Duniaku kosong. Seperti hidup di dalam sebuah kotak. Teraba- raba aku mencari cahaya namun masih belum kutemui. Dulu aku punyai rumah, namun rumah itu tidak punyai seri. Aku tercari- cari dimanakah aku ingin dapatkan seri itu. Rupanya seri itu hanya aku akan dapati jika aku dapat meninggalkan rumah yang aku diami itu. Untuk meninggalkan rumah itu aku perlukan semangat yang kuat. Kerna dialah peneman diriku selama ini. Aku dalam dilema. Tidak semua yang memahami diriku ini. Aku tidak mengharapkan pemahaman manusia. Kerna pemahaman mereka selalu dipenuhi dengan hasutan syaitan. Penuh dengan kebencian, lirikan mata yang tidak menyenangkan dan kata- kata yang menyakitkan.
Aku dipersimpangan antara dua jalan. Samada aku kembali semula kepada rumah yang lama, atau meneruskan perjalanan ku ini. Masih ternginang kata- seorang sahabat. “Andai benar perjuangan kita kerana Allah, buktikan “. Aku bangun semula dengan kata- kata itu. Aku lalui segala duri dan belati dihadapanku. Sakit! Pedih! Terlalu sakit!!!! Terlalu banyak luka dan parut ditubuhku. Sumpah, terlalu sakit!!! “Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Aku mohon kau ubati kesakitanku ini. Andai kesakitanku ini penghapus dosa- dosaku yang lampau, KAU kuatkanlah hatiku ini untuk menhadapai ujian-Mu ini!”.
Dia tersenyum sinis padaku. Mengapa harus aku yang dipilih untuk menghadapi dugaan ini. Mungkin coretanku ini akan dibaca oleh dirimu, aku tidak seperti dulu lagi. AKU BUKAN LAGI AKU YANG DULU.
"i never be the same if we meet again."
psss: kemas2 folder dlm my lappy, i found diz..
dah lame dah tulis. tp xpnh nak post..
Risha, semangat!
all the best for VIVA..
Allahuakbar!
No comments:
Post a Comment