Allah Taala.
Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.

wah.... tetibe dapat title jadi sekutu syaitan dan nafsu
sekutu..
kire cam jadi askar2 NATES..
Nauzubillah..
mulut kata "nauzubillah"
tapi perbuatan
hari2 mengumpat
menyakitkan hati saudara- saudara kita
tidak seharusnya kita seperti itu
TIDAK HARUS wahai manusia yang lemah
TIDAK HARUS wahai manusia yang PASTI kembali pada-Nya
basuhlah hati kita
basuh
kalau sampai kene guna clorox
guna la..
basuhlah sebersih- bersihnya!
kerna hati yang busuk itu membawa kepada
ketidakbahagiaan hidup kamu





3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.

hati jenis kategori ni kira common la

"
ya.. saya jumpa artikel bout hati di i luv islam..
ya.. kadang inilah bicara hati kita
kadang kita rasa kita cam baik je..
kadang kita rasa kita cam kejam je..
ya.. yang kita rasa itu adalah hati kita..



Hati
www.iLuvislam.com



Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!

Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,

Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,

Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,

Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu



"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu."

(Riwayat Muslim)






JANGAN MENGALAH DARI TERUS MEMPERBAIKI HATI


Saturday, January 8, 2011

pagi vS tidur

In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hi all readers and bloggers.

“On the first page of our story
The future seemed so bright
Then this thing turned out so evil
I don't know why I'm still surprised
Even angels have their wicked schemes
And you take that to new extremes
But you'll always be my hero
Even though you've lost your mind

Just gonna stand there and watch me burn
But that's all right because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear me cry
But that's all right because
I love the way you lie
I love the way you lie
Ohhh, I love the way you lie..”

Kedengaran bunyi music itu datang dari bilik sue. Saya pun keluar menuju ke biliknya.

“Hye sayang. Mane sue?” kelihatan Atiq sedang membelek2 buku biology. Mungkin untuk preparation sebelum dia pergi mengajar kowt. Getus saya dalam hati.

“Hei, ni lagu aku! Hehee..:)”

“Lagu ko sangat….” Perli Atiq.

“Ulang la lagi. Nak dengar lagi.”

“Eh. Ada apa- apa ke dengan lagu ni.”

“ Manede. Isshhh… suka je la!”

Alhamdulillah selepas mencuba untuk beberapa hari untuk tidak tidur selepas subuh..BERJAYA!

Jom kita lihat tip- tips untuk stay tidak tidur selepas subuh

1. Tidur awal! Haa.. jangan nak jadi kutu malam.. hahaha. Jangan tengok citer korea sampai 2,3 pagi. Cet.. kadang2 sendiri buat! Ish2… erm.. azam tahun baru kan.. kene la berubah kepada yang lebeh baik kan.. chewah~~ insya’Allah.

2. Baca Quran tu panjang2 sikit. Kalau selalu bace 2 muke surat, so bacela 4 muke surat.. kalau selalu bace 1 muke je, kali ni bace la 2 muke pula. Kalau selalu tak bace langsung.. haa.. jom start membaca. Kan bagus awal2 pagi kita mulakan hidup kita dengan membaca al-Quran.. saya ada terbaca dalam buku Quranic Law of Attraction, kalau kita mulakan awal pagi kita sebelum wat pape.. so waktu subuh la tu kan.. baik kalau kita baca ayat quran, at least sepotong ayat, then tengok maknanya, cuba hayati, insya’Allah, kita akan tenang. Dan secara tidak langsung aura positive akan datang pada kita.

Firman Allah didalam surah Ar-ra'd ayat 28 yang bermaksud:
"( iaitu ) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah ,dengan mengingati Allah hati menjadi tenang"

3. Buat apa yang kita suka. Haa.. hang pi baca buku ka.. eh. Jangan2. Kalau baca buku hang akan tdoq nanti.. tuka2, pe kata hang pi wat exercise sikit. Haa.. nanti hang ley kurus naa..haa.. tang ni ceq suka sangat…heheee.. kalau yang dah kurus tu hang ley dapat badan yang ideal..heheee... J antara keja2 yang hang ley wat pagi2 ney, hang pi la basuh baju kaa..jogging, hias bilik ka… haa! Ceq baru hias bilik semalam.. hahaa.. atas ilham dari sorang akak yang sangat canteq la bilik nya! Hehe.. yaeay! I like!

4. Mandi awal pagi. Best tau mandi awal pagi. Kalau mandi pagi2, badan kita rase segar bugar tau.. rase dunia ni kita yang punya! Owh… ayat dah over da! Heee.. kite akan rase semangat untuk wat keje. Rase hari tu memang hari kita la… hehee..

Actually kalau kita tido pas subuh, pasan x kita akan rase hari tu xbermaya. Semua serba xkena. Ade je bende yang kita buat cam xbetul erm.. ntahla. Saye selalu mengalami perkara tersebut. Nak tau x, Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi:

'اللهم بارك لأمتي في بكورها'

(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi).

Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس

' Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.'

(Diriwayatkan al-Baihaqi) Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح

' Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.'

Oleh itu para fuqaha' menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'

Dan dalam hadith:

'اللهم بارك لأمتي في بكورها'

(Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi)

[Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya]. Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam dan sebagainya.

- http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528621826

Oleh itu sabahat2 sekalian, jom kita cuba untuk tidak tidur selepas waktu subuh ya!




Thursday, January 6, 2011

kau pasti akan pergi jua..

In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hi all readers and bloggers.

setiap apa hadir
setiap apa yang datang
setiap apa yang ada di sisi
pasti akan pergi
pasti akan hilang


kadang ku terlupa
keluarga, sahabat,
harta, wang,
dan
macam2 lagi
segalanya
adalah
PINJAMAN

ya
PINJAMAN SHA

bila- bila masa
mereka.mereka.mereka
akan pergi

bila hilang
pasti rasa sedih
bila pergi
pasti rasa kehilangan

tapi sedarlah
setiap apa yang ada
hanya
adalah sebuah pinjaman

Allah
adakah aku bersedia
aku masih mahu memiliki
jangan Kau uji
sesuatu yang tak mampu untuk aku hadapi
benarlah firman-Nya

" Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri,
semuanya telah tertulis dalam kitab ( Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri, iaitu orang- orang yang kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir. Barang siapa berpaling (dari perintah- perintah Allah), maka sesungguhnya Allah, Dia Mahakaya, Maha Terpuji"

- Al- Hadid, 57: 22-24-



p/s: ingin saja saya pulang ke rumah sekarang! kamu semua jaga diri baik2!
please jaga diri baik2!
saye sayang sangat2 kamu semua!
mak, ibu, ayah, abang, adik, ayang,
sahabat2 saya
saya sayang kamu
walau kuat mana sayang saya pada kamu
walau kuat mana pun saya pegang kamu
andai telah sampai waktunya
saya harus relakan kamu pergi
Allah
redhakanlah aku akan suratan-Mu

Allahuakbar!


opss lupa! to kak ann: syafakillah. jumpe next "meeting!" :)
insya'Allah.



Saturday, November 13, 2010

Al-Hayaa’...malu....shy....

Orang yang tidak memiliki rasa malu diibaratkan seperti mayat di dunia ini, dan ia benar-benar akan celaka di akhirat

kehidupan.manusia.malu
haruskah dipisahkan??
namun sukar untuk terus istiqamah dengan hidup+ malu


-Ibnul Qayyim

Di antara kesan maksiat adalah menghilangkan MALU yang merupakan SUMBER KEHIDUPAN hati dan inti dari segala kebaikan. Hilangnya rasa malu, berarti hilangnya seluruh kebaikan.


اْلَمَقْصُوْدُ أَنَّ الذُّنُوْبَ تُضْعِفُ الْحَيَاءَ مِنَ الْعَبْدِ حَتَّى رُبَّمَا اِنْسَلَخَ مِنْهُ بِالْكَلِّيَّةِ حَتَّى رُبَّمَا إِنَّهُ لاَ يَتَأَثَّرُ بِعِلْمِ النَّاسِ بِسُوْءِ حَالِهِ وَلاَ بِاطِّلاَعِهِمْ عَلَيْهِ بَلْ كَثِيْرٌ مِنْهُمْ يُخْبِرُ عَنْ حَالِهِ وَقَبْحِ مَا يَفْعَلُهُ وَالْحَامِلُ عَلَى ذَلِكَ اِنْسِلاَخُهُ مِنَ الْحَيَاءِ وَإِذَا وَصَلَ الْعَبْدُ إِلَى

هَذِهِ الحَالَةِ لَمْ يَبْقَ فِي صَلاَحِهِ مَطْمَعٌ

-Ibnul Qayyim

Maksudnya, dosa-dosa akan melemahkan rasa malu seorang hamba, bahkan boleh menghilangkannya secara keseluruhan. Akibatnya, pelakunya tidak lagi terpengaruh atau merasa bimbang saat banyak orang mengetahui akhlaknya yang buruk. Lebih parah lagi, banyak di antara mereka yang menceritakan keburukannya. Semua ini disebabkan hilangnya rasa malu. Jika seseorang sudah sampai pada kondisi tersebut, tidak dapat diharapkan lagi kebaikannya.

nauzubillah...


malah..

وَمَنِ اسْتَحْيَ مِنَ اللهِ عِنْدَ مَعْصِيَّتِهِ اِسْتَحَى اللهُ مِنْ عُقُوْبَتِهِ يَوْمَ يَلْقَاهُ وَمَنْ لَمْ يَسْتَحِ مِنَ اللهِ تَعَالَى مِنْ مَعْصِيَّتِهِ لَمْ يَسْتَحِ اللهُ مِنْ عُقُوْبَتِهِ

-Ibnul Qayyim

Barangsiapa malu terhadap Allah saat mendurhakaiNya, niscaya Allah akan malu menghukumnya pada hari pertemuan dengan-Nya. Demikian pula, barangsiapa tidak malu mendurhakaiNya, niscaya Dia tidak malu untuk menghukumnya.



Allah.

Allahuakbar!


Thursday, November 4, 2010

Dilema...urm.

"Perghh.. ko nak tunjuk baek la sekarang kan... budget ko hebat la. macam la ko dulu xpenah wat dosa".


Tetiba berdesing telinga saye mendengar. Hahaa.. Sedey??? Agak la. Tapi memang betul la dulu saya banyak buat dosa. Setiap apa yang kita lakukan, kita pasti akan terima balasannya. So itu juga merupakan balasan dan ujian bagi kita. Oleh itu, harus SABAR!


TAPI


Saya di sini bukan untuk menghukum orang. Saya di sini bukan untuk nak tunjuk baik. Semua orang pernah buat salah kan?

"Perghh.. Ayat biasa. Nak cover kesalahan yang dibuat".


Erm... Kita datang dari suasana dan persekitaran yang berbeza. Ada yang lahir terus dalam keluarga yang ditarbiyah.Ada yang lahir sebagai anak luar nikah. Ada yang lahir dari keluarga yang jahil tentang agama. Ada yang lahir dari keluarga yang faham sikit2 je. Acuan kita berbeza.


"So, nak salahkan family la?"


Bukan nak salahkan family. Tapi nak bagi sedikit pengertian buat sesape yang kurang mengerti. Buat sesapa yang suka menghukum. Buat sesapa yang punya mentaliti "kami hanya kawan dengan yang sefikrah dengan kami sahaja".


"Kawan2 enti semua sosial la".

"Urm..Ana pernah jadi seperti mereka dulu. Ana faham apa yang mereka rasa. Ana xnak mereka fikir kita mengasingkan mereka. Ana xnak tinggalkan mereka seperti mana insan2 yang berjaya tarik ana keluar dari dunia ana yang dulu. Ana harap ana mampu tolong mereka. insya'Allah. "


Mengapa tidak kamu rasa ingin membantu mereka. Bergaulah dengan mereka. Cuba selami hati mereka. Dan ini merupakan jalan yang terbaik untuk kamu berdakwah kepada mereka. Bukankah kita di dunia ini adalah sebagai khalifah. Mengajak manusia kepada kebaikan???


Ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah dalam ayat ke 30 dalam surah al-Baqarah;

"Aku hendak menjadikan khalifah dimuka bumi ini".


Dakwah itu tugas kita. dakwah itu bukan sesuatu yang mudah. bukan hanya dengan


"Berdosalah xpakai tudung. Nanti masuk neraka. Esok pakai tudung" .


Mahu xsentap orang yang kene tegur tu. Lagi2 kalau depan orang ramai. Xpasal2 kene maki balik. Perghh. Alang2 boleh tarik dia..xpasal2 makin keras hati dia. Memang betul message yang ingin di sampaikan tu. Tapi gune la cara yang berkhemah sikit. Hadoiiiyai.



Kadang mereka tidak faham.

Kadang mereka tidak tahu.

Kadang mereka terlupa.

Kadang mereka sedang leka.

Kadang mereka sedang sedang hanyut dalam mimpi yang sementara.



So



Kitalah yang kene fahamkan.

Kitalah yang kene bagitau.

Kitalah yang tolong ingatkan.

Kitalah yang tolong kejutkan mereka dari terus lena dalam mimpi mereka.

Kalau teguran.nasihat.dan pandangan kita tidak diterima

Di tolak mentah2.

Kene marah.

Kene herdik.

Kita marah balik la?

Kita terus blah r?

Tinggalkan mereka terus camtu???



"Woi. cakap memanglah senang!"



Sahabat. Ini memang tugas kita.

Mengapa tidak kita terus bantu mereka?

Terus berada dengan mereka.

Terus doakan mereka.

Usaha, doa, dan tawakal tu kene seiring dan berterusan.

Kadang kita lihat usaha kita tu sia2.

Tidakkah kita sedar. kita manusia biasa. mungkin disebabkan dosa2 kita yang lampau.

Menjadi satu halangan mengapa dakwah kita tidak berjaya. dan ini merupakan satu ujian buat kita.

Adakah kita sedar tentang itu??

Saya percaya sekeras2 hati mereka, masih tersimpan

kelembutan hatinya yang tersorok jauh dalam hati mereka.

Jadilah insan pertama yang mampu melebutkan hati2 mereka.

Memang fikrah ciptaan manusia suka kan kebaikan.

Insya'Allah satu hari nanti hati mereka akan terbuka

dan

Insya'Allah, dia mungkin akan jadi insan yang mungkin lebih jauh baik dari kita.

Bukankah itu adalah lebih baik???

Dan buat di sini juga saya nak juga bagi pengertian buat sesape yang kurang mengerti. Buat sesapa yang xboleh ditegur langsung. Buat sesape yang suka menghukum orang yang cuba berbuat baik. Buat sesape yang fikir orang yang baik xpernah buat salah.


" Aku xsuke betul la! Dia ingat dia baik sangat ke nak tegur2 aku? kubur2 lain2 kowt! Macamlah dia tu xpenah buat salah. xpenah buat dosa!".


Hoi.. dah kire baik la. dia nak tegur ko kowt. sebab dah jadi tugas dia. ko pon kene la paham gak. adess. asyik diorang je nak paham ko. ko pon kene la paham nape dia kene tegur. kubur lain2 ea? perghhh. berlagak seyh!. xbersyukur langsung ade orang yang tegur demi kebaikan ko. dia bukan tegur ko depan orang ramai kowt. kadang2 sangat berlembut kowt care diorang. tapi ko dah hangin satu badan pehal???? ishhh..


Sian diorang.

Pening pk care camne lagi terbaik nak tegur.

Diorang xminta dibayar papepon..

Sesen pun xminta duit korang.

Korang tau x, diorang ni sayang ngan korang.

Sebab kasih dan sayang sesama islam la diorang tegur.

Cubalah faham sikit.

Memang diorang ni xdela perfect sangat.

Tapi salah ke diorang cuba buat baik?

Salah ke diorang cuba selamatkan korang?

Salah ke diorang cuba sedarkan korang?

Kadang2, diorang pon rase serbe salah..

Kalau xditegur, nanti kat akhirat korang pertikaikan nape xtegur korang?

Nape biarkan korang terus lalai??

Kalau ditegur, korang mula naik hangin...

Adesss...



Firman Allah SWT, maksudnya:



"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali-Imran: Ayat 110)



"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah daripada orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Surah Fussilat:Ayat 33)




pss:// Bersangka baiklah terhadap sesuatu. Bagi yang menasihati, bersangka baiklah bahawa, mereka ini merupakan ma'du bagi kita. dan laksanakanlah tugas kita sebagai da'ie di muka bumi ini. Bagi yang dinasihati, bersangka baiklah terhadap sesape yang menasihati kita. Kerna mungkin insan itulah yang mampu membangunkan kita dari mimpi lena yang panjang.