Kisah ini kisah sahabat saya.
dia xpunyai sesape setelah melangkah ke alam universiti
terlalu asing baginya.
yang dia punyai adalah seorang sahabat yang dia kenali
semasa pengajiaanya di matrikulasi
dia sangat rapat dengan sahabat dia tu.
terlalu rapat dengan sahabatnya tu..
sehinggakan dunianya hanya dengan sahabatnya tu.
sahabatnya itu terlalu mengambil berat akan dirinya
namun betul kata orang langit x selalunya cerah.
bila melangkah ke dunia universiti
takdir menentukan dia dan sahabatnya ditempatkan berlainan universti.
saat itu bermulalah perbezaan jurang antara dua sahabat itu
dia sangat menyanyangi persahabatan itu
terlalu banyak dugaan yang ditempuhi
sepanjang persahabatannya
pelbagai cara dan usaha untuk memulihkan hubungan mereka
namun akhirnya sahabatnya itu mendapat sahabat yang baru
sahabatnya itu semakin jauh dari dirinya itu
dia hanya mampu melihat sahabatnya itu dari jauh
dia redha dengan ketentuan illahi
dia ikhlas berkawan dengan sahabatnya itu.
dia rela melihat sahabatnya itu mempunyai sahabat yang baru
seandainya itu yang dapat membahagiakan sahabatnya
ya, dia mahu melihat sahabatnya itu bahagia.
walaupun sahabatnya itu sudah mempunyai sahabat yang baru
namun, sahabatnya itu masih menghubunginya.
sahabatnya terlalu risaukan dia.
andai sahabatnya itu punya sedikit kesenangan
sahabatnya itu akan berikan kiriman buat dirinya.
sahabatnya itu masih seperti dulu
sahabatnya sanggup membantu dirinya
walau ketika itu sahabatnya dalam keadaan yang sesak
terbaru sahabatnya itu mengirimkan sebuah email
buat dirinya
..............................................................................................................
"ada org nie dier dh jumpe "rumah" idaman dier...dier yakin "rumah" tu la yg hati dier betul2 inginkan.....dulu dier terpakse lepaskan rumah tu atas alasan kesilapan dier sendiri...tp "rumah" tu tetap tunggu org tu kembali ambikny..org tu hampir2 beli balik "rumah" tu sebab itulah satu2ny "rumah" yg ada dalam hati dier....namun, tiba masa tuhan balas balik...dulu kau abaikan, skrg kau nk balik"
“hati nie,tuhan jea yg tahu siapa yg bertahta....tp xdpt luahkan lg dan xdpt lg peluang tu...”
“sy cube berjauhan dgn org yg sgt2 sy syg secepat mungkin xkira ape pn cara...sama ada dibenci ataupun didendami....”
“sy nk waktu2 hampir …… saya tanpa org yg sy...........”
…………………………………………………………………………………………
Namun kini sahabatnya itu sudah mempunyai “rumah” yang baru
Dia tidak mahu menganggu persahabatan
Antara sahabatnya itu dengan “rumah” barunya
Dengan harapan takkan ada sesiapa yang akan menganggu dirinya lagi
Andai suatu hari dia bertemu dengan sahabat yang baru
Mungkinkah????
Sahabatnya pernah beritahu akan dirinya
“ingatlah ku membeli rumah yang baru namun aku tidak mendiami rumah itu”
Dia yakin
Inilah dugaan dari illahi buat dirinya
Dia tidak perlu bimbang
Segala ketetapan sudah ada pada-Nya
Andai benar dirinya akan memang akan bersahabat dengan sahabatnya
Walau terlalu banyak dugaan yang dia akan hadapi
Sahabatnya itu akan menjadi miliknya
Andai itu yang sudah tertulis di kalam Allah
Biarlah dia kini sendiri
Cukuplah hanya Allah bagi dirinya
Kini dirinya hanya mampu mendoakan kebahagiaan sahabatnya itu
Andai dia mampu berkata2 dengan sahabatnya itu
“wahai sahabat, tetapkanlah dengan hatimu itu
Janganlah dirimu bimbang akan persahabatan kita
Andai memang itu yang tertulis di sisi-Nya
Insya’Allah kita akan bersahabat kembali
Jagalah dirimu
Jagalah hatimu
Letakkanlah ia pada yang sepatutnya
Jagalah batasanmu
Jagalah hubunganmu dengan yang Pencipta-Mu
Berdoalah
Ku pasti dirimu akan mendapatkan kebahagiaan yang dirimu cari
Tiada manusia yang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan
Jangan sesekali menghukum dirimu
Hanya Allah yang layak menghukum dirimu itu
Dekatkanlah dirimu pada diri-Nya
Terima kasih atas pertolonganmu selama ini terhadapku”
“Andai memang ini takdirnya insya’Allah kita akan bertemu kembali”
“percayalah akan janji2-Nya”
………………………………………………………………………………
+Buat sahabat saya, tetapkanlah hatimu juga pada diri-Nya+
+janganlah kau menjerumuskan dirinya ke neraka+
+bersabarlah atas segala ketetapan ini+
+ "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah:216 ]
”Ya, Allah… jika aku jatuh cinta..
…cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku terhadap Mu”
+ku pasti kau mampu+
-cinta itu harus menipu-
.hanya kau yang memahami maksudku.
No comments:
Post a Comment