Thursday, November 4, 2010

Dilema...urm.

"Perghh.. ko nak tunjuk baek la sekarang kan... budget ko hebat la. macam la ko dulu xpenah wat dosa".


Tetiba berdesing telinga saye mendengar. Hahaa.. Sedey??? Agak la. Tapi memang betul la dulu saya banyak buat dosa. Setiap apa yang kita lakukan, kita pasti akan terima balasannya. So itu juga merupakan balasan dan ujian bagi kita. Oleh itu, harus SABAR!


TAPI


Saya di sini bukan untuk menghukum orang. Saya di sini bukan untuk nak tunjuk baik. Semua orang pernah buat salah kan?

"Perghh.. Ayat biasa. Nak cover kesalahan yang dibuat".


Erm... Kita datang dari suasana dan persekitaran yang berbeza. Ada yang lahir terus dalam keluarga yang ditarbiyah.Ada yang lahir sebagai anak luar nikah. Ada yang lahir dari keluarga yang jahil tentang agama. Ada yang lahir dari keluarga yang faham sikit2 je. Acuan kita berbeza.


"So, nak salahkan family la?"


Bukan nak salahkan family. Tapi nak bagi sedikit pengertian buat sesape yang kurang mengerti. Buat sesapa yang suka menghukum. Buat sesapa yang punya mentaliti "kami hanya kawan dengan yang sefikrah dengan kami sahaja".


"Kawan2 enti semua sosial la".

"Urm..Ana pernah jadi seperti mereka dulu. Ana faham apa yang mereka rasa. Ana xnak mereka fikir kita mengasingkan mereka. Ana xnak tinggalkan mereka seperti mana insan2 yang berjaya tarik ana keluar dari dunia ana yang dulu. Ana harap ana mampu tolong mereka. insya'Allah. "


Mengapa tidak kamu rasa ingin membantu mereka. Bergaulah dengan mereka. Cuba selami hati mereka. Dan ini merupakan jalan yang terbaik untuk kamu berdakwah kepada mereka. Bukankah kita di dunia ini adalah sebagai khalifah. Mengajak manusia kepada kebaikan???


Ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah dalam ayat ke 30 dalam surah al-Baqarah;

"Aku hendak menjadikan khalifah dimuka bumi ini".


Dakwah itu tugas kita. dakwah itu bukan sesuatu yang mudah. bukan hanya dengan


"Berdosalah xpakai tudung. Nanti masuk neraka. Esok pakai tudung" .


Mahu xsentap orang yang kene tegur tu. Lagi2 kalau depan orang ramai. Xpasal2 kene maki balik. Perghh. Alang2 boleh tarik dia..xpasal2 makin keras hati dia. Memang betul message yang ingin di sampaikan tu. Tapi gune la cara yang berkhemah sikit. Hadoiiiyai.



Kadang mereka tidak faham.

Kadang mereka tidak tahu.

Kadang mereka terlupa.

Kadang mereka sedang leka.

Kadang mereka sedang sedang hanyut dalam mimpi yang sementara.



So



Kitalah yang kene fahamkan.

Kitalah yang kene bagitau.

Kitalah yang tolong ingatkan.

Kitalah yang tolong kejutkan mereka dari terus lena dalam mimpi mereka.

Kalau teguran.nasihat.dan pandangan kita tidak diterima

Di tolak mentah2.

Kene marah.

Kene herdik.

Kita marah balik la?

Kita terus blah r?

Tinggalkan mereka terus camtu???



"Woi. cakap memanglah senang!"



Sahabat. Ini memang tugas kita.

Mengapa tidak kita terus bantu mereka?

Terus berada dengan mereka.

Terus doakan mereka.

Usaha, doa, dan tawakal tu kene seiring dan berterusan.

Kadang kita lihat usaha kita tu sia2.

Tidakkah kita sedar. kita manusia biasa. mungkin disebabkan dosa2 kita yang lampau.

Menjadi satu halangan mengapa dakwah kita tidak berjaya. dan ini merupakan satu ujian buat kita.

Adakah kita sedar tentang itu??

Saya percaya sekeras2 hati mereka, masih tersimpan

kelembutan hatinya yang tersorok jauh dalam hati mereka.

Jadilah insan pertama yang mampu melebutkan hati2 mereka.

Memang fikrah ciptaan manusia suka kan kebaikan.

Insya'Allah satu hari nanti hati mereka akan terbuka

dan

Insya'Allah, dia mungkin akan jadi insan yang mungkin lebih jauh baik dari kita.

Bukankah itu adalah lebih baik???

Dan buat di sini juga saya nak juga bagi pengertian buat sesape yang kurang mengerti. Buat sesapa yang xboleh ditegur langsung. Buat sesape yang suka menghukum orang yang cuba berbuat baik. Buat sesape yang fikir orang yang baik xpernah buat salah.


" Aku xsuke betul la! Dia ingat dia baik sangat ke nak tegur2 aku? kubur2 lain2 kowt! Macamlah dia tu xpenah buat salah. xpenah buat dosa!".


Hoi.. dah kire baik la. dia nak tegur ko kowt. sebab dah jadi tugas dia. ko pon kene la paham gak. adess. asyik diorang je nak paham ko. ko pon kene la paham nape dia kene tegur. kubur lain2 ea? perghhh. berlagak seyh!. xbersyukur langsung ade orang yang tegur demi kebaikan ko. dia bukan tegur ko depan orang ramai kowt. kadang2 sangat berlembut kowt care diorang. tapi ko dah hangin satu badan pehal???? ishhh..


Sian diorang.

Pening pk care camne lagi terbaik nak tegur.

Diorang xminta dibayar papepon..

Sesen pun xminta duit korang.

Korang tau x, diorang ni sayang ngan korang.

Sebab kasih dan sayang sesama islam la diorang tegur.

Cubalah faham sikit.

Memang diorang ni xdela perfect sangat.

Tapi salah ke diorang cuba buat baik?

Salah ke diorang cuba selamatkan korang?

Salah ke diorang cuba sedarkan korang?

Kadang2, diorang pon rase serbe salah..

Kalau xditegur, nanti kat akhirat korang pertikaikan nape xtegur korang?

Nape biarkan korang terus lalai??

Kalau ditegur, korang mula naik hangin...

Adesss...



Firman Allah SWT, maksudnya:



"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali-Imran: Ayat 110)



"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah daripada orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Surah Fussilat:Ayat 33)




pss:// Bersangka baiklah terhadap sesuatu. Bagi yang menasihati, bersangka baiklah bahawa, mereka ini merupakan ma'du bagi kita. dan laksanakanlah tugas kita sebagai da'ie di muka bumi ini. Bagi yang dinasihati, bersangka baiklah terhadap sesape yang menasihati kita. Kerna mungkin insan itulah yang mampu membangunkan kita dari mimpi lena yang panjang.



1 comment: