Showing posts with label health- from HPA upline. Show all posts
Showing posts with label health- from HPA upline. Show all posts

Friday, April 24, 2009

+peCINTA coklat???+


KUALA LUMPUR – Banyak jenis coklat import bukan sahaja dihasilkan dengan campuran minuman keras tetapi tidak kurang juga yang menggunakan lemak haiwan yang tidak halal termasuk babi. Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat. Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat. Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat. Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.
NAK BACA LANJUT KAT KOSMO ONLINE TAKPUN BELI SOKKABA KOSMO

oklah NAK CERITA SIKIT..kemarin anak aku Ahmad dapat pack makanan ringan...sempena hari ulangtahun kawan sekelasnya.. .

so mak budak ni bawakan satu kek besar, dan peket2 kecik makann ringan, ada gula, ada macam2lah dalam pek tu....so aku berminat nak tengok isi kandungan APOLLO COCOA LAYER CAKE............ .KORANG LEH CEK PAS NI...

Ada tanda jakim halal....

Ramuan: Gula, telur, tepung gandum, lemak isirung sawit terhidrogen, serbuk koko, sirap glukosa, pengelmulsi (distilled mono glyceride E471, Polyglycerol Ester E475) serbuk sorbitol, serbuk penaik, garam, perisa tiruan, (coklat), kalsium propionat, kalium sorbat, asid sitrik

Komposisi: Gula, Telur, Tepung Gandum, Minyak Nabati, bubuk coklat, sirup glukosa, pengemulsi (distilled monoglyceride E471, Polyglycerol Ester E475) bubuk sorbitol, bubuk pengembang, garam, aroma coklat, pengawet kalsium propionat, Kalium sorbat, asid sitrik
so aku refer kat code e ni.....

Ramai dikalangan kita tidak mengetahui tentang kod (E) yg berada dalam makanan samada makanan harian atau sekadar makanan ringan…

Kod makanan yang mengandungi unsur BABI.. ialah: E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270. E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904….

So mak2 abah2 atuk nenek kakak abang adik.....nampak tak e code yang aku merahkan tu....ha rajin-rajinla tengok...apollo jenis bolu lapis koko ni tak boleh dimakan sebab ada unsur babi....so careful ye..tu apollo...cake kecik2 tu jelas bersuluh terang dan nyata haram... ...banyak barang lain mengandungi unsur babi, dan kawan-kawan aku pun kata kebanyakan apollo ni tak leh makan...

tengok dari bahasa ni macam dibuat kat indonesia je..tapi katanya alamat apollo ni dari larkin industri johor bahru...so u all leh tengok sndiri...wallahu alam
oh ye sesapa yang kurang yakin pasal e code ni u all leh refer kat JAKIM tapi kalau tanya depa ..depa charger 50sen tentang ecode ni...or HPA RADIX website...
MENCARI YANG HALAL ITU FARDU/WAJIB



haaahahha...nak habaq ni...
+saye tolong forwardkan email ni dalam blog saye k..+
hehehehehheee..
so kengkawan ati2 ye ketika membeli coklat..
sile bawak list kod2 ni..letak dalam beg duit..
gantikan pic boyepren n gelipren hangpa smua ngan list kod ni k.. ...
ekekekkeke.....

wassalam..

Thursday, April 23, 2009

+terLALU baNYAK vS peNYAkiT???+

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua.. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.
Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru..

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh
mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih..

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)

14.. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran.. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif…


Mencari KERIDHAAN ALLAH SWT!!!

HSE SHARING: KENAPA MICROWAVE BAHAYA




Sebelum naik rumah baru, mama mmg teringin sgt nak beli microwave.. Duk 'tenampak2 microwave baru atas kabinet dapur...... heheheee, angan2 mat jenin. then, last week, masa tengah2 belek majalah anis kat library sekolah, mama terpandang satu article... baca punya baca, terlopong skejap,then duk alhamdulillah sorang2, 'nasib baik aku tak beli lagi.... Nak tau pasal apa? ni dia.....

BAHAYA MICROWAVE OVEN???.

Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit. ...nyit... nyit dan tinggg....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah
Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan..

Ketuhar pengancam nyawa
Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai
kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia.

Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang
mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan.

Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.

Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan
secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. .

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.

Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:
1. Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).

2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.

Kesan makanan gelombang mikro
4 .sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.

5. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.

6. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca
mengapa pengidap kanser meningkat.

7. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.

8. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.

9. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.

10. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.



Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:
http://www.mercola/. com/article/ microwave/ hazards2. htm
http://www.cancersa/ lves.com/ article/microwav e..html
http://www.indigosu/ / n.com/august99/ microwave. htm



so... pe lagi sahabat??? hahahhaaaa..jom kite buang mikrowave kat umah kite!!
mau kene baling ngan penyapu ngan mak- mak kite ni nanti.
hahhahha...
so renung2kan dan selamat beRamal...
hahahhahahaha..cm xde kne mngene jER!!!!