Monday, March 9, 2009

+jawatankuasakolejmahasiswakolejrahmanputra'08+



Imissallofyousomuch!
+youaremyfamily+
-sayangkorangsemua-
~friends give us the courage to lift the blinds on our hearts
to open up and show what we generally keep hidden from the rest of the world~
+terimakasih+
+thankyou+
_siesie_
+arigato+
_wanekem_
+UKHWAH+
HEHEHEH(^_~)HHEHEHHE

Sunday, March 8, 2009

+terimakasihwahaisahabat+


"salam sahabatku,apa khabar? Lama tidak kulihat kelibatmu, rindu ku pada suaramu.. Sahabat, aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian. Akubangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari mendengar tawamu dalam penghianatan. Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran dari hidup kesesatan. Kerana jangan lupa sahabatku, muliamu bukan pada pangkat & harta, tapi kerana Islam yang jadi pakaianmu. Salam Maulidur Rasul, Salam Perjuangan."

"Ingat hidup kita cuma sekali, hiasilah hidup kita dengan penuh keceriaan & kasih sayang, tapi jangan lupa selimutlah dengan keimanan, maka hidup kita aka bahagia di dunia mahupun akhirat. amin..."

"Perjuangkanlah KESEDIHAN dengan senyuman.. Yakinlah pada diri, kesedihan yang datang padamu hanyalah DUGAAN untukmu agar kau lebih matangdalam makna kehidupan....
Percayalah dugaan yang datang padamu merupakan KASIH SAYANG Tuhan yang tiada tandingan. Berkatalah dengan BANGGA pada hatimu..."Allah sayang padaku, Oleh itu dihantarnya DUGAAN padakuagar aku lebih mengingati-Nya.."

"Saat kau dilahirkan kau menangis & orang lain tersenyum. Berjuanglah agar saat kau menghembuskan nafas yang terakhir kau tersenyum & orang lain menangis"

+kamu xbuta risha...cuma kamu takut untuk melihat+

Saturday, March 7, 2009

Friday, March 6, 2009

~Surah Al- Kahfi+ Zulkarnain+ya'ajud & ma'ajud+ tembok cina~

  • tembok yang dibangun adalah tembok Cina
  • Amnihotib menjadi raja di Cina, pendiri sebuah dinasti zulkarnain atau dalam bahasa cina dikenal dengan Dinasti Cho
  • Ya'juj dan Ma'juj yang disebut dalam Al Quran berasal dari bahasa Cina yang artinya bangsa asia dan bangsa berkuda, diterjemahkan oleh pengarang sebagai bangsa mongolia dan bangsa Cina.
  • Bangsa Cina dan Mongolia adalah bangsa yang akan menghancurkan dunia.
BENARKAH???
+
de sape yang tau maklumat mengenai kisah ini+
jangan lupe RESPON tau..
XcItEdNyErrr nak kaji...
pssss:// pas bace buku perang ARMEGADON really xcited nak mengetahui
kisah dajjal+ya'ajud & ma'ajud+kiamat.

+SeSuCi CiNtA RASULULLAH S.A.W+


saya baru je pas balik dari mengikuti ceramah bersempena Maulidul Rasul..bertajuk "SeSuCi CiNtA RASULULLAH S.A.W" pe tu ek maulidul rasul kengkawan??? ekekekeke.. msti smua ley jawabkan... Birthday Dato' Ct pon ley xtau xkanlah Rasul junjungan kita sendiri xtau kan.. ye x??? hhehehhe=D
Alhamdulillah... bersyukur sesangat Allah bagi kesempatan utk saya g majlis ilmu tu.. di samping dapat makan + slip kuota pengetua.. kire cam 3 in 1 la...hehehhehe=P (wat muke comey cikit).. tapi niat sub niat yang lain xmembatalkan niat utama tau.. nak DATANG MAJLIS ILMU..=)
Banyak upenye yang kite xtau lagi even kite ni dah masuk U... (memalukan tu la..=p)
Di sini saya nak kongsi cikit ngan kengkawan semua... antara soalan2 yang diajukan oleh penceramah td...
1. di manakah Rasulullah s.a.w. di lahirkan?
2.siapakah yang menjadi bidan yang menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w.?
3. siapakah wanita pertama yang mengasuh Rasulullah s.a.w?
4. kenape Allas s.w.t mewafatkan ayah, ibu n datuk Rasulullah s.a.w?

ye kawan2..jgn segan silu nak menjawab ye... (^_~)"
tadi penceramah de share smthing tau.. dia nak betulkan sejarah..cicak yang selama ni kita ingat jahat..kita patut bunuh dia sebab dia nak bagitau kat org quraisy yang Rasulullah s.a.w. ada dalam gua sur tu XBETUL!! ustaz tu dah bace bape byk ntah buku sejarah mase dia menuntut kat mesir tu xpenah de cite yang mengaitkan pasal citer cicak tu.. so, penceramah tadi pesan.. "janganlah kita menfitnah cicak lagi".. hehehhe=D

Banyak sgt input yg saya dapat td tau.. rase sebak sgt2 dengar perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. n takjub sungguh ngan kekuasaan Allah s.w.t..hampir menitis air mata saya tadi
( waA..kantoi.. malu2x =p). betapa x bersyukurnya kita ummat yang lahir2 terus dapat title ISLAM.. betapa xbersyukurnya kita dengan nikmat yang Allah berikan pada kita..
Betapa BUTANYA kita dikaburi dengan CINTA PALSU ciptaan manusia sendiri..
Betapa kita lupa pada perjuangan Rasulullah s.a.w. untuk memperjuangkan Agama Islam..
Betapa LALAI dan LEKAnya kita semua ni..
Kita bukan sahaja perlu mengkaji, menghargai n meneruskan perjuangan n pengorbanan pejuang2 kemerdekaan yang berusaha memerdekakan negara kita malah kita perlu menghargai n meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. & para sahabat yang bermati- matian menegakan syiar Islam...
"Wahai umat Islam bangkitlah dari tidurmu. Masih jauh perjalanan hidup kita. Sudahkah kita bersedia dengan bekalan yang bakal kita bawa di akhirat nanti? Andai kita mahukan kejayaan & kebahagiaan hidup di dunia kita memerlukan ILMU. Andai kita mahukan kejayaan & kebahagiaan hidup diakhirat juga kita memerlukan ILMU.
kebahagiaan dunia + akhirat???
ILMU
carilah ilmu Allah s.w.t sebanyak mungkin
carilah dengan niat kerana Allah
untuk keluarga, bangsa & agama.
Insya'Allah..
amin..=D





+wakeuprisha+

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

+wahai pelangi, lakarkanlah lukisan indah dalam hatiku+

+mOtIvAsI uNtUkKu+


"Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan."
[Al-Imran:120]

+Bila hatimu hancur dan terluka, menangislah, luahkan rasa luka yang terpendam, namun jangan di simpan luka yang pedih itu terlalu lama. kelak ia membusuk dan bernanah, kamu sendiri yang bakal menanggung derita yang tiada berkesudahan. Menangislah dan senyumlah. bangkitlah dari kesedihan dan ubatilah hatimu dengan mengingati Allah. Ingat, dunia ini penjara yang terindah bagi orang-orang yang beriman. Hidup di dunia sekejap sahaja, paling lama 80 tahun, tapi nun kat akhirat sana, kita kekal selamanya...so pilih, nak susah sekejap kat dunia or nak susah selamanya di akhirat? semuanya di tangan kita.

" Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
[Al-Baqarah: 212]

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah:216 ]


+ Maka, pesan saya, maafkanlah.Sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah, dan sebelum kita memaafkan seseorang, kita kena maafkan diri sendiri dulu. Lapangkan dada, tenangkan hati. cuba untuk berpijak di bumi yang nyata. jika kita tidak nampak apa-apa jaminan positif di masa hadapan, maka lepaskan dia pergi. past is past, gone is gone. kita hidup hari ini kerana sejarah semalam. dan untuk hidup esok hari, bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Optimislah.

Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan! Time will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya.

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai.
Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini..

Perkahwinan adalah nikmat dan anugerah dari Tuhan. Dengan perkahwinan ini juga,yang haram boleh jadi halal. Perkahwinan juga perlu untuk memanjangkan lagi susur galur keturunan dan zuriat seseorang. Perkahwinan juga adalah sunnah Nabi dan di tuntut dalam agama. Jadi, mengapa mengharamkan yang halal?
Wanita di ciptakan dari tulang rusuk lelaki yang letakknya dekat dengan hati supaya dia di kasihi dan hampir dengan lengan supaya dia di lindungi. Wanita bukan di cipta dari kaki untuk dipijak dan di hina dan wanita juga tidak di cipta dari kepala untuk di sanjung. Jika lelaki dan wanita menyedari hakikat ini, insyaAllah sesebuah institusi kekeluargaan yang terbina akan mampu bertahan lama dan membawa manfaat kepada semua ahlinya.

Kecewa dengan cinta pertama? Jika di lontar batu ke dalam sekumpulan manusia, insyaAllah batu itu akan mengena salah seorang dari mereka yang pernah putus cinta. Dalam sepuluh orang manusia itu, pasti 7 orang darinya ada pengalaman putus cinta.Cinta monyet, cinta tiruan, cinta palsu dan macam-macam cinta.

Kita belajar dari kesilapan dan pengalaman
. Gagal sekali tak bererti selamanya gagal. Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya suatu hari nanti, bila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita tahu menghargainya..Wallahua'alam. Kita juga selalu dengar, Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah. Doakan yang baik-baik kerana itu lebih mulia, jangan sekali-sekali mendoakan atau berkata-kata yang buruk kerana al-quran juga tercatat:

"Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Al-Baqarah: 224]


+SE MOGAA KUTABA HBUAN GKANLA HRIND UKUI NI+ +SA KITYAN GKURA SABIA RJAD IPENAWA RDOS AKU+