Sunday, February 21, 2010

sila semangat

morning everyone

woke up early

alhamdulillah
(masih diberi peluang olehNya untuk hidup)
THANK YOU ALLAH

look at mirror front of me
S.M.I.L.E

BISMILLAH...
must be strong to face "TODAY"
all the best NUR HAIZARISHA SURATMAN

O Allah, please guide me
bless me in every decision i have to do
insya'Allah

cik Risha, sila BERSEMANGAT!
jangan cry
jangan afraid
Allah is always be with you
a.n.d
ALLAH IS ENOUGH FOR ME
insya'Allah

wasalam
jazakallah



Saturday, February 20, 2010

mahu 10 hadiah Allah??

t
♥ 10 Hadiah Allah di Dunia untuk Orang Bertakwa ♥

Kehidupan orang2 bertakwa sangat indah dan penuh keberuntungan. Nape??? Sebab di dunia lagi Allah telah menjanjikan pelbagai "hadiah", sebagaimana digambarkan-Nya di dalam al-Quran:

♥ sentiasa mendapat petunjuk

" Mereka itulah ( orang - orang bertakwa) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang- orang yang beruntung." ( Al- Baqarah: 5)

♥ diberi penyelesaian dari masalah

" Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan diberikan kepadanya jalan keluar." ( At- Thalaq:2)

♥ dipermudahkan segala urusan

" Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya segala urusannya." (At- Thalaq:3)

♥ mendapat rezeki dari sumber yang tidak terduga

" ...dan memberinya ( orang bertakwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga." (At- Thalaq:3)

♥ dikasihi Allah ( dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)

" Sesungguhnya Allah mengasihi orang- orang yang bertakwa." ( Al- Imran: 76)

♥ mendapat keberkatan dari langit dan bumi

" Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa,nescaya Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi." ( Al- A'raf:96)

♥ mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan dari Allah

" Dan kami selamatkan orang- orang beriman dan mereka adalah orang- orang bertakwa." ( Al- Fussilat:18)

"... dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah Allah berserta ( menolong dan melindungi) orang- orang yang bertakwa." ( Al- Baqarah: 194)

♥ mendapat kemenangan

"Sesungguhnya orang- orang yang bertakwa mendapat kemenangan." ( An- Naba:31)

♥ terpelihara dari tipu daya musuh

"Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu." ( Al- Imran:20)

♥ diberikan "furqan" ( petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah)

"Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan." ( Al- Anfal:29)





Friday, February 19, 2010

Kata Diri vs Fikir Akal vs Teguh Hati


wahh!!
kita ini Khalifah rupanya.

Kata Hati: " Semua orang cakap pasal remaja harapan bangsa. Remaja inilah pemimpin negara. Kenapa susah- susah fikir pasal negara?"

Fikir Akal: " Kerana kira ini khalifah!."

Teguh Hati: " Alangkah mulianya manusia; khalifah di muka bumi. Alangkah tercelanya bagi mereka yang melupakan tugas dan mensia- sialan tugasnya ini."

Study smart!!

Kata Hati: " Belajar tunggang- langgang. Berjam- jam sehari. Rasanya sudah bagus, sudah bijak. Tetapi bila exam, tidak boleh jawab..otak kosong. Alah penat je.."

Fikir Akal: " Orang menilai kita dari pelajaran. Tungang- langgang belajar bertahun- tahun, sama ada faham ke tidak, kuasai ke tidak, orang akan lihat kita."

Teguh Hati: " Perancangan penting. Beza antara pelajar cemerlang dengan biasa bukan pada ilmunya, tetapi bagaimana pelajar mengeluarkannya semasa exam.."

Sekarang kita rehat!!

Kata Hati: " Banyak benda kena buat. Buku belum baca. Tugasan belum siap. Baju belum basuh. Makan belum lagi. Mana ada masa untuk rehat.."

Fikir Akal: " Orang malas membazir masa, bukan berehat. Kita panggil rehat sebab relekskan diri selepas bekerja. Selepas itu hendak sambung kerja balik."

Teguh Hati: " Rehat untuk mengambil nafas. Mencari kembali diri yang hilang... Kerja tanpa rehat, membunuh tubuh. Rehat tanpa kerja membunuh jiwa".

Jalan Hidup??

Kata Hati: " Hidup memang seronok dan menarik. Tetapi ada waktunya runsing dan terlalu keliru. Benar- benar tidak pasti dan tertekan. Kenapa ye?"

Fikir Akal: " Bukan semua detik adalah sama. Ada detik yang tertentu yang sangat penting. Pada detik itulah keputusan penting dibuat. Keputusan memilih jalan hidup..."

Teguh Hati: " Cemas melatih kita supaya bersedia bertindak. Bukan menarik diri menyerah kalah, tidak berusaha dan menjadi lemah. Minat kena jelas. Belajar dengan minat, mudah ingat."


pss....Jadi muda memang mengelirukan.
Tapi adakah itu alasan untuk berhenti sebelum berjalan??






Antara Dua


Antara Dua
= Yang Mana Pilihan Hati??=

1) Syurga


Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi kepada kamar- kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia. " Untuk siapa kamar- kamar itu wahai Rasulullah s.a.w.?" tanya para sahabat. " Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta soalt di malam saat manusia lelap dalam mimpinya." " Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam dengan begitu bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang- orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' and Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-0rang sedang tidur lelap." Begitu Rasulullah s.a.w. menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

2) Neraka( Nauzubillah)

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya RAsulullah s.a.w. telah bersabda: " Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At- Tahrim ayat 6 yang artinya:" Sedang penjaganya malaikat- malaikat yang kasar lagi keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam nerakan Jahannam.

Siapa yang mengatakan Allah itu tidak adil? Kita punya pilihan untuk memilih di manakah destinasi kita seterusnya. Allah telah menerangkan segalanya di dalam Al-Quran. Malah Allah S.W.T. telah mengutuskan Rasul- rasul bagi setiap umat untuk memimpin kita agar kita tidak tersalah langkah. Bukankah Allah itu adil. Kitalah manusia yang selalu menzalimi diri kita sendiri. Kita tidak selamanya hidup didunia ini. NAmun mengapa kita sering alpa? Mahu menunggu sehingga kita tua baru kita mahu bertaubat? Itupun kalau umur kita panjang. Bagaimana pula kalau hari ini adalah hari terakhir kita? Sudahkah kita bersedia? Yakinkah anda dengan persediaan anda itu? Fikir- fikirkanlah wahai sahabat semua. Semoga Allah melimpahkan keberkatan buat umat Islam keseluruhannya.

teman a.k.a SAHABAT




Teman,
Tika kabut dunia melanda,
Kuteringat dirimu,
Tercari-cari dimanakah kau berada,
Aku khuatir,
Kau tenggelamdi balik kekusutannya,
Nauzubillah...
Teman,
Hari ini kau tahu,
Aku amat menyayangimu,
Sambutlah salam perkenalan yang tulus dariku,
Genggamlah tanganku agar kita mampu,
Membina sebuah KEKUATAN...
Yang Bernama Iman...
Teman,
Indah kurasakan bila bersamamu,
Kita sujud bersama memohon keampunanNya,
Dalam kesyahduan,
Kita berdampingan dalam shaf yang lurus.
Teman,
Indah lagi kiranya,
Kita menadah tangan bersama,
memohon keradhaan
DariNya...
Sungguh aku rindu,
Untuk bersamumu
Teman yang mengingatkanku padaNya.






Try Not To Cry

pretend to be ok is ok
pretend to be strong is ok
pretend to feels there' s nothing happend is ok
as long as i can stand with it
ya
i Try Not To Cry


i'm sorry
there's no words i can say
except
I'm SORRY

i just pretend
especially in front of you
being someone
heartless
but
i have to


this
is
because
i Try Not To Cry
I'm SORRY
let's keep it to my self






supplication lyric- sami yusof

Allahumma salli 'ala,
Sayyidina,
Muhammadin an-Nabiyyi al-ummiyyi,
Wa 'ala alihi wa sahbihi wa sallim.
(O Allah, send your peace and blessings upon our Master Muhammad, the Unlettered Prophet, and upon his family and companions.)
O My Lord,
My sins are like
The highest mountain;
My good deeds
Are very few
They’re like a small pebble.
I turn to You
My heart full of shame,
My eyes full of tears.
Bestow Your
Forgiveness and Mercy
Upon me.
Ya Allah,
Send your peace and blessings
On the Final Prophet,
And his family,
And companions,
And those who follow him.

supplication lyric by sami yusof