Saturday, September 7, 2013

Syukur vs Buta..

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Ramai kenalanku yang merupakan orang yang berkerja dengan kerajaan atau penjawat awam. Bila mana mereka melihat aku sering kali menunjukkan sikap yang sering mempersoalkan setiap tindakan kerajaan, mudah saja mereka melabel orang seperti aku ini tidak sedar di untung. 

Mereka tidak sedar sebab mereka tidak merasainya dan orang yang bukan bekerja sebagai penjawat awam tidak menerima sebarang imbuhan dari  kerajaan. Dengan itu, kami lebih merasai kesusahan hidup tersebut. Dalam keadaan sebelum kenaikan minyak 20SEN pun, ayah bertungkus lumus bekerja untuk menyediakan kecukupan kami, membayar hutangkeliling pinggang, bayangkan bila mana harga minyak naik 20SEN. YA hanya dengan 20SEN! Tapi bagi kami yang susah, nilai tersebut begitu tinggi. Tahu tak implikasi minyak naik 20sen? Tambang kenderaan awam seperti teksi, bas akan naik! Harga makanan juga akan naik! 

Photo: Full Video : http://www.youtube.com/watch?v=7XxyoV9Q4bQ&nomobile=1

Mudah sekali kalian menghukum kami tidak reti untuk bersyukur dengan apa yang dimilik kini? Siapa kalian untuk mengadili dan menghukum kami sebagai orang yang tidak bersyukur. Sungguh kami bersyukur dengan nikmat yang ALLAH beri namun kami TIDAK BUTA! Kami dihantar melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat yang tinggi bukan belajar untuk MENJADI BUTA dan MEMBUTAKAN MATA menerima sahaja apa yang kerajaan lakukan kepada kami. 

Bila mana ada yang bersuara, dah reti pinjam tapi tak reti nak pulang. YUP.. isu PTPTN. Ya. Saya adalah insan yang menerima pembiayaan PTPTN sepanjang saya menyiapkan sarjana muda saya. Ada yang menyatakan dah tahu pinjam , tak reti nak pulang ke?? Hello, saya sentap sekejap. Sejak bila pula saya tak nak pulang. Dan SAYA SANGAT SEDAR bila dah pinjam, kenalah pandai nak pulang. For those yang sudah menerima pinjaman PTPTN tu sila lah pulangkan. No matter ada pihak yang fight supaya PTPTN tak payah bayar, KITA yang DAH pinjam ni sedarlah diri PULANGKAN! You know what, with your stubborn statement TAK NAK bayar tu memburukkan nama baik peminjam PTPTN lain yang nak bayar tau. 

Terima kasih banyak kepada yang kerajaan yang sangat prihatin kepada rakyat. So concern dengan kehidupan rakyat. Janganlah kalian kuatir, rezeki kami Allah yang pegang. Tapi janganlah kalian LUPA, Allah mengira setiap perbuatan para pemimpin. Kalau kalian rasakan tindakan kalian adalah yang terbaik buat rakyat, dan tiada sebarang agenda disebaliknya, TERSERAH. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. May Allah bless you and always bless us. Waalahua'lam. 


Rakyat yang ambil peduli,


Friday, September 6, 2013

Terima kasih Ana. ^^

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Bila makin meningkat usia, aku rasa semakin takut untuk hidup. Yup. Aku takut nak hidup sendiri. Baru aku sedar selama aku hidup ini aku benar- benar bergantung pada insan yang rapat dengan aku. Bila satu-persatu sahabatku pergi dari aku, aku jadi hilang arah. Aku cuba tersenyum.. Ini lumrah kehidupan. Seriously aku mula takut untuk hidup sendiri. :(

Ana. Aku kenal dia di bumi UTM ni. Satu rahmat Allah beri pada aku. Allah hadirkan dia dalam hidup aku dan kau izinan dia bawa aku kepada-Mu, Allah. 

Dah 3 hari aku kelaparan tak makan. Finally aku hantar pesanan ringkas pada ana. "Ana, sha lapar sangat". Selang beberapa minit, ana muncul depan bilik aku membawa bungkusan makanan. Aku nangis! Baiknya ana, bawakkan aku makanan! Terharu.

Hubungan aku dengan ana semakin rapat. Aku tak ingat sejak bila, tapi yang pasti aku selesa sangat dengan ana. Dia terima aku yang "pelik" ni. Entah orang yang panggil aku dengan gelaran tu. Aku dengan dia sama- sama blurr. Tapi ana lebih lagi! Hahahaa.. Tapi ana hebat debate. Aku kureng sikit.. -.-". Aku dengan dia masing- masing jarang nak ambil tahu jadual kelas. Selalu ikut orang je. Jadinya kalau kami terlambat dan jalan berdua.. memang ke laut la. hahahaa..



Bila duduk dalam kelas, kene duduk sebelah- menyebelah.. Sebab 2, 2 kuat tidur dalam kelas. Kalau aku mengantuk, aku hulur tangan kat ana. Mintak dia picit dan cubit- cubit, jangan bagi aku ngantuk.. Lepas tu turn aku pula picit- picit tangan ana. Tapi kalau kami tak dapat duduk sebelah- menyebelah, dan bila aku dah start tersengguk- senguk dalam kelas, terus aku cari kelibat ana.. Sebab ana pun sama! Tengah tersengguk-sengguk. Aku dah agak daaaaaa.. ^^ (Tersenyum aku ingat saat tu).


Semua tahu aku dengan ana macam belangkas. Pergi mana- mana sama. Sebab ana je ada kenderaan. So dia lah kaki aku nak pergi mana- mana. Hatta dan post-graduate, kami masih ke mana bersama. Serious, dia tak pernah berkira dengan aku, dan aku tak pernah berkira dengan ana. Bila ana dah tunang, aku gembira sangat, tapi aku tak boleh tipu yang aku dah mula sedih. Saat tu, aku fikir ada setahun lagi untuk aku adapt. Dari saat tu aku cuba buat kerja harian tanpa ana. Cuba keraskan hati. Yeah, Risha. You can do it!

Selama aku berkawan dengan ana, dia jarang menangis. Yup aku tak pernah nampak dia menangis. Hanya aku je yang banyak menangis. Sikit- sikit nangis. Lembik macam sotong! Tapi satu hari dia masuk bilik aku, dia tetiba menangis. Aku terkejut! Serious aku terkejut! Dia tak pernah menangis. Aku tanya kenapa dia menangis. Bila aku tahu sebab dia menangis, aku marah sangat! Aku marah sangat dengan yang buat ana menangis. Kalau boleh nak je aku sembur orang yang buat ana menangis tu. Tapi dah ana ni memang lembut hati, tak macam aku... So confirm la dia tak bagi aku kecoh. 



Yang best sangat walau aku dan ana ada banyak persamaan, aku dengan dia juga macam langit dengan bumi. Kalau nampak ana tu lemah lembut, aku sebaliknya. Satu lagi perangai aku yang obvious lain, aku banyak layan lagu-lagu yang macam clubbing tu. Tengok aku yang bertudung "macam ni"  dengan lagu- lagu yang aku suka dengar tu memang TAK KENA LANGSUNG! Selalu juga tunjuk pada ana lagu- lagu yang aku suka. Aku tahu ana tak suka. Tapi dia tak cakap pun dia tak suka. Dia cakap.. "boleh la". Satu hari aku masuk lab ana, aku tengok ana tengah dengar lagu "lady gaga- just dance!". Ohhh ana! Suwit! but seriously sorry sebab buat ana dengar lagu- lagu yang tak patut ana dengar! :(

Ana tahu setiap liku yang aku hadapi saat nak habiskan master ni. Tiap malam ana teman aku buat lab. Sampai stay di lab waktu malam. Balik awal subuh. Dia tak pernah merungut. Dialah tempat aku mengadu saat aku nak hadapi first assessment. Dalam bilik presentation, aku pandang dia untuk aku dapatkan kekuatan. Allah, besarnya jasa dia pada aku. 

Aku tak pernah lagi jumpa orang "best" giler. Cara ana halus sangat. Dia tak pernah pun marah aku bila tahu aku suka karaoke, suka tengok wayang, bila mana apa yang aku suka tak sama dengan apa yang dia suka. Dia tak pernah buat aku rasa asing. Dia tak pernah buat aku jadi sepertinya. Dia tak pernah buat aku tahu apa yang dia tak suka. Tapi sendiri dapat tahu yang dia tak selesa, dia tak suka. Ana, you are so sweet. And I won't do anything which u don't like. U respect and accept who am I and I'll do the same for you. ^^ 

Ingat lagi tiga bulan sebelum ana diijabkabulkan, ana selalu datang tidur di rumah aku.. Dan tiap malam juga aku berendam air mata. Sebab aku takut dia hilang dari hidup aku. Dan aku tahu lepas dia kahwin, dia tetap ada, tapi dia dah tak sama. Dia dah tak boleh lagi jadi superwoman aku. 

Bila ana diijabkabulkan, aku sungguh- sungguh nangis, semua orang tak faham apa yang aku rasa. Aku betul- betul akan hilang seorang kawan yang paling faham dan sabar dengan aku. 2 bulan sebelum ana diijabkabulkan, something happened to me, she came to my house, then I keep crying, she bring me to balai cerap. She try to comfort me. I looked her, sayunya rasa. Lepas ni mesti dah takda yang comfort me like her. Then malam tu ana teman ke lab, sambil buat lab, then aku hugged dia. Aku cakap, "Lepas ana kahwin, sha dah takde tempat nak mengadu, sha dah tak boleh citer macam- macam pada ana". Ana balas pelukan aku.. Ana cakap, dia akan sama macam dulu. Tak na. Tak sama.........



Sungguh dialah sahabat, dialah orang paling istimewa pernah Allah hadiahkan buat aku. Dia sabar sangat dengan aku. Dia terima aku yang mengada- ngada, gedik, kasar, suka merajuk, baran, pemarah, pelik, yang suka bergaya, yang kejap nak jadi baik, kejap nakal balik, selalu ting-tong, selalu ada masalah yang pelik- pelik datang. Dia hargai setiap kelebihan aku, dia cuba bantu setiap kelemahan aku. Sampai aku pernah cakap padanya.. "Kalau sha nak cari suami, sha nak dia macam ana". Yang ikhlas dan sabar untuk berkawan dengan aku. 

Sebab tu masa ana wedding, aku offer untuk buat macam- macam. Seriously aku sanggup buat macam- macam. Bagi aku, tu cara aku nak balas segala jasa baik ana selama ini. Aku tak pernah mintak cuti dari prof sebab aku takut sangat nak mintak cuti, tapi untuk ana, aku sanggup. Sebab ana tak pernah berkira pun dengan aku. 

Siapa insan yang dapat ana dalam hidupnya.. Untung sangat. She's a great person I ever meet. Tuhan, tolong jagakan dia di mana saja dia berada, dengan siapa pun je dia bersama.


Psst: Tuhan, kurniakan aku insan yang boleh terima aku seadanya. Kerna yang ada padaku penuh dengan kekurangan. :( Sungguh aku takut hadapi masa depan. Tapi aku percaya pada-Mu. Kau tau apa yang terbaik untuk aku. 


Ana, sha suka sangat lagu ni.. 
kalau dengar lagu ni mesti sha ingat ana... T_T




Saya yang rindu best friend saya,

Thursday, August 15, 2013

Mohon ambil peduli

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Palestine,Syria, Mesir...

Entah. Kadang bila kita nak jaga periuk nasi kita,
Kita lebih cenderung bersikap lepas tangan dan 
mementingkan diri sendiri.

Lebih sedih bila mana golongan berpendidikan, 
Golongan Elit mengambil sikap sambil lewa
dan menutup mata.

Segala kekejaman yang dilakukan 
di pandang enteng.

"Takpelah..
Malaysia masih aman."

Cuba bayangkan negara kita diserang..
Apa yang kita harapkan???
Adakah bekalan makanan? Pakaian? Tempat tinggal? dan ubat- ubatan??
Kalau di tanya pada aku...
Aku akan jawab..
"Mana umat islam yang lain?? Kenapa tak datang tolong??
Bukan ke kita sedara seislam????"

Percayalah..
Malu rasanya.
Saat kita dapat tidur dengan nyenyak di malam hari,
Saudara kita ketakutan untuk melelapkan mata.
Di hujani dengan peluru di sana-sini.


Tanyalah pada hati
Inikah ketenangan yang kita cari??

Kalau nak pergi berperang jauh sekali,
Kirimlah doa buat saudara kita.
Allah kan dah berjanji, 
Senjata muslim adalah doa..

Kalau pergi berperang jauh sekali,
Ambil lah peduli tentang mereka.
Jangan dilemparkan kata- kata yang menyakiti hati saudara kita.

Jangan kufur nikmat duhai manusia.
Allah Maha Melihat.
Allah Maha Mengetahui.
Jadilah hamba-Nya yang dengan sebenar hamba.
Mohon ambil peduli. 


"Siapa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari 
sebuah kesulitan di antara berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya 
Allah akan memudahkan salah satu kesulitan di antara berbagai kesulitannya pada hari kiamat."

[Hadith Riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan lain-lain]


Manusia yang cuba ambil peduli, 

How to deal with people?

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Selalunya pendapat aku tak sama dengan pendapat orang sekeliling aku. Tak bermaksud aku betul dan tak bermaksud aku salah. 

Dulu aku fikir apa yang aku fikir semuanya betul. Semua kene ikut cakap aku. Tapi semakin aku kenal dan berinteraksi dengan ramai orang, aku belajar skill baru. Skill mendengar pendapat orang, belajar menerima pendapat/ teguran. Dan kalau dulu kalau aku tak setuju aku terus... OBJECTION! Tapi sekarang aku belajar untuk tahan ledakan larva dalam hati aku. Apa yang aku tak puas hati, kalau masih boleh di kawal, saya cuba berdiplomasi, kalau tak, aku akan simpan dan MAKAN DALAM LAH. (Hahahahaa). Kadang- kadang "teknik" baru aku belajar ni tak berapa nak bagus tapi bagi menjaga "kemashlatan" bersama, ada perkara kita perlu diamkan. 

Sebagai manusia yang cuba perbaiki diri, aku belajar untuk bersikap toleransi dan menjaga apa yang kita tuturkan. Kadang apa yang kita tuturkan memang betul, tapi kita tak boleh sesuka hati nak cakap. Sebab kita mungkin akan menyakitkan hati yang mendengar. Tengok juga pada keadaan. Tak boleh sesuka hati je redah. Dan banyak kali juga aku terpelecok, silap langkah. Tapi semua tu, buat aku belajar untuk jadi yang lebih baik. Kadang frust juga bila mana kita acap kali ulangi kesilapan yang sama. Dan lately, aku belajar untuk lebih berhati- hati dalam semua perkara. Fuhhh.. Lagi- lagi handle "kejutan- kejutan" yang diberikan oleh keluarga sendiri. Kadang tu memang salah dia la.. Tapi kita tak boleh nak cakap mereka salah. Sebab kita bukan handle dengan budak- budak. Kita sedang handle dengan mak dan bapa budak! =.=" So tiring dan sangat menguji kesabaran. 


Aku memang sejak kecil lagi terkenal dengan "kelantangan" nak cakap apa sahaja, bila dah banyak belajar dari kesilapan.. aku cuba diam. Aku cuba proses kepala aku macam mana nak cakap elok- elok... Kalau ikut hati memang aku suka nak "smash" orang.. tapi apa yang aku dapat?? Boleh lah nak puaskan hati. Tapi sekejap je. Lepas tu terus diselebungi dengan rasa serba salah. Lagi- lagi bila aku sedar, apa yang aku buat, cara aku bertindak akan mencerminkan islam. Bila aku berpelakuan buruk, aku akan beri fitnah pada imej islam yang aku bawa, aku akan beri fitnah pada imej tudung labuh yang aku bawa. Sedangkan yang salahnya aku, tapi seluruh islam dan muslimat yang bertudung labuh mendapat nama buruk. Dengan itu aku sangat berhati - hati dengan apa yang aku lakukan. 

Sehingga kini aku masih lagi cuba perbaiki diri. Apa yang aku boleh katakan, nak deal dengan manusia yang pelbagai ragam, kita cuba berfikir dan bertindak secara matang. Macam mana kita nak response pada orang? Cuba kita treat mereka sebagai mana kita suka orang treat kita. Aku tahu susah. Sebab aku rasa semua tu dan sehingga aku masih merangkak- rangkak nak deal dengan manusia yang sering mendatangkan kejutan ini secara baik. 

Ada seorang kawan aku ni, dia memang cakap lepas je. Tak kisah ko kawan dia ke tak, kalau dia rasa tindakan kau salah , dia akan cakap salah. Dan dia cakap secara lantang. Mula- mula naik merah muka aku tahan marah tiap kali berbeza pendapat dengan dia. Tapi lama- lama aku bangga dengan diri aku.. Aku boleh deal dengan sifat "marah" aku! Tiap kali berlawan cakap je.. Aku cuba calm kan diri aku, dan buang semua emosi, dan bertindak secara matang. Cool. First time aku rasa bangga dengan pencapaian aku. After 25 years, baru aku dapat teknik tu! Aku tak berapa setuju dengan "sikap lantang bersuara" kawan aku, tapi aku suka cara dia handle masalah. Yup aku suka. Benda tak baik kita jangan ambil, jadikan pengajaran.. yang baik tu kita boleh aplikasi dalam diri kita. 



Aku suka dengan kata- kata yang aku cipta sendiri "24 jam koreksi diri". Sebab quote ni melambangkan aku. Tiap saat aku ada melakukan kesilapan dan tiap saat aku jumpa teknik baru memperbaiki diri.  Perbaiki diri sebagai seorang hamba-Nya, sebagai seorang anak, sebagai seorang sahabat, sebagai seorang anak murid dan sebagai seorang perempuan. 

Yang selalu cantik dan perasan cantik! (^_~)V,


Monday, August 12, 2013

Ada apa dengan result exam.

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful



Exam..Dapat result bagus. Di puji, dibangga dan yang "bestnya" di banding- bandingkan dengan anak- anak orang lain. 

"Anak ko dapat results berapa?"
"Anak ko pandai, anak aku ni pemalas....bla..bla..bla."


Seriously aku bosan jumpa dengan orang dan soalannya..
Ko dulu dapat result berapa exam???

Be honest, result SPM aku hancur!
So, can you expect I still can do matric, degree and master dengan result spm yang hancur tu??
Sebagai orang yang pernah dapat result agak best dan pernah rasa dapat results worst ever... =.=", 
bagi aku ada apa dengan results semua ni????
Yang penting USAHA.
Dan hasil experience aku sendiri.
(Especially orang tak berapa genius macam aku ni.. yang memang kene study, baru nampak hasil)
Aku boleh conclude, berjaya- gagal aku dengan "exam" ni bergantung dengan rajin- malas aku.


Siapa sangka orang yang kira antara budak top score dalam exam kat sekolah..
Budak kelas atas..
Yang sering disebut- sebut..
Tetiba Allah uji dapat result "teruk".
Memasing senyap..

Dan bila tak dapat result seperti yang diharapkan..
Mula la.. 
Memandang rendah dengan apa yang aku nak ambil.
After matrik, pergi sekolah..

"Ambil apa di universiti???" Tanya seorang cikgu.
"Ambik kimia industri".. Jawab aku 
"Ohhh... kerja kilang lah nanti" Balas cikgu dengan senyum sinis.

Perghhh.. Aku tak tahula macam mana boleh wujud spesis cikgu macam ni dekat sekolah aku.
Aku rasa dia ni memang kene tukar profession la.
Ape, bila jadi doktor, guru, jurutera, peguam..kira kerja- kerja hot tu
baru dikatakan berjaya lah ye?????
Hello cikgu, open your mind please??
Macam mana nak educate and motivate your student when sendiri pun belum cukup "bersekolah"?


Tapi bila jumpa orang yang suka bangga- banggakan result ni..
Aku jadi lemau selemau-lemay nya!

Dan aku, dengan hidup di kalangan orang yang tak berapa berpelajaran
kadang aku kagum dengan mereka.
Seriously diorang boleh survive, lebih berjaya dari aku yang masih terhegeh- hegeh nak habiskan master ni.

So sekali lagi aku cakap..
Ada apa dengan results best- best ni???

Bagi aku, 
Bukan aku maksudkan tak payah nak dapat result best ni UPSR, PMR, SPM, result masa matrik, A-Level, cpga di universiti and etc.
Kalau tak, takdelah aku beriya nak buat master.. dan insya'Allah ada cita- cita nak buat Ph.D nanti..
Results yang best tu satu pencapaian yang baik bagi untuk diri kita
tapi JANGAN sampai ada pemikiran orang yang tak dapat result baik, tak boleh hidup.

Mungkin ada yang tak berapa setuju dengan entry aku ni.
Dan entry aku ni pun jawapan tidak setuju pada sesiapa yang suka tunjuk "result" bagus pada orang.

P/s: Maaf zahir & batin.^^

Yang dah lama tak post entry baru, 



Sunday, March 10, 2013

Pending or Delivered?

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hi readers and bloggers

Pending or Delivered???? Yeah.. you decide. 

Some people said better we stay back.. better we just keep it to ourselves. Nanti dia akan marah if we tell them the truth.

1) If u decide to make the conversation pending like the situation I mentioned above, then please jangan cakap belakang. U decide not tellin the truth. What're you feeling.. and what they did is not rite. For me, it's not a problem and I respect your decision. But.. if u start "kutuk belakang".. yeah! This thing... really bad! I don't like how the way u handle this matter. This is not fair to the other side (the person yang you kutuk belakang tu)..because  a)they never knew what they did is wrong, b) because they don't have an opportunity 
to defend themselves, 3) u make people look bad that person... Owh, worse eva!

2) If u decide to tell them the truth.. (Yeah, that's cool) you should learn how u want to deliver your message in proper way. (Do not put "emotion-look anger,  fierce face, your voice projection can tell what's are u feeling)- please control this (even feel wanna killin them badly). Say it nicely and surely they'll listen to you. Try to understand their problem.. " I understand if u....u'll...., hmmm how about...if u..(nah, now you can start to deliver your message). insya'Allah by doin this way, 1) u can deliver the message successfully, 2) u won't hurt them, 3) maintain your relationship, 4) insya'Allah they'll listen to you and 5) you look matured and looks more "human" to handle a problem. Yeah.. you really look cool beb!

For me, conflict start initiate when you fail to deliver a message.. that's why we always heard "owhh.. this is just misunderstanding between us...=.=". 


This conflict we can control it by control how the way we communicate with others. As the best creation in this world, and Allah bless us with brain, I'm really sure you can do better! 

Let's start to avoid "pending" message to people..
Then, you'll live happily with "zero conflict" in your life. 

Yang tetiba ada idea nak tulis,

Friday, March 8, 2013

This is called life^^

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Meciful


Hi blogger and readers. How are you?? How about our iman?? Hopefully semuanya sihat- sihat belaka. ^^
Pernah tak rasa nak give up? Yup. Give up dengan apa yang sedang kita lakukan. Give up to fight our weakness. Give up to solve our problems. 

Saya pernah hampir- hampir buat keputusan untuk give up dengan apa yang sedang saya lakukan sekarang. 
Alhamdulillah, Allah masih pilih saya untuk teruskan apa yang sedang saya lakukan sekarang. Allah kurniakan saya kekuatan, semangat yang entah dari mana datang untuk berhadapan dengan segala ketakutan saya. Benarlah.. Ujian-Nya itu tanda cinta dan sayang-Nya kepada hamba-Nya. 

Saya persoalkan kenapa saya? Setiap ujian yang datang menimpa-nimpa saya akui saya sedih. Saya lemah. Saya menangis. Saya marah. Ya, Saya persoalkan setiap apa yang berlaku... Kenapa semua ni berlaku pada diri saya??? Kenapa?? dan kenapa???
Allah itu Maha Melihat penderitaan dan tangisan saya, Maha Mendengar segala rintihan saya, Maha Pengasih kerna tidak menghukum atas kelemahan saya dan Maha Mengetahui segala isi hati saya. 

Setiap kali di uji, saya dapati saya jadi lebih kuat, lebih rasional, lebih matang (erkk.. tak suka perkataan ni.. macam dah tua! :P), lebih bersabar. Air mata saya dah tak murah nak merembes keluar. Kalau dulu.. diuji je.. terus meleleh.. (orang jawa cakap ciwek. =.=").

Cuma sejak kebelakangan ini, saya mudah menitiskan air mata..bila teringat..
1) How sweet Allah pada saya. Nikmat yang Dia berikan. Sungguh saya bersyukur. Betapa Allah masih mahu mendidik saya sedangkan terlalu banyak dosa yang telah saya lakukan. 
2) How sweet Allah kurniakan saya sahabat2 yang terlalu baik. Sungguh! Mereka terlalu baik pada saya. Baik ini bukan dalam erti kata sentiasa membantu saya sahaja, tetapi lebih kepada mengajar saya menjadi lebih manusia..(haha.. macam tak cukup manusia je saya ni.. ;p) 

Sejak saya mengenali sahabat saya ini, saya mula belajar untuk lebih menghargai dan memahami orang lain. Bila nak bercakap tu fikir dulu apa nak cakap. Kalau tak berapa penting, tak payah cakap. Yang saya suka, saya cuba menjadi pendengar yang baik dan saya cuba sedaya upaya untuk memahami apa yang dialami oleh orang yang bercerita tu. Yeah! Seriously, saya banyak belajar ilmu2 menghapdate diri be a better person. 
Syukur! Tanpa izin-Nya saya takkan nampak semua pengajaran ini. 

Doa saya, semoga saya dapat bersahabat dengan mereka sehingga ke Syurga-Nya dan moga Allah sentiasa kurniakan hidayah buat saya dan sahabat2 saya...

Moral values yang saya belajar
1) Bila kita buat sesuatu perkara... teruskan. jangan pernah mengalah..dan jangan pernah berhenti. Kerna Allah menghitung segala usaha kita dan Allah tak pernah mensia2kan penat lelah kita.


2) Ujian + hidup ini memang tak dapat la nak dipisahkan.. Sentiasa berbaik sangka pada takdir-Nya dan kutiplah seberapa banyak pelajaran yang boleh kita dapati dalam setiap yang berlaku kerna itu lebih membuatkan diri anda menjadi lebih mahal.. (ahaaa... penggunaan ayat macam tak betul...tapi biarla! Sebab saya suka perkataan MAHAL di situ!). 

3) Bila kita pandang semua benda semuanya baik... insya'Allah kita akan dapat rasakan manisnya hidup ini, rasa tenang.. dan bahagia. Kerna punca bahagia itu bukan datang nya dari faktor luaran tapi dalaman diri kita. So jom audit diri. Moga kita menjadi Hamba-Nya yang bahagia dunia & akhirat. insya'Allah. 


Saya yang poyo. :P