Sunday, November 7, 2010

isshh.. ape lagi?

puas
xpuas ati
erm..susah nak puaskan ati semua pihak.
yang penting kita dah berusaha yang terbaik
untuk cuba menjadi terbaik buat insan2 disekeliling kita.
tapi kalau xpuas ati
cakap la depan2 kan.
susah?
takut dia terasa ati
takut dia kecik ati
tapi kalau kutuk belakang2 lagi la teruk kan.
eeh.. xpela.
teruskan jela camtu.
nanti pahale2 kamu itu sampai pada orang yang kamu kutuk tu..
orang yang kamu kutuk tu xrugi pape.
saye cume kesian dengan kamu sahaja
penat buat amal
tapi nanti pahale amal kamu tu sampai pada orang yang kamu kutuk tu.
tapi xpela kalau kamu rase dah banyak sangat amal yang kamu buat
dan nak sedekah pada orang lain..
ermmm..
fikir2kanlah ya wahai insan.
maaf zahir batin atas segalanya. :)


Saturday, November 6, 2010

domo domo domo domo.....!

"akak, saya belajar satu phrase yang comel kak", saye cuba menguatkan suaraku untuk lawan bunyi enjin motor yang sangat bising..

" ape dia dik", hahaha.. akak ni layan je kerenah saye.

"domo domo domo domo domo domo coahaeyo!!!! comel x kak?. Dengan penuh semangat saye sebut.

" ishh.. apa maksudnye tu dik?", wahh. akak ni layan lagi..

" sangat sangat sangat sangat sangat sangat suke awak!!!! comel x kak???". ngan penuh girang saye menjawab.

akak hanya tergelak je..

malam tadi berpinau2 mata saye nak menghabiskan citer "my girlfriends is a gumiho" korean series. domo domo domo domo domo domo best! hahaha.. xingat best dalam bahasa korea pe.
ishhkk. keje giler melambak boleh pula nak tengok bende2 yang sepatutnya tengok sekarang.
ishhh2x..

tibanya di PASTI, jumpa dengan kak husna dan ana. semangat sebut perkataan baru yang baru saye belajar tu.

" Ana, dengarlah sha cakap ni. sha betul2 tujukan bende ni kat ana. domo domo domo domo domo coahaeyo!!!!". ngan muke pelik ana tanye pe maksudnye.. n ana telah bagi warning kat saye sesuatu. heee. baik! baik bos!! heee...

suke sebut perkataan tu. ntahla. sebab sangat comel kowt ayat tu! nope. sangat comel actress dalam citer tersebut!

tiba- tiba kejadian yang tidak diingini terjadi. handphone saye jatuh kat lantai..*erm.. xtau nak wat sound effect camne.* heee.. then ade panggilan masuk baru la perasan key paid handphone rosak balik. tahniah! sangat2 tahniah. memang sedih + hangin + condition flash point yang rendah + baru je repair kowt before raye tu! = saye decide nak wat uji kaji hempas tepon kat lantai. mane tau ade reverse reaction balik.. kowt2 some miracle happend.. hehehee. tyme taklimat untuk rehearsal hari penyampaian anugerah PASTI esok, saye cube menghempas2kan handphone ke lantai. geram. owh. memang xde pape miracle yang happend.

hati dah betul2 tekad pape happend, xnak betulkan handphone lagi. tunggu ade rezeki nanti insya'Allah nak beli handphone baru. now handphone saye xley nak bace message, taip message, just boleh call and receive call je. so di kesempatan ini nak buat pengumuman

"Buat sesape yang memberi message kepada saya, andai tidak terbalas, andai xde respon pape, sila jangan kecil hati. sebab kondisi handphone saye sudah agak kronik ya.. :)".

"belilah handphone yang murah2. nanti pape senang".

" huh. malas nak layan. nak beli handphone murah pon kene gune duit. alang2 beli yang saye betul2 nak".

2.00pm- dewan senat-toastmaster workshop.

Lamenye xjumpe dengan mereka semua. rindu. tapi tetiba jadi segan semacam.
"owh..adakah ini aku????". Dengan keadaan econ yang sangat sejukkk+ perut saye sakit sangat+ rase pinau2 pale+ pandangan saye makin kabur, aku kurang ambil port dalam workshop tadi. papepon saye happy dan rase patut datang setelah lamenye xdatang meeting club. mrs. president dah cadang untuk buat exco meeting bulan ni. erm. nak xnak kene datang. chaiyo'. dapat kata2 semangat dari dia. thanx charlotte!baru nak quit dari secretary toastmaster... tapi charlotte bagi semangat. jangan give up. plan mase betul2. yoshh!!!

now hari2 kembali seperti rutin yang lalu dan ditambah lagi dengan kerje2 yang baru.
" owhh....a lot of things to be done!"
nope! jom tukar intonasi
"owh yeay! a lot of things to be done!"

progress lab. publish paper. writing thesis. seminar. toastmaster exco meeting. project competent communicator. korea.

owh lupa..

upgrade ilmu. upgrade iman. upgrade amal!

semoga berjaya risha dan sahabat2 yang len!

alt

Life is simply time given to man to learn how to live. Mistakes are always part of learning. The real dignity of life consists in cultivating a fine attitude towards our own mistakes and those of others. It is the fine tolerance of a fine soul. Man becomes great, not through never making mistakes, but by profiting by those he does make; by being satisfied with a single rendition of a mistake not encoring it into a continuous performance; by getting from it the honey of new, regenerating inspiration with no irritating sting of morbid regret; by building better to-day because of his poor yesterday; and by rising with renewed strength, finer purpose and freshened courage every time he falls.

William George Jordan


"Ehh. Hey u! Ade sesape xpuas hati dengan saye ke? Sila la bagitau saye depan2. okey???
Jangan post di wall anda. Sekian.terima kasih."





Thursday, November 4, 2010

Dilema...urm.

"Perghh.. ko nak tunjuk baek la sekarang kan... budget ko hebat la. macam la ko dulu xpenah wat dosa".


Tetiba berdesing telinga saye mendengar. Hahaa.. Sedey??? Agak la. Tapi memang betul la dulu saya banyak buat dosa. Setiap apa yang kita lakukan, kita pasti akan terima balasannya. So itu juga merupakan balasan dan ujian bagi kita. Oleh itu, harus SABAR!


TAPI


Saya di sini bukan untuk menghukum orang. Saya di sini bukan untuk nak tunjuk baik. Semua orang pernah buat salah kan?

"Perghh.. Ayat biasa. Nak cover kesalahan yang dibuat".


Erm... Kita datang dari suasana dan persekitaran yang berbeza. Ada yang lahir terus dalam keluarga yang ditarbiyah.Ada yang lahir sebagai anak luar nikah. Ada yang lahir dari keluarga yang jahil tentang agama. Ada yang lahir dari keluarga yang faham sikit2 je. Acuan kita berbeza.


"So, nak salahkan family la?"


Bukan nak salahkan family. Tapi nak bagi sedikit pengertian buat sesape yang kurang mengerti. Buat sesapa yang suka menghukum. Buat sesapa yang punya mentaliti "kami hanya kawan dengan yang sefikrah dengan kami sahaja".


"Kawan2 enti semua sosial la".

"Urm..Ana pernah jadi seperti mereka dulu. Ana faham apa yang mereka rasa. Ana xnak mereka fikir kita mengasingkan mereka. Ana xnak tinggalkan mereka seperti mana insan2 yang berjaya tarik ana keluar dari dunia ana yang dulu. Ana harap ana mampu tolong mereka. insya'Allah. "


Mengapa tidak kamu rasa ingin membantu mereka. Bergaulah dengan mereka. Cuba selami hati mereka. Dan ini merupakan jalan yang terbaik untuk kamu berdakwah kepada mereka. Bukankah kita di dunia ini adalah sebagai khalifah. Mengajak manusia kepada kebaikan???


Ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah dalam ayat ke 30 dalam surah al-Baqarah;

"Aku hendak menjadikan khalifah dimuka bumi ini".


Dakwah itu tugas kita. dakwah itu bukan sesuatu yang mudah. bukan hanya dengan


"Berdosalah xpakai tudung. Nanti masuk neraka. Esok pakai tudung" .


Mahu xsentap orang yang kene tegur tu. Lagi2 kalau depan orang ramai. Xpasal2 kene maki balik. Perghh. Alang2 boleh tarik dia..xpasal2 makin keras hati dia. Memang betul message yang ingin di sampaikan tu. Tapi gune la cara yang berkhemah sikit. Hadoiiiyai.



Kadang mereka tidak faham.

Kadang mereka tidak tahu.

Kadang mereka terlupa.

Kadang mereka sedang leka.

Kadang mereka sedang sedang hanyut dalam mimpi yang sementara.



So



Kitalah yang kene fahamkan.

Kitalah yang kene bagitau.

Kitalah yang tolong ingatkan.

Kitalah yang tolong kejutkan mereka dari terus lena dalam mimpi mereka.

Kalau teguran.nasihat.dan pandangan kita tidak diterima

Di tolak mentah2.

Kene marah.

Kene herdik.

Kita marah balik la?

Kita terus blah r?

Tinggalkan mereka terus camtu???



"Woi. cakap memanglah senang!"



Sahabat. Ini memang tugas kita.

Mengapa tidak kita terus bantu mereka?

Terus berada dengan mereka.

Terus doakan mereka.

Usaha, doa, dan tawakal tu kene seiring dan berterusan.

Kadang kita lihat usaha kita tu sia2.

Tidakkah kita sedar. kita manusia biasa. mungkin disebabkan dosa2 kita yang lampau.

Menjadi satu halangan mengapa dakwah kita tidak berjaya. dan ini merupakan satu ujian buat kita.

Adakah kita sedar tentang itu??

Saya percaya sekeras2 hati mereka, masih tersimpan

kelembutan hatinya yang tersorok jauh dalam hati mereka.

Jadilah insan pertama yang mampu melebutkan hati2 mereka.

Memang fikrah ciptaan manusia suka kan kebaikan.

Insya'Allah satu hari nanti hati mereka akan terbuka

dan

Insya'Allah, dia mungkin akan jadi insan yang mungkin lebih jauh baik dari kita.

Bukankah itu adalah lebih baik???

Dan buat di sini juga saya nak juga bagi pengertian buat sesape yang kurang mengerti. Buat sesapa yang xboleh ditegur langsung. Buat sesape yang suka menghukum orang yang cuba berbuat baik. Buat sesape yang fikir orang yang baik xpernah buat salah.


" Aku xsuke betul la! Dia ingat dia baik sangat ke nak tegur2 aku? kubur2 lain2 kowt! Macamlah dia tu xpenah buat salah. xpenah buat dosa!".


Hoi.. dah kire baik la. dia nak tegur ko kowt. sebab dah jadi tugas dia. ko pon kene la paham gak. adess. asyik diorang je nak paham ko. ko pon kene la paham nape dia kene tegur. kubur lain2 ea? perghhh. berlagak seyh!. xbersyukur langsung ade orang yang tegur demi kebaikan ko. dia bukan tegur ko depan orang ramai kowt. kadang2 sangat berlembut kowt care diorang. tapi ko dah hangin satu badan pehal???? ishhh..


Sian diorang.

Pening pk care camne lagi terbaik nak tegur.

Diorang xminta dibayar papepon..

Sesen pun xminta duit korang.

Korang tau x, diorang ni sayang ngan korang.

Sebab kasih dan sayang sesama islam la diorang tegur.

Cubalah faham sikit.

Memang diorang ni xdela perfect sangat.

Tapi salah ke diorang cuba buat baik?

Salah ke diorang cuba selamatkan korang?

Salah ke diorang cuba sedarkan korang?

Kadang2, diorang pon rase serbe salah..

Kalau xditegur, nanti kat akhirat korang pertikaikan nape xtegur korang?

Nape biarkan korang terus lalai??

Kalau ditegur, korang mula naik hangin...

Adesss...



Firman Allah SWT, maksudnya:



"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali-Imran: Ayat 110)



"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah daripada orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Surah Fussilat:Ayat 33)




pss:// Bersangka baiklah terhadap sesuatu. Bagi yang menasihati, bersangka baiklah bahawa, mereka ini merupakan ma'du bagi kita. dan laksanakanlah tugas kita sebagai da'ie di muka bumi ini. Bagi yang dinasihati, bersangka baiklah terhadap sesape yang menasihati kita. Kerna mungkin insan itulah yang mampu membangunkan kita dari mimpi lena yang panjang.



Tuesday, October 19, 2010

.........2

after all, saya benar2 sudah capek.....a.k.a penat.
okey. saya confirm.
:)

Monday, October 4, 2010

Sunday, October 3, 2010

tell me good bye.

Saya suka dengar lagu ni. "tell me good bye" by Big Bang.. i'm not really big fan of Big Bang. but tau la juga. suka dengar lagu2 ni. Sometimes people suke judge kalau saye dengar lagu2 pelik. lagu tu merupakan suatu seni. bagi saya tidak salah untuk mendengar tapi kita kene tahu batas2nya. lagipun xelok dengar lagu2 yang "langho2 ni"..ia akan menhitamkan hati kita. sedangkan kita harus menjaga hati kita sebaiknya..owh. diri, adakah dikau benar2 menjaga hati..ish...

post kali ini bukanlah untuk berbicara tentang lagu ini.. namun saya suka akan tajuk lagu ini. Ya saya suka.....
hehee...

Owh hati, bernyanyilah dikau
dengan alunan zikir memuji Allah.
Owh hati, lapanglah dikau
dengan membaca ayat- ayat Kalamullah..
Owh hati, sedarlah dikau
dikau bukan raja untuk suka2 untuk merasa apa2.
dikau hanya hamba.
Ya. Hanya hamba.
Di dunia ini punya peraturannya
Dikau harus mengikutinya.
Tidak boleh suka2 untuk rasa apa2 yang kau suka.
Duhai hati.
Jagalah diri.
Semoga dikau membersihkan segala kekotoran
yang menyelaputi dirimu ini.
Ya Allah,
Dengarkanlah bicara hatiku.
Bersihkanlah saat ini sehingga saat ku datang menemui-Mu
Ya Allah,
Bawalah hatiku pada-Mu
Peliharalah dia sehingga saat ada yang halal menjemputnya.
Ya Allah, please save me.
Kurniakanlah aku dengan hati yang baru....


Saya bukanlah insan yang cukup sempurna.
terlalu banyak cacat celanya.
saya hanyalah insan yang punya cita2 untuk memperbaiki diri
selagi nyawa dikandung badan
selagi Allah masih lagi mengizinkan
saya yakin
saya pasti
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Di atas kepercayaan sifat Allah yang ini,
bukanlah tiket untuk saya untuk terus melakukan kesilapan demi kesilapan lagi
tetapi inilah peluang untuk saya kembali pada-Nya.
insya'Allah. Semoga saya dapat beriman dengan sebenar2 iman.